• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3








  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,704,402 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,443 other followers

6. KHUTBAH EIDILFITRI 1426H


 

 

KHUTBAH PERTAMA

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :

وكأين من نبي قــتل معه ربيون كثير  فما وهنوا لمآ أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصــبرين

Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar.

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah,

Islam adalah agama fitrah yang meraikan keperluan dan kemampuan umat manusia termasuk anugerah Eidilfitri yang sedang kita sambut pada hari ini setelah sebulan menunaikan ibadat puasa sepanjang Ramadhan yang baru lalu. Oleh itu perayaan dalam Islam mempunyai cara yang tertentu bagi memastikan sambutannya sentiasa berada dalam suasana ibadat termasuk ianya disambut dengan laungan tasbih, tahmid serta takbir oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa dan bahasa, adat dan tempat sebagai tanda syukur dan kemenangan. Laungan takbir membesarkan Allah tidak bermakna jika kita terus menjadi hamba kepada nafsu. Laungan tasbih menyucikan Allah tidak berharga jika umat Islam sendiri menyekutukan Allah walau pun bukan pada menyembah berhala tetapi menjadi pemuja dan pengamal kepada ideology dan system yang bercanggah dengan Islam. Laungan tahmid memuji Allah tidak bernilai jika umat Islam hanya tahu mengucapnya dimulut tetapi dari segi tindakannya banyak bercanggah daripada apa yang disuruh oleh Allah.  Apakah erti laungan kemenangan yang diucapkan samada kerana tidak perlu lagi berpuasa dengan berlalunya Ramadhan atau kita benar-benar menghayati laungan itu sebagai tanda syukur kepada Allah kerana telah memberi peluang kepada kita untuk menghidupkan sebulan Ramadhan dengan amalan soleh sehingga terdidiknya nafsu serta bertambahnya ikatan diri kita dengan Allah bagi membolehkan kita lahir sebagai umat yang bertaqwa dan diredhai oleh Allah didunia dan akhirat.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

            Kegembiraan menyambut Eidil Fitri, jangan melupakan kita kepada proses tarbiah yang begitu berharga yang diterima sepanjang Ramadhan lalu. Jadikan diri kita sebagai umat yang sentiasa jinak dan sayang kepada masjid dengan terus menghidupkannya tanpa mengira waktu dan ketika agar kita menjadi salah satu daripada tujuh golongan yang bakal dipayungi oleh bayangan ‘Arasy Allah diakhirat nanti iaitu orang yang sentiasa terikat hatinya dengan masjid. Jadikan diri kita sebagai orang yang sentiasa ingat pada Allah di mana sahaja berada sebagaimana suatu pesanan daripada Sayyidina Umar al-Khottab : “ Lupakan urusan dunia ketika engkau berurusan dengan Tuhan (ketika beribadat khusus) dan jangan lupakan Allah ketika membuat urusan dunia”. Semangat Ramadhan juga sepatutnya menyemarakkan lagi jihad kita dalam melaksanakan seluruh system al-Quran dan jangan pula menjadikan kita sebagai umat yang menjauhi al-Quran sebagaimana diperingatkan oleh Allah melalui ayat 30 surah al-Furqan:

وقال  الرسول يــرب إن قومي اتخذوا هذا القرءان مهجورا

Maksudnya : Dan berkatalah rasul : “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sebagai suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”

Menyedari tentang betapa pentingnya hubungan yang rapat antara kita dan al-Quran dan pelaksanaannya dalam mencapai kemuliaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat maka kita wajib menunaikan kewajipan kita terhadap al-Quran. Pertamanya kita mesti membaca al-Quran sehingga pandai. Keduanya kita mesti membaca al-Quran sehingga memahami isi kandungannya. Ketiganya kita mesti membaca al-Quran sehingga mampu menghafaz keseluruhan atau setakat yang termampu oleh kita. Keempatnya kita mesti membaca al-Quran sehingga dapat mengamalnya dalam kehidupan seharian. Kelimanya kita mesti membaca al-Quran sehingga ia mampu dimasyarakatkan. Keenamnya kita mesti membaca al-Quran sehingga ia mampu didaulatkan. Apabila umat Islam mampu melaksanakan segala tanggungjawab terhadap al-Quran maka kemenangan yang dijanjikan oleh Allah semakin dekat. Kejayaan sesuatu umat atau tamadun apabila hidupnya budaya ilmu disertai dengan pelaksanaan yang bersungguh. Kita umat Islam bakal meraih kejayaan dan kegemilangan sebagaimana sebelum ini apabila kembali membaca al-Quran dan melaksanakan seluruh sistemnya dalam kehidupan.

Seorang tokoh barat pernah mengangkat al-Quran dalam Parlimen Britain lalu mengatakan : “ Selagimana al-Quran itu berada di tangan umat Islam maka Eropah selama-lamanya tidak mampu menguasai negara Islam malah Eropah sendiri tidak akan berada dalam keadaan aman dan tenteram”. Jika barat mampu memahami kehebatan al-Quran maka apakah kita umat Islam masih was-was mengenainya?.

 

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,

Antara hikmat difardhukan puasa Ramadhan ialah untuk melemahkan hawa nafsu sehingga semangat jihad semakin kuat. Musuh Islam begitu memahami tentang cara terbaik dalam menghancurkan umat Islam antaranya dengan membangkitkan hawa nafsu sehingga umat Islam sikit demi sedikit akan menanggalkan pegangan agama serta menganggap Islam agama penyekat kebebasan. Yahudi berkata dalam protokol mereka : “ Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak di setiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Kita akan terus membentangkan teori hubungan seks sejelas-jelasnya supaya tidak ada suatu pun yang dianggap suci pada pandangan pemuda. Hasilnya ialah memuaskan hawa nafsu seks adalah matlamat mereka. Ketika itu akan runtuhlah akhlak mereka”. Begitu juga kata pemimpin penjajah Kristian : “ Gelas arak dan pelacur amat berperanan dalam menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu meriam. Oleh itu tenggelamkan mereka ke dalam cintakan kebendaan dan syahwat”.

Musuh Islam bukan bercakap tanpa pelaksanaan di mana kini kita dapat lihat kerosakan golongan muda Islam semakin parah termasuk di negara kita sendiri. Kita terkejut apabila hasil kajian sekumpulan pensyarah sebuah universiti tempatan mendapati lebih 50 peratus masyarakat negara ini pernah berzina sebelum berkahwin. Kita tambah terkejut apabila kajian sekumpulan pelajar universiti tempatan mendapati 67 peratus pelajar sekolah rendah luar Bandar pernah melihat dan membaca bahan lucah ditambah pula dengan 91 peratus pelajar di bandar yang pernah menonton vcd lucah. Sedangkan dalam masa yang sama adanya laporan yang menunjukkan 100 ribu pelajar sekolah rendah seluruh negara yang tidak tahu kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Oleh itu kita wajib mengorak langkah dengan segera dalam memantapkan system pendidikan berteraskan Islam dengan melibatkan kerjasama semua pihak. Kita tidak mahu generasi muda terus hancur terutama dengan 2 penyakit utama iaitu dadah dan AIDS akibat kegagalan system yang banyak mengenepikan petunjuk al-Quran.

Kita pada hari ini sedang ditimpa bala daripada Allah sebagaimana sabda nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar:

يَا مَعْشَرَ المُهَاجِرِيْنَ خَمْسٌ إِذَا ابْتَلَيْتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوْذُبِاللهِ أَنْ تُدْرِكُوْهُنَّ لَمْ تَظْهَرِ الفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوْا ِبهَا إِلا فَشَا فِيْهِمُ الطَّاعُوْنُ وَالأوْجَاعُ الَّتِى لَمْ تَكُنْ مَضَتْ ِفى أَسْلافِهِمُ الَّذِيْنَ مَضُوْا, وَلَمْ يَنْقُصُوْا المِكْيَالَ وَالِمْيزَانَ إِلا أُخِذُوْا بِالسِّنِيْنَ وَشِدَّةِ المُؤْنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ, وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا, وَلَمْ يَنْقُضُوْا عَهْدَ اللهِ وَعَهْدَ رَسُوْلِ اللهِ إِلا سَلَّطَ اللهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوْا بَعْضَ مَا فِى أَيْدِيْهِمْ, وَمَالَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللهِ وَيَتَخَيَّرُوْا ِمماَّ أَنْزَلَ اللهُ إِلا جَعَلَ اللهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ

Maksudnya : Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. 5 perkara itu ialah:  [1] Tidak bermaharajalela perbuatan zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan akan ditimpa penyakit Taun yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain. [2] Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. [3] Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diberikan hujan oleh Allah S.W.T. [4] Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah S.W.T dan rasulNya melainkan Allah S.W.T akan menurunkan kepada mereka musuh yang akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. [5] Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T  yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan utama maka Allah S.W.T akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri

 
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

            Laungan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini sentiasa dilaung setiap kali menyambut hari raya bagaikan suatu isyarat  dalam menyemarakkan semangat jihad dan menambah keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi sebagaimana kemenangan yang dicapai oleh tentera Islam dalam peperangan Ahzab atau Khandak. Ketika menyambut Syawal maka kita tidak lupa kepada 3 peperangan besar yang pernah berlaku di dalamnya. Pertamanya Peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah. Keduanya Peperangan Ahzab atau Khandak yang berlaku pada bulan Syawal yang berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah.  Peperangan ketiga pula ialah Peperangan Hunain yang berlaku pada bulan Syawal tahun ke-8 hijrah iaitu selepas Pembukaan Kota Mekah.

Melalui ketiga-tiga peperangan ini kita dapati pelbagai pengajaran penting yang mesti diambil antaranya ialah bahawa proses menang dan kalah merupakan suatu ketentuan Allah bukannya datang secara kebetulan.   Kita perlu faham tentang ketentuan kemenangan iaitu سُنَّةُ النَّصْرِ dan ketentuan kekalahan iaitu سُنَّةُ الهَزِيْمَةِ di mana ia bakal diraih atau dikenakan kepada sesiapa sahaja yang mencukupi syaratnya samada dari kalangan umat Islam atau kafir. Kebenaran Islam semata-mata tidak akan diberikan kemenangan jika umatnya tidak berusaha untuk memenuhi syarat kemenangan manakala kesesatan kuffar tetap diberi kemenangan mengalahkan umat Islam jika kuffar memenuhi syarat kemenangan. Sayyidina Ali Karramallahu wajhah pernah mengingatkan kita : “Kebenaran yang bergerak tanpa organisasi dan perancangan yang tersusun bakal dikalahkan oleh kebatilan yang bergerak dengan cara tersusun”.

            Allah S.W.T juga mahu memberi pengajaran berharga di atas kekalahan yang diterima oleh umat Islam sebagaima firman Allah dalam ayat 140 surah Ali ‘Imran :

إن يمسسكم قرح فقد مس القوم قرح مثله وتلك الأيام نداولها بين الناس وليعلم الله الذين ءامنوا ويتخذ منكم شهداء والله لايحب الظــلمين

Maksudnya : Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum kafir itu pun (dalam perang Badar) mendapat luka yang sama. Dan masa kejayaan dan kekalahan itu, Kami gilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran). Dan agar Allah membezakan orang-orang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya gugur sebagai syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Kita mesti sama-sama berusaha dalam memenuhi syarat kemenangan terutama dalam melahirkan golongan pemuda yang memiliki 5 sifat penting iaitu [1] keimanan yang teguh, tidak goyah dan tidak rapuh [2] keikhlasan yang benar yang tidak mengenal pura-pura dan menunjuk-nunjuk [3] keazaman yang kuat tidak mengenal takut [4] amal yang berterusan tidak mengenal susah dan penat [5] pengorbanan yang tinggi yang tidak mengenal selain kemenangan atau gugur syahid

Yakinlah bahawa apabila kita telah memenuhi syarat kemenangan maka semakin dekatnya janji kemenangan daripada Allah S.W.T di mana kemenangan yang dianugerahkan dengan pelbagai cara termasuk dengan menghantar ribut sebagaimana  peperangan Ahzab. Sekuat mana pun musuh Islam namun tidak mampu melawan kehebatan dan  kekuasaan Allah  sebagaimana kita dapat lihat pada hari ini bagaimana kekuatan Amerika Syarikat yang mampu meranap Afghanistan dan Iraq dalam masa sekejap sedang ditimpa ribut dengan pelbagai nama samada Katrina, Rita, Wilma dan sebagainya yang menghancurkan banyak negeri dan bandarnya. Kecanggihan alat yang ada cuma mampu mengurangkan mangsa ribut tetapi tidak mampu menahan ribut tersebut. Oleh itu kita umat Islam mesti kembali merapatkan hubungan dengan Allah dengan menjauhi segala maksiat dan melaksanakan seluruh kewajipan agar kita menjadi umat kemenangan di dunia dan akhirat. Biar pelbagai halangan, cabaran, ujian yang mendatang namun Islam mesti didaulatkan. Biar bermandi darah namun pejuang Islam tidak akan berundur walaupun selangkah. Biar bercerai nyawa daripada badan namun kesucian Islam tetap dipertahankan. Tidak barat dan tidak timur tetapi Islamlah menjadi asas kemajuan dan kemuliaan kita.

Firman Allah dalam ayat 25  dan 26 surah al-Taubah :

لقد نصركم الله فى مواطن كثيرة ويوم حنين إذ أعجبتكم كثرتكم فلم تغن عنكم شيئا وضاقت عليكم الأرض بما رحبت ثم وليتم مدبرين ثم أنزل الله سكينته على رسوله وعلى المؤمنين وأنزل جنودا لم تروها وعذب الذين كفروا وذلك جزاء الكفرين

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai orang mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga kerana ramainya jumlahmu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada rasulNya dan kepada orang-orang yang beriman. Dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir. Dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

 Firman Allah dalam ayat 112 surah al-Nahlu :

وضرب الله مثلا قرية كانت ءامنة مطمئنة يأتيها رزقها رغدا من كل مكان فكفرت بأنعم الله فأذقها الله لباس الجوع والخوف بما كانوا يصنعون

Maksudnya : Dan Allah memberikan suatu perbandingan sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang dilimpahkan rezeki yang mewah dari setiap tempat lalu penduduknya itu mengkufuri nikmat Allah itu. Maka Allah menimpakan mereka dengan kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang telah mereka lakukan.

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah

                Nikmat sihat dan keamanan yang kita rasai mestilah disyukuri dengan melakukan segala suruhan Allah dan menjauhi laranganNya agar kita tidak ditimpa dengan pelbagai bala berbentuk lapar termasuk kenaikan harga barang yang menyebabkan keperluan asas tidak mampu dibeli atau pun ketakutan akibat dikelilingi oleh masyarakat yang rosak yang menunggu peluang untuk menipu dan mencuri harta kita. Syukur juga dapat dilaksanakan dengan memberi bantuan yang sepatutnya kepada mangsa gempa bumi di Pakistan, mangsa peperangan di Irag, Afghanistan, Palestin dan selainnya. Kita juga wajib membantu saudara seagama yang sedang ditindas di Selatan Thailand disamping umat Islam di Indonesia yang semakin tertekan selepas serangan di Bali. Jika kerajaan Thailand bertindak ganas terhadap pengajian pondok di sana kini kerajaan Indonesia turut mengikut langkah tidak bertamadun dalam menyiasat pengajian pondok di negaranya. Sepatutnya umat Islam mempunyai pendirian yang tegas bukannya mengikut telunjuk barat dalam memerangi dan menekan saudara seagama. Ingatlah bahawa tunduknya kita pada musuh Islam tidak akan sama sekali memadamkan api permusuhan mereka terhadap umat Islam. Bukannya umat  Islam yang menutup pintu perdamaian tetapi kuffar yang sentiasa menyemarakkan api permusuhan dan meneruskan penindasan.

 
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

            Selamat hari raya eidil fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan selamat menziarahi sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: