• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,676,525 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

116. MENYANGGAH KEBIADAPAN MUSUH ISLAM


 

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :

سبحن الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي بركنا حوله لنريه من ءايتنا  إنه هو السميع البصير

Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

                Setiap kali tibanya bulan Rejab maka umat Islam sentiasa diperingatkan tentang suatu peristiwa besar yang telah berlaku ke atas batang tubuh nabi Muhammad s.aw iaitu peristiwa Isra’ Mikraj. Peristiwa ini yang menyaksikan bagaimana nabi Muhammad s.a.w telah berjumpa dengan Allah dan menerima kewajipan solat lima waktu. Ini merupakan antara tanda yang membuktikan betapa pentingnya solat lima waktu kepada diri umat Islam di mana kewajipannya diterima langsung daripada Allah tidak sebagaimana ibadat khusus yang lain. Oleh itu tunaikan solat dengan penuh kyusuk kepada Allah dan pastikan semua ahli keluarga kita tidak cuai dalam menunaikannya. Akibat ramai di kalangan umat Islam tidak menunaikan solat telah menyebabkan banyak kehinaan yang ditimpakan oleh Allah terutama dengan meningkatnya kerosakan akhlak dan kadar jenayah. Sikap liar daripada datang berjemaah di masjid atau surau turut merenggangkan hubungan antara umat Islam sehingga masing-masing lebih mementingkan diri sendiri akibat kurang bergaul dengan orang lain.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 23 surah al-Jaathiah :

أفرءيت من اتخذ إلـهه هوئه وأضله الله على علم وختم على سمعه وقلبه وجعل على بصره غشــوة فمن يهديه من بعد الله أفلا تذكرون

Maksudnya:  Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah menutup pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutupan atas penglihatannya?. Maka siapakah yang akan memberikannya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?.

Ketika nabi Muhammad s.a.w  dalam perjalanan Mikraj ke langit maka baginda ditawarkan dengan susu dan arak lalu nabi memilih susu yang menunjukkan kepada fitrah yang suci. Di sini kita melihat bagaimana berhati-hatinya nabi dalam bertindak agar umatnya sentiasa memilih Islam sebagai cara hidup bukannya terpedaya dengan dunia yang mempesona sehingga lupa kepada kehidupan akhirat. Pada hari ini kita dapat lihat bagaimana umat Islam dibentangkan dengan rezeki yang banyak tetapi ada di kalangan kita yang memilih perkara yang haram termasuk arak, najis dadah, berjudi, harta riba, rasuah dan sebagainya untuk digunakan sehingga rosaknya masyarakat. Begitu juga bagaimana Rasulullah s.a.w turut dipanggil oleh panggilan kristian dan yahudi tetapi baginda tidak menyahutnya lalu diberitahu oleh Jibril sekiranya nabi menyahutnya maka ramailah di kalangan umat nabi Muhammad nanti menjadi Kristian dan yahudi.

            Sudah menjadi sunnatullah bagaimana panggilan ke arah kejahatan dan kesesatan itu terus berlangsung sehingga hari qiamat di dalam merosakkan aqidah dan akhlak umat Islam. Kita merasa begitu gerun dan kecewa apabila 49 tahun menyambut kemerdekaan negara maka suara jahat dalam memerangi kemuliaan Islam semakin lantang berlaku dalam negara. Kita dapat melihat bagaimana kesungguhan Kristian dan Hindu dalam memurtadkan umat Islam semakin serius. Menurut suatu kenyataan mufti Perak bahawa lebih kurang 100 ribu masyarakat India Muslim telah murtad. Laporan pihak polis pula menyatakan bagaimana 13-14 ribu belia terlibat dengan hiburan memuja syaitan terutama black metal manakala 13-14 ribu lagi menjadi pengikut ajaran sesat ayah Pin. Ini ditambah lagi dengan kesungguhan Hindu yang mendesak agar semua kuil dilindungi dan sentiasa menjemput sami dari luar setiap bulan bagi membakar semangat penganutnya. Begitu juga ada kuil yang mula menghantar surat kepada orang ramai termasuk umat Islam supaya datang menyelesaikan masalah mereka melalui sami mereka. Pihak Kristian pula selain mempunyai 2 gereja besar untuk orang Melayu turut menjemput budak-budak muda yang lepak setiap jam satu pada hari Jumaat untuk makan secara percuma di gereja sebagaimana yang berlaku di Kuala Lumpur di mana dianggarkan ratusan anak muda Melayu yang hadir setiap minggu. Adakah cukup sekadar kita mengeluh risau apabila mendengar perkara yang berlaku di negara kita ini tanpa ada disana usaha yang lebih bersungguh termasuk mendesak agar kerajaan lebih tegas dalam mempertahan dan melaksanakan Islam. Jika kerajaan yang ada tidak mahu berbuat demikian kerana dasar sekuler yang dianuti maka kita wajib menukar kepada kerajaan Islam yang benar-benar memperjuangkan Islam untuk mengubah keadaan yang semakin tenat dan teruk ini.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  36  surah al-Anfal :

إن الذين كفروا ينفقون أموالهم ليصدوا عن سبيل الله , فسينفقونها ثم تكون عليهم حسرة ثم يغلبون والذين كفروا إلى جهنم يحشرون

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan.

Kini musuh Islam sedang bergerak lebih jauh untuk membuang Islam daripada perlembagaan negara. Umat Islam sekarang nasibnya seperti telur dihujung tanduk bila musuh Islam sedang cuba menggunakan kes Lina Joy sebagai jalan dalam menghancurkan peranan dan keistimewaan Islam yang diperakui oleh perlembagaan. Sekiranya Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Lina Joy maka kesan besar yang terpaksa dihadapi oleh umat Islam di Negara ini antaranya ialah : [1] kedudukan Istimewa Islam sebagai Agama Persekutuan akan semakin terhakis kerana Islam akan dianut dan diamalkan seperti agama lain. [2]Bidangkuasa Mahkamah Syariah juga akan terhakis kerana membenarkan orang Islam menggugurkan agama Islam dalam kad pengenalan akan membolehkan orang Islam keluar Islam tanpa melalui proses perundangan Mahkamah Syariah lagi. Malah orang Islam yang berzina, minum arak, berjudi tidak boleh diambil tindakan lagi [3] orang bukan Islam boleh memurtadkan orang Islam tanpa sekatan lagi. [4] MELAYU ditafsirkan sebagai beragama ISLAM yang diiktiraf oleh Perlembagaan akan terhapus.

Tidak cukupkah lagi penghinaan terhadap sunnah nabi setelah hakim bukan Islam diberikan kebenaran dalam menjatuhkan hukuman yang berkaitan dengan ajaran Islam iaitu masalah serban yang dituduh sebagai pakaian padang pasir dengan alasan bahawa Abu Jahal pun pakai serban. Kes Lina Joy ini bukan setakat mahu cabut serban daripada umat Islam tetapi golongan anti Islam ini mahu cabut Islam daripada perlembagaan Negara. Adakah kita rela melihat Islam dihina dan dipijak-pijak oleh musuh Islam. Jika kita umat Islam yang bermaruah maka bangkitlah dalam menentang kebiadapan musuh Islam ini. Kita beri amaran keras kepada golongan anti Islam ini agar jangan cuba bermain api dengan umat Islam. Sarang tebuan jangan dijolok nanti buruk padahnya. Kami sanggup bermandi darah daripada membiarkan Islam disanggah. Biar bercerai  nyawa daripada badan namun kesucian Islam tetap kami pertahankan.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Ketika kita mengingati peristiwa Isra’ Mikraj juga maka kita tidak lupa kepada Masjid al-Aqsa yang kini cuba dirobohkan oleh rejim yahudi, Begitu juga dengan keganasan dan kekejaman yahudi yang kini sudah sebulan menyerang Lubnan dari semua arah laut, udara dan darat dengan membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Kita mendesak agar pemimpin Negara umat Islam bangun memberi sokongan dalam menghancurkan yahudi. Jangan biarkan saudara seagama menagih simpati kepada musuh yang menunggu masa menghancurkan mereka. Kehancuran yahudi sudah hampir sekiranya umat Islam kembali bersatu dalam memerangi pengganas dunia itu dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Sedekahkanlah harta kita untuk membantu perjuangan Islam. Boikot barangan pengganas yahudi Israel dan Amerika setakat yang termampu dalam menekan pengganas dunia itu daripada terus bermaharajalela.   Sama-sama kita laungkan خيبر خيبر يا يهود جيش محمد سوف يعود : Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فليقـتل فى سبيل الله الذين يشرون الحيـوة الدنيا بالآخرة ومن يقـتل فى سبيل الله فيقتل أو يغلب فسوف نؤتيه أجرا  عظيما

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: