• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,677,030 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

135. MARTABATKAN ISLAM SELAMATKAN NEGARA


 

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 124 – 126 surah Toha :

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى قال رب لم حشرتني أعمى وقد كنت بصيرا قال كذلك أتتك ءايـتنا فنسيتها وكذلك اليوم تنسى

Maksudnya : Dan sesiapa yang berpaling engkar daripada ingatan dan petunjukKu maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit. Dan Kami akan himpunkannya pada hari qiamat dalam keadaan buta. Dia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celik?” Allah berfirman : “ Demikianlah keadaannya di mana telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu lalu engkau melupakan serta meninggalkannya. Dan demikianlah engkau pada hari ini dilupa serta ditinggalkan”.

            Umat Islam sentiasa diajar dan diperingatkan berkenaan hubungan antara seorang hamba dengan Allah dan hubungan hamba sesama hamba agar sentiasa selari dengan kehendak agama. Manusia yang engkar dan menjauhi panduan agama dalam menguruskan system kehidupan seharian sudah pasti akan ditimpa pelbagai masalah sehingga membawa kepada keadaan kucar-kacir dalam dirinya, keluarga dan masyarakat sekitarnya. Sistem Islam adalah ubat mujarab dalam menyembuhkan penyakit manusia samada yang melibatkan ibadat khusus, ekonomi, perundangan, sosial dan sebagainya di mana umat Islam yang menjauhi arahan syarak dalam menangani permasalahan yang timbul bukan sahaja tidak berupaya mengurangkan bebanan yang sedia ada malah semakin menambahkan penyakit yang baru lagi merbahaya. Ia seumpama pesakit yang tidak mahu menggunakan ubat yang mujarab yang ada pada tangan dalam menyembuhkan penyakit sebaliknya mengambil racun berbisa bagi menambah penderitaan yang sedia ada.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Firman Allah dalam ayat 112 surah al-Nahlu :

وضرب الله مثلا قرية كانت ءامنة مطمئنة يأتيها رزقها رغدا من كل مكان فكفرت بأنعم الله فأذقها الله لباس الجوع والخوف بما كانوا يصنعون

Maksudnya : Dan Allah memberikan suatu perbandingan sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang dilimpahkan rezeki yang mewah dari setiap tempat lalu penduduknya itu mengkufuri nikmat Allah itu. Maka Allah menimpakan mereka dengan kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang telah mereka lakukan.

Peringatan yang jelas daripada Allah agar kita sebagai umat Islam wajib yakin bahawa ajal dan rezeki kita ditangan Allah bukan pada tangan manusia. Kegagalan dalam menggunakan system Islam dalam kehidupan seharian sedangkan nikmat yang banyak telah dicurahkan oleh Allah kepada kita termasuk nikmat yang jarang disedari dan disyukuri iaitu kesihatan dan keamanan telah menyebabkan kita kini dihimpitkan dengan pelbagai masalah yang menakutkan disamping kesempitan hidup. Sebagai contohnya mengenai kewajipan dalam mendidik anak-anak yang banyak terabai menyebabkan masalah penderhakaan terhadap ibubapa semakin meningkat disamping jenayah yang lain termasuk murtad. Melalui doa yang diajar oleh Allah iaitu رب ارحمهما كما ربياني صغيرا yang bermaksud : Wahai Tuhanku! Kasihanilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka berdua mendidikku semenjak kecil lagi. Doa ini memberi peringatan kepada kita bahawa tugas besar ibubapa adalah mendidik anak-anak agar tunduk pada ajaran Islam sehingga dapat diselamatkan daripada tarikan yahudi, Kristian, Majusi dan ajaran sesat yang lain. Ibubapa bukan hanya ditugaskan untuk memberi makan minum kepada anak-anak sebaliknya yang lebih besar ialah mendidik dan mengasuh sebagaimana yang telah ditunjuk ajar oleh agama. Kalau kita hanya setakat beri makan minum sahaja kepada anak-anak maka seganas-ganas harimau di hutan pun tahu memberi makan kepada anaknya.

Sempena berada di bulan Rejab yang mengingatkan kita tentang kewajipan solat 5 waktu yang diterima oleh nabi Muhammad s.a.w semasa Isra’ dan Mikraj maka inilah antara asas terpenting dalam mendidik anak. Nabi sendiri menekankan kepada ibubapa agar menyuruh anak sembahyang bermula umur 7 tahun lagi dan jika telah berumur 10 tahun maka rotanlah bila anak masih enggan sembahyang. Akibat mengabaikan sembahyang menyebabkan masalah sosial anak muda Islam semakin meningkat. Kita masih ingat bagaimana kajian Kementerian Pendidikan pada tahun 2002 di mana 24 ribu calon PMR tingkatan 3 seluruh negara tidak mampu mengucap 2 kalimah syahadah. Jika mengucap pun tidak boleh maka adakah kita yakin anak-anak ini dapat menjaga sembahyang kerana mengikut kajian juga bagaimana ramai pelajar sekolah menengah meninggal sembahyang subuh dan zohor kerana kalut dengan pergi dan balik sekolah pada waktu itu. Oleh itu ibubapa wajib sama-sama memeriksa dan memerhatikan anak masing-masing samada terselamat daripada fitnah yang berat ini atau sebaliknya. Cegah sebelum parah, sekat sebelum melarat

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  217  surah al-Baqarah :

…..ومن يرتدد منكم عن دينه فيمت وهو كافر فأولئك حبطت أعمالهم فى الدنيا والآخرة وأولئك أصحاب النار هم فيها خـلدون

Maksudnya : …….Dan sesiapa daripada kamu yang murtad daripada agamanya lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir maka gugurlah amalan-amalan mereka di dunia dan akhirat. Dan mereka menjadi ahli neraka yang mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya

Jika solat yang merupakan tiang agama telah diabaikan maka kes yang lebih berat sedang dihadapi oleh umat Islam hari ini ialah gelombang murtad yang menakutkan. Jika dalam suatu kajian ilmiah pada tahun 1999-2000 di sekitar Lembah Klang sahaja menunjukkan bagaimana 20 ribu yang murtad maka gelombang ganas itu terus meningkat tanpa sekatan perundangan yang sepatutnya apabila 6 tahun kemudian sebagaimana yang disebut oleh mufti Perak pada tahun lepas bahawa jumlah murtad meningkat 2000 peratus kepada 250 ribu orang seluruh negara malah orang murtad lebih berani bangun menyatakan murtad mereka sekarang ini. Baru-baru ini berlaku di sekitar perumahan di Ampang di mana pihak Krstian mengedarkan risalah sesat mereka ke dalam peti surat di mana antara pemikiran yang cuba di tanam dalam sebuah buku kecil yang bertajuk “ Rahsia Jalan Yang Lurus”  ialah sesungguhnya nabi Isa lah yang terbaik dan Hanya Kristian lah agama  yang diredhai oleh Allah bukannya Islam. Inilah bahaya bila pemimpin terlalu bertolak ansur dengan orang kafir sehingga musuh Islam kini beransur-ansur menolak Islam dan umatnya. Antara punca berlakunya murtad ialah : [1] Ilmu agama sebahagian besar umat Islam agar mendatar [2] Pengetahuan berkenaan Aqidah Islam tidak cukup untuk menghadapi cabaran [3] Akhlak umat Islam lebih dipengaruhi budaya sesat barat  [4] Gerakan dakwah tidak sampai ke sasaran termasuk ditekan  [5] Gejala sosial yang kian mengancam Aqidah Islam begitu meluas [6] Program yang menyesat dan merosakkan umat Islam begitu subur malah disokong oleh pemimpin [7] Perhatian daripada pemerintah terhadap murtad tidak serius ditambah aktiviti penentang Islam semakin hebat dan mencapai matlamat ditambah lagi adanya sokongan daripada umat Islam sendiri.

 

 Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Firman Allah dalam ayat 219  surah al-Baqarah :

يسئلونك عن الخمر والميسر قل فيهما إثم كبير ومنــفع للناس وإثمهما أكبر من نفعهما ….

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah : “ Pada keduanya dosa besar dan manfaat kepada manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaat……..

                Kita juga begitu sedih bila masih ramai umat Islam yang bekerja dengan kerja yang berkaitan dengan arak. Begitu juga dengan suburnya budaya judi apabila 1 822 lesen judi diluluskan walau pun ia merupakan benda yang dikeji oleh semua agama terutama Islam. Ia diluluskan atas alasan sekiranya judi diharamkan maka pendapatan hasil cukai negara akan kurang walau pun terpaksa menggadai akhlak rakyat. Kita bertambah sedih apabila masalah aurat dijadikan mainan dengan Menteri Sukan mengatakan bahawa tidak salah atlit wanita Islam mendedah aurat di khalayak ramai. Kenyataan ini meneruskan lagi pendapat seorang menteri yang faham agama beberapa tahun lepas yang menyatakan bahawa tidak salah membuka aurat semasa bersukan kerana penonton tidak melihat kepada badan atlit sebaliknya melihat kepada permainan mereka. Malah baru-baru ini ada seorang artis menyaman balik Majlis Agama Islam Perak kerana menangkapnya disebabkan memakai terlalu seksi ketika membuat persembahan di sebuah kelab malam. Inilah antara contoh perkara yang sesat diagung yang benar dipancung, dosa dijulang pahala dibuang, nafsu disembah Islam disanggah. Firman Allah dalam ayat 85 surah al-Baqarah :

…..أفتؤمنون ببعض الكتــب وتكفرون ببعض . فما جزاء من يفعل ذلك منكم إلا خزي فى الحيــوة الدنيا. ويوم القيــمة يردون إلى أشد العذاب وما الله بغــفل عما تعملون

Maksudnya :.. Adakah kamu beriman dengan sebahagian Kitab dan engkar terhadap sebahagian yang lain. Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripada kamu melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada hari qiamat pula mereka akan dikembalikan kepada siksaan yang amar berat. Allah tidak lengah daripada apa yang kamu lakukan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: