• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3

  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,989,233 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 40,643 other followers

  • Advertisements

6. KHUTBAH EIDILFITRI 1426H

 

 

KHUTBAH PERTAMA

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :

وكأين من نبي قــتل معه ربيون كثير  فما وهنوا لمآ أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصــبرين

Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar.

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah,

Islam adalah agama fitrah yang meraikan keperluan dan kemampuan umat manusia termasuk anugerah Eidilfitri yang sedang kita sambut pada hari ini setelah sebulan menunaikan ibadat puasa sepanjang Ramadhan yang baru lalu. Oleh itu perayaan dalam Islam mempunyai cara yang tertentu bagi memastikan sambutannya sentiasa berada dalam suasana ibadat termasuk ianya disambut dengan laungan tasbih, tahmid serta takbir oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa dan bahasa, adat dan tempat sebagai tanda syukur dan kemenangan. Laungan takbir membesarkan Allah tidak bermakna jika kita terus menjadi hamba kepada nafsu. Laungan tasbih menyucikan Allah tidak berharga jika umat Islam sendiri menyekutukan Allah walau pun bukan pada menyembah berhala tetapi menjadi pemuja dan pengamal kepada ideology dan system yang bercanggah dengan Islam. Laungan tahmid memuji Allah tidak bernilai jika umat Islam hanya tahu mengucapnya dimulut tetapi dari segi tindakannya banyak bercanggah daripada apa yang disuruh oleh Allah.  Apakah erti laungan kemenangan yang diucapkan samada kerana tidak perlu lagi berpuasa dengan berlalunya Ramadhan atau kita benar-benar menghayati laungan itu sebagai tanda syukur kepada Allah kerana telah memberi peluang kepada kita untuk menghidupkan sebulan Ramadhan dengan amalan soleh sehingga terdidiknya nafsu serta bertambahnya ikatan diri kita dengan Allah bagi membolehkan kita lahir sebagai umat yang bertaqwa dan diredhai oleh Allah didunia dan akhirat.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

            Kegembiraan menyambut Eidil Fitri, jangan melupakan kita kepada proses tarbiah yang begitu berharga yang diterima sepanjang Ramadhan lalu. Jadikan diri kita sebagai umat yang sentiasa jinak dan sayang kepada masjid dengan terus menghidupkannya tanpa mengira waktu dan ketika agar kita menjadi salah satu daripada tujuh golongan yang bakal dipayungi oleh bayangan ‘Arasy Allah diakhirat nanti iaitu orang yang sentiasa terikat hatinya dengan masjid. Jadikan diri kita sebagai orang yang sentiasa ingat pada Allah di mana sahaja berada sebagaimana suatu pesanan daripada Sayyidina Umar al-Khottab : “ Lupakan urusan dunia ketika engkau berurusan dengan Tuhan (ketika beribadat khusus) dan jangan lupakan Allah ketika membuat urusan dunia”. Semangat Ramadhan juga sepatutnya menyemarakkan lagi jihad kita dalam melaksanakan seluruh system al-Quran dan jangan pula menjadikan kita sebagai umat yang menjauhi al-Quran sebagaimana diperingatkan oleh Allah melalui ayat 30 surah al-Furqan:

وقال  الرسول يــرب إن قومي اتخذوا هذا القرءان مهجورا

Maksudnya : Dan berkatalah rasul : “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sebagai suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”

Menyedari tentang betapa pentingnya hubungan yang rapat antara kita dan al-Quran dan pelaksanaannya dalam mencapai kemuliaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat maka kita wajib menunaikan kewajipan kita terhadap al-Quran. Pertamanya kita mesti membaca al-Quran sehingga pandai. Keduanya kita mesti membaca al-Quran sehingga memahami isi kandungannya. Ketiganya kita mesti membaca al-Quran sehingga mampu menghafaz keseluruhan atau setakat yang termampu oleh kita. Keempatnya kita mesti membaca al-Quran sehingga dapat mengamalnya dalam kehidupan seharian. Kelimanya kita mesti membaca al-Quran sehingga ia mampu dimasyarakatkan. Keenamnya kita mesti membaca al-Quran sehingga ia mampu didaulatkan. Apabila umat Islam mampu melaksanakan segala tanggungjawab terhadap al-Quran maka kemenangan yang dijanjikan oleh Allah semakin dekat. Kejayaan sesuatu umat atau tamadun apabila hidupnya budaya ilmu disertai dengan pelaksanaan yang bersungguh. Kita umat Islam bakal meraih kejayaan dan kegemilangan sebagaimana sebelum ini apabila kembali membaca al-Quran dan melaksanakan seluruh sistemnya dalam kehidupan.

Seorang tokoh barat pernah mengangkat al-Quran dalam Parlimen Britain lalu mengatakan : “ Selagimana al-Quran itu berada di tangan umat Islam maka Eropah selama-lamanya tidak mampu menguasai negara Islam malah Eropah sendiri tidak akan berada dalam keadaan aman dan tenteram”. Jika barat mampu memahami kehebatan al-Quran maka apakah kita umat Islam masih was-was mengenainya?.

 

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,

Antara hikmat difardhukan puasa Ramadhan ialah untuk melemahkan hawa nafsu sehingga semangat jihad semakin kuat. Musuh Islam begitu memahami tentang cara terbaik dalam menghancurkan umat Islam antaranya dengan membangkitkan hawa nafsu sehingga umat Islam sikit demi sedikit akan menanggalkan pegangan agama serta menganggap Islam agama penyekat kebebasan. Yahudi berkata dalam protokol mereka : “ Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak di setiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Kita akan terus membentangkan teori hubungan seks sejelas-jelasnya supaya tidak ada suatu pun yang dianggap suci pada pandangan pemuda. Hasilnya ialah memuaskan hawa nafsu seks adalah matlamat mereka. Ketika itu akan runtuhlah akhlak mereka”. Begitu juga kata pemimpin penjajah Kristian : “ Gelas arak dan pelacur amat berperanan dalam menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu meriam. Oleh itu tenggelamkan mereka ke dalam cintakan kebendaan dan syahwat”.

Musuh Islam bukan bercakap tanpa pelaksanaan di mana kini kita dapat lihat kerosakan golongan muda Islam semakin parah termasuk di negara kita sendiri. Kita terkejut apabila hasil kajian sekumpulan pensyarah sebuah universiti tempatan mendapati lebih 50 peratus masyarakat negara ini pernah berzina sebelum berkahwin. Kita tambah terkejut apabila kajian sekumpulan pelajar universiti tempatan mendapati 67 peratus pelajar sekolah rendah luar Bandar pernah melihat dan membaca bahan lucah ditambah pula dengan 91 peratus pelajar di bandar yang pernah menonton vcd lucah. Sedangkan dalam masa yang sama adanya laporan yang menunjukkan 100 ribu pelajar sekolah rendah seluruh negara yang tidak tahu kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Oleh itu kita wajib mengorak langkah dengan segera dalam memantapkan system pendidikan berteraskan Islam dengan melibatkan kerjasama semua pihak. Kita tidak mahu generasi muda terus hancur terutama dengan 2 penyakit utama iaitu dadah dan AIDS akibat kegagalan system yang banyak mengenepikan petunjuk al-Quran.

Kita pada hari ini sedang ditimpa bala daripada Allah sebagaimana sabda nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar:

يَا مَعْشَرَ المُهَاجِرِيْنَ خَمْسٌ إِذَا ابْتَلَيْتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوْذُبِاللهِ أَنْ تُدْرِكُوْهُنَّ لَمْ تَظْهَرِ الفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوْا ِبهَا إِلا فَشَا فِيْهِمُ الطَّاعُوْنُ وَالأوْجَاعُ الَّتِى لَمْ تَكُنْ مَضَتْ ِفى أَسْلافِهِمُ الَّذِيْنَ مَضُوْا, وَلَمْ يَنْقُصُوْا المِكْيَالَ وَالِمْيزَانَ إِلا أُخِذُوْا بِالسِّنِيْنَ وَشِدَّةِ المُؤْنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ, وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا, وَلَمْ يَنْقُضُوْا عَهْدَ اللهِ وَعَهْدَ رَسُوْلِ اللهِ إِلا سَلَّطَ اللهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوْا بَعْضَ مَا فِى أَيْدِيْهِمْ, وَمَالَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللهِ وَيَتَخَيَّرُوْا ِمماَّ أَنْزَلَ اللهُ إِلا جَعَلَ اللهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ

Maksudnya : Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. 5 perkara itu ialah:  [1] Tidak bermaharajalela perbuatan zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan akan ditimpa penyakit Taun yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain. [2] Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. [3] Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diberikan hujan oleh Allah S.W.T. [4] Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah S.W.T dan rasulNya melainkan Allah S.W.T akan menurunkan kepada mereka musuh yang akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. [5] Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T  yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan utama maka Allah S.W.T akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri

 
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

            Laungan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini sentiasa dilaung setiap kali menyambut hari raya bagaikan suatu isyarat  dalam menyemarakkan semangat jihad dan menambah keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi sebagaimana kemenangan yang dicapai oleh tentera Islam dalam peperangan Ahzab atau Khandak. Ketika menyambut Syawal maka kita tidak lupa kepada 3 peperangan besar yang pernah berlaku di dalamnya. Pertamanya Peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah. Keduanya Peperangan Ahzab atau Khandak yang berlaku pada bulan Syawal yang berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah.  Peperangan ketiga pula ialah Peperangan Hunain yang berlaku pada bulan Syawal tahun ke-8 hijrah iaitu selepas Pembukaan Kota Mekah.

Melalui ketiga-tiga peperangan ini kita dapati pelbagai pengajaran penting yang mesti diambil antaranya ialah bahawa proses menang dan kalah merupakan suatu ketentuan Allah bukannya datang secara kebetulan.   Kita perlu faham tentang ketentuan kemenangan iaitu سُنَّةُ النَّصْرِ dan ketentuan kekalahan iaitu سُنَّةُ الهَزِيْمَةِ di mana ia bakal diraih atau dikenakan kepada sesiapa sahaja yang mencukupi syaratnya samada dari kalangan umat Islam atau kafir. Kebenaran Islam semata-mata tidak akan diberikan kemenangan jika umatnya tidak berusaha untuk memenuhi syarat kemenangan manakala kesesatan kuffar tetap diberi kemenangan mengalahkan umat Islam jika kuffar memenuhi syarat kemenangan. Sayyidina Ali Karramallahu wajhah pernah mengingatkan kita : “Kebenaran yang bergerak tanpa organisasi dan perancangan yang tersusun bakal dikalahkan oleh kebatilan yang bergerak dengan cara tersusun”.

            Allah S.W.T juga mahu memberi pengajaran berharga di atas kekalahan yang diterima oleh umat Islam sebagaima firman Allah dalam ayat 140 surah Ali ‘Imran :

إن يمسسكم قرح فقد مس القوم قرح مثله وتلك الأيام نداولها بين الناس وليعلم الله الذين ءامنوا ويتخذ منكم شهداء والله لايحب الظــلمين

Maksudnya : Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum kafir itu pun (dalam perang Badar) mendapat luka yang sama. Dan masa kejayaan dan kekalahan itu, Kami gilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran). Dan agar Allah membezakan orang-orang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya gugur sebagai syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Kita mesti sama-sama berusaha dalam memenuhi syarat kemenangan terutama dalam melahirkan golongan pemuda yang memiliki 5 sifat penting iaitu [1] keimanan yang teguh, tidak goyah dan tidak rapuh [2] keikhlasan yang benar yang tidak mengenal pura-pura dan menunjuk-nunjuk [3] keazaman yang kuat tidak mengenal takut [4] amal yang berterusan tidak mengenal susah dan penat [5] pengorbanan yang tinggi yang tidak mengenal selain kemenangan atau gugur syahid

Yakinlah bahawa apabila kita telah memenuhi syarat kemenangan maka semakin dekatnya janji kemenangan daripada Allah S.W.T di mana kemenangan yang dianugerahkan dengan pelbagai cara termasuk dengan menghantar ribut sebagaimana  peperangan Ahzab. Sekuat mana pun musuh Islam namun tidak mampu melawan kehebatan dan  kekuasaan Allah  sebagaimana kita dapat lihat pada hari ini bagaimana kekuatan Amerika Syarikat yang mampu meranap Afghanistan dan Iraq dalam masa sekejap sedang ditimpa ribut dengan pelbagai nama samada Katrina, Rita, Wilma dan sebagainya yang menghancurkan banyak negeri dan bandarnya. Kecanggihan alat yang ada cuma mampu mengurangkan mangsa ribut tetapi tidak mampu menahan ribut tersebut. Oleh itu kita umat Islam mesti kembali merapatkan hubungan dengan Allah dengan menjauhi segala maksiat dan melaksanakan seluruh kewajipan agar kita menjadi umat kemenangan di dunia dan akhirat. Biar pelbagai halangan, cabaran, ujian yang mendatang namun Islam mesti didaulatkan. Biar bermandi darah namun pejuang Islam tidak akan berundur walaupun selangkah. Biar bercerai nyawa daripada badan namun kesucian Islam tetap dipertahankan. Tidak barat dan tidak timur tetapi Islamlah menjadi asas kemajuan dan kemuliaan kita.

Firman Allah dalam ayat 25  dan 26 surah al-Taubah :

لقد نصركم الله فى مواطن كثيرة ويوم حنين إذ أعجبتكم كثرتكم فلم تغن عنكم شيئا وضاقت عليكم الأرض بما رحبت ثم وليتم مدبرين ثم أنزل الله سكينته على رسوله وعلى المؤمنين وأنزل جنودا لم تروها وعذب الذين كفروا وذلك جزاء الكفرين

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai orang mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga kerana ramainya jumlahmu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada rasulNya dan kepada orang-orang yang beriman. Dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir. Dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

 Firman Allah dalam ayat 112 surah al-Nahlu :

وضرب الله مثلا قرية كانت ءامنة مطمئنة يأتيها رزقها رغدا من كل مكان فكفرت بأنعم الله فأذقها الله لباس الجوع والخوف بما كانوا يصنعون

Maksudnya : Dan Allah memberikan suatu perbandingan sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang dilimpahkan rezeki yang mewah dari setiap tempat lalu penduduknya itu mengkufuri nikmat Allah itu. Maka Allah menimpakan mereka dengan kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang telah mereka lakukan.

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah

                Nikmat sihat dan keamanan yang kita rasai mestilah disyukuri dengan melakukan segala suruhan Allah dan menjauhi laranganNya agar kita tidak ditimpa dengan pelbagai bala berbentuk lapar termasuk kenaikan harga barang yang menyebabkan keperluan asas tidak mampu dibeli atau pun ketakutan akibat dikelilingi oleh masyarakat yang rosak yang menunggu peluang untuk menipu dan mencuri harta kita. Syukur juga dapat dilaksanakan dengan memberi bantuan yang sepatutnya kepada mangsa gempa bumi di Pakistan, mangsa peperangan di Irag, Afghanistan, Palestin dan selainnya. Kita juga wajib membantu saudara seagama yang sedang ditindas di Selatan Thailand disamping umat Islam di Indonesia yang semakin tertekan selepas serangan di Bali. Jika kerajaan Thailand bertindak ganas terhadap pengajian pondok di sana kini kerajaan Indonesia turut mengikut langkah tidak bertamadun dalam menyiasat pengajian pondok di negaranya. Sepatutnya umat Islam mempunyai pendirian yang tegas bukannya mengikut telunjuk barat dalam memerangi dan menekan saudara seagama. Ingatlah bahawa tunduknya kita pada musuh Islam tidak akan sama sekali memadamkan api permusuhan mereka terhadap umat Islam. Bukannya umat  Islam yang menutup pintu perdamaian tetapi kuffar yang sentiasa menyemarakkan api permusuhan dan meneruskan penindasan.

 
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

            Selamat hari raya eidil fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan selamat menziarahi sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Advertisements

5. KHUTBAH EIDIL ADHA 1426H

 

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ…… فرمان الله تعالى دالم أية  37سورة  الحج :

لن ينال الله لحومها ولادماؤها ولكن يناله التقوى منكم كذلك سخرهالكم لتكبروا الله على ماهدئكم وبشر  المحسنين

Maksudnya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan Allah) tetapi ketaqwaan daripada diri kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayahNya kepada kamu. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,

Kedatangan 10 Zulhijjah disambut dengan laungan takbir membesarkan Allah, laungan tasbih menyucikan Allah serta laungan tahmid memuji Allah oleh seluruh umat Islam menandakan tibanya hari raya Eidil Adha yang dipanggil hari raya haji kerana pada masa ini umat Islam yang diberi peluang oleh Allah menjadi tetamuNya di Mekah sedang menunaikan ibadat haji yang merupakan rukun Islam yang kelima. Ia juga digelar dengan hari raya korban kerana umat Islam yang mempunyai kemampuan sama-sama menyembelih binatang bagi menyempurnakan ibadat korban yang merupakan antara amalan sunat yang digalakkan oleh Islam. Kedua-dua ibadat ini samada haji atau korban mengingatkan kita semua kepada pengorbanan dan perjalanan hidup nabi Ibrahim sekeluarga. Ketika menyoroti ibadat haji itu sendiri dan tempat-tempat yang mesti dilalui oleh jemaah haji dalam menyempurnakan ibadat itu maka kita dapati ia banyak mengimbas kembali tentang perjalanan hidup nabi Ibrahim sekeluarga terutama berkaitan pembinaan Ka’abah, sai’e antara Sofa dan Marwah, melontar di Mina dan sebagainya. Begitu juga dengan ibadat korban menyembelih binatang mengingatkan kita tentang arahan Allah agar nabi Ibrahim menyembelih anaknya nabi Ismail setelah dewasa yang menggambarkan kepada kita semua tentang keyakinan dan pengorbanan besar yang telah ditunjukkan oleh baginda berdua dalam melaksanakan perintah Allah melalui mimpi benar agar melakukan suatu diluar kewarasan manusia iaitu menyembelih anak tersayang di mana ia ditunaikan tanpa banyak bicara. Pengorbanan suci ini digambarkan oleh Allah melalui ayat 103-107 surah as-Sooffat :

فلما أسلما وتله للجبين وندينه أن يإبراهيم قد صدقت الرؤيا إنا كذلك نجزى المحسنين  إن هذا لهو البلؤا المبين  وفدينه بذبح عظيم

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Islam) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya  ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

فرمان الله دالم أية 36  سورة الأحزاب

وما كان لمؤمن ولامؤمنة إذا قضى الله ورسوله أمرا أن يكون لهم الخيرة من أمرهم ومن يعص الله ورسوله فقد ضل ضلالا مبينا

Maksudnya : Dan tidaklah patut bagi mukmin lelaki dan tidak juga perempuan apabila Allah dan rasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain berkenaan urusan mereka. Dan sesiapa menderhakai Allah dan rasulNya maka sungguhlah dia telah sesat dalam kesesatan yang nyata

                Tujuan utama ibadat korban ialah untuk menghampirkan diri kepada Allah. Kisah pengorbanan yang berakhir dengan pembunuhan antara Qabil dan Habil menunjukkan bagaimana ciri-ciri korban yang diterima oleh Allah. Begitu juga dengan pengorbanan suci nabi Ibrahim yang tunduk menunaikan perintah Allah S.W.T agar menyembelih anaknya nabi Ismail. Malah dari segi hukum feqah kita dapati bukan kesemua jenis binatang boleh dijadikan binatang korban ditambah pula dengan syarat-syarat yang mesti ada pada pada binatang itu sendiri yang perlu dipenuhi barulah sah ibadat korban seseorang. Sehubungan dengan itu maka fahamlah kita bahawa proses di dalam merapatkan diri dengan Allah bukanlah suatu yang mudah dicapai sebaliknya mestilah melakukan pelbagai pengorbanan terutama dalam menewaskan godaan nafsu dan dunia. Begitu juga dengan penjagaan terhadap sumber dan bahan makanan itu sendiri mestilah daripada perkara yang halal barulah proses untuk menghampirkan diri kepada Allah dapat dicapai.

            Umat kemenangan adalah umat yang sentiasa berfikir bagaimana cara terbaik dalam melaksanakan perintah Allah sedangkan umat yang ditimpa kekalahan ialah umat yang sentiasa mencari seribu dalih daripada melaksanakan sistem Islam. Umat mulia adalah umat yang sentiasa takut kepada Allah sehingga sebarang musuh Islam dianggap kecil di sisi mereka sedangkan umat yang hina telah hilang perasaan malu dan gerun kepada Allah sehingga mereka takut kepada musuh Islam melebihi segalanya. Umat berjaya ialah umat yang merasa bertuah kerana dianugerahkan nikmat Islam sehingga mereka bersungguh-sungguh melaksanakan Islam pada diri, keluarga, masyarakat dan negara sedangkan umat yang gagal ialah mereka yang menganggap Islam adalah penyekat kebebasan dan segala tanggungjawabnya adalah suatu bebanan yang menyakitkan. Umat yang cemerlang ialah umat yang memandang bahawa amanah kepimpinan merupakan jalan untuk menegakkan sistem Islam sedangkan umat yang kolot ialah mereka yang menjadikan tampuk pemerintahan sebagai jalan untuk mencari kemegahan, kemewahan serta tempat bagi memastikan sistem Islam tidak dilaksanakan. Umat merdeka ialah umat yang yakin dengan sistem Islam serta melaksanakannya sehingga Islam berjaya memerintah dunia sedangkan umat dijajah ialah mereka yang memenjarakan system Islam sehingga menjadi kuda tunggangan penjajah. Umat yang maju ialah umat yang membina tamadun insan dan kebendaan berasaskan Islam sehingga umat bukan Islam turut menerima kemajuan yang dibina sedangkan umat yang mundur ialah mereka yang terpaksa menjadi pak turut kepada tamadun kebendaan umat yang hilang akhlaknya sehingga aqidah menjadi tenat, akhlak semakin rosak dan kemajuan tidak hebat. Ingatlah kita bahawa penjajahan pemikiran berjaya dilakukan melalui media massa, kerja kebajikan dan sosial termasuk hospital, pendidikan, hiburan, sukan dan sebagainya. Seorang Paderi Kristian pernah berkata : “ Orang Islam tanpa disedari telah mencedok sebahagian tamadun Kristian dan menyerapkannya ke dalam pembangunan sosial mereka. Selagimana masyarakat Islam beransur-ansur menuju kepada matlamat dan fahaman yang mempunyai hubungan rapat dengan Bible maka persediaan untuk mencedok agama Kristian akan terus berkembang tanpa mereka sedari”.

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

            Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Anas:

قال الرسول e  : مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ العِلْمُ وَيَظْهَرَ الجَهْلُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثُرَ النِّسَاء ُوَيَقِلَّ الرِّجَالُ حَتَّى يَكُوْنََ لِخَمْسِيْنَ امْرَأَةً القَيِّمُ الوَاحِدُ

Maksudnya : Antara tanda qiamat itu ialah ilmu agama sedikit, kejahilan semakin jelas, perbuatan zina dilakukan terang-terang, jumlah perempuan cukup ramai manakala jumlah lelaki berkurangan sehingga bandingan 50 orang perempuan dijaga oleh seorang lelaki

       Masa terus berlalu tanpa menunggu kita. Umur semakin bertambah dan mendekatkan kita kepada lubang kubur. Dunia  sudah hampir Qiamat apabila hampir keseluruhan tanda-tanda kecil dan besar telah pun berlaku. Apa yang malang apabila manusia pada hari ini hanya melihat tanda-tanda itu tanpa mengambil iktibar sewajarnya dalam mendekatkan diri kepada Allah serta menambah bekalan akhirat. Penyakit ini timbul akibat daripada semakin kurang ilmu agama samada dengan kematian dan hilang penghormatan terhadap ulama, malas belajar, mengenepikan ilmu agama yang dianggap tidak menjanjikan kemewahan dunia serta termakan hasutan musuh bahawa Islam adalah agama pengganas dan punca kemunduran. Terhakisnya ilmu agama menyebabkan kejahilan semakin meluas sehingga aqidah semakin goyang, ibadat menjadi kurang dan akhlak bertambah hilang. Kita melihat hasil daripada kejahilan menyebabkan suburnya ajaran sesat yang merosakkan aqidah seperti ajaran Ayah Pin, orang mengaku menjadi nabi orang Melayu dan lain-lain. Keadaan bertambah teruk apabila golongan ajaran sesat ini menggunakan peruntukan perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan pertukaran agama untuk lepas daripada hukuman. Masalah Black Metal dan Kumpulan Jangan Ikut Tuhan (JIT) menambahkan kerosakan aqidah yang sedia ada.  Baru-baru ini kumpulan Black Metal atas nama pertubuhan silat hampir berjaya menjalankan upacara sesat mereka iaitu memijak al-Quran, berzina atas al-Quran serta buang air atas al-Quran. Oleh itu sudah sampai masanya untuk hukuman Islam kembali diperkasakan agar Islam tidak dipermainkan lagi.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Renungilah firman Allah dalam ayat 85 surah Ali- Imran  :

ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو فى الأخرة من الخـــسرين

Maksudnya : Dan sesiapa yang memilih agama lain daripada Islam sebagai cara hidup maka tidak akan diterima dan dia pada hari akhirat nanti termasuk dalam golongan mereka yang rugi

            Kejahilan dan hilang keyakinan terhadap Islam turut memusnahkan akhlak umat Islam. Budaya membuka aurat dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dianggap lambang kemajuan sehingga meluasnya zina. Masyarakat hari ini merasa arahan  bertudung sebagai paksaan yang menghina kaum wanita sedangkan tubuh wanita dipamer bagaikan daging segar dimajalah dan kaca tv dianggap sebagai suatu yang bertamadun. Malah apa yang lebih malang apabila golongan yang mendakwa sebagai pejuang wanita hanya membisu ketika mendapat maklumat bahawa perempuan yang dibogel dalam penjara baru-baru ini adalah orang Melayu. Apabila manusia jahil tentang dari mana dia datang, kepada siapa perlu tunduk patuh dan ke mana bakal dia kembali maka setiap tindakan hanya berdasarkan akal yang lemah dan nafsu yang jauh daripada petunjuk wahyu. Akhirnya turun bala daripada Allah seperti merebaknya penyakit AIDS yang mengancam negara disamping masalah dadah yang terus bertambah. Umat Islam di negara lain dibunuh oleh musuh dengan senjata canggih sedangkan umat Islam di negara ini banyak terbunuh akibat dadah dan AIDS. Amankah kita berada dalam suasana mempunyai seorang yang membina sedangkan ribuan yang lain bersiap meruntuhnya. Adakah jahiliah yang kita perjuangkan atau Islam yang kita jadikan suatu pilihan terbaik yang mesti dilaksanakan. Tepuklah dada dan tanyalah iman kita.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ .

فرمان الله تعالى دالم أية    1-2    سورة االحج :

يـأيهاالناس اتقوا ربكم إن زلزلة الساعة شيء عظيم. يوم ترونها تذهل كل مرضعة عما أرضعت وتضع كل ذات حمل حملها وترى الناس سكـرى وماهم بسكـرى ولكن عذاب الله شديد

Maksudnya : Wahai umat manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya goncangan hari qiamat itu adalah suatu yang dahsyat. Hari itu kamu dapati goncangan itu menyebabkan lalai semua perempuan yang menyusui anak  daripada anak yang disusuinya, gugurlah perempuan yang hamil dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk sedangkan mereka sebenanrnya bukan mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat keras

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Kita baru sahaja menyambut ketibaan tahun baru 2006 Masihi dan bakal menyambut pula tahun baru 1427 Hijrah. Kita kini dapat menyaksikan bagaimana umur dunia kini sudah semakin tiba ke penghujungnya. Bukit dan gunung yang dulu teguh berdiri kini mula hancur musnah. Angin pula  bertukar menjadi ribut ganas yang memusnahkan harta dan meragut nyawa manusia. Laut bergelora begitu kuat sehingga memusnahkan daratan.  Air hujan melimpahkan air yang begitu banyak sehingga berlakunya banjir yang mengorbankan banyak nyawa. Api yang dulu jadi kawan kini membakar hutan dan bangunan. Manakala manusia mula merusuh tidak tentu hala sehingga keamanan yang dikecapi selama ini mula hancur dan musnah. Kesemua peristiwa yang berlaku mestilah diambil pengajaran yang sepatutnya terutama dalam mengingatkan kita bagaimana dunia semakin dekat kepada hari qiamat. Keadaan pada hari ini sudah begitu teruk apatah lagi bila berlakunya qiamat

Ketika kita meraikan kedatangan Eidil Adha dengan menyembelih binatang korban maka jangan kita lupa kepada saudara seagama yang terus disembelih oleh musuh Islam. Pembunuhan kejam ke atas umat Islam terutama di Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand dan sebagainya terus berlangsung tanpa ada tanda untuk berhenti. Keganasan yahudi di bumi Palestin dalam membunuh umat Islam dan meruntuhkan Masjid Aqsa terus berlaku terutama Amerika Syarikat terus menyalurkan bantuan senjata canggih kepada yahudi Israel. Kita bersetuju dengan pendapat Presiden baru Iran yang mencadangkan agar Israel dibuang daripada peta dunia disamping desakan agar negara barat bertanggungjawab sepenuhnya dengan pembunuhan yang dilakukan oleh mereka terhadap yahudi sebelum ini dengan menyediakan tanah di negara barat itu sendiri bagi menghimpunkan yahudi bukannya bertindak kejam merampas tanah milik umat Islam di Palestin untuk dijadikan tempat penghijrahan yahudi sedunia. Bumi tidak akan aman selagi penjenayah dan pembunuh memimpin dunia. Oleh itu kembalikan keamanan dunia dengan Islam. Yakinlah kita bahawa Islam  adalah jalan penyelesaian. Islamlah nescaya kita selamat di dunia dan akhirat.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ   , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

11. KHUTBAH JUMAAT KEDUA

 

الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى تَتِمُّ الصَّالِحَاتِ  , وَأَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ….أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ..قال الله تعالى : إِذَا جَآءَ نَصْرُ اللهِ وَالفَتْحُ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُوْنَ فِى دِيْنِ اللهِ أَفْوَاجًا فَسَبِّحْ ِبحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَااَّلذِيْنَ آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا  اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى إيران وفي لبنان وفي سوريا  وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ ,  اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنََعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ, اللّهُمَّ   يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا, اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ رَبَّنَا لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإ حْسَانِ وَاِيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ فَاذْكُرُوْا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكَمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ

8. KHUTBAH EIDIL ADHA 1425H

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

 فرمان الله تعالى دالم أية  155-157سورة  البقرة :

ولنبلونكم بشيء من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرت وبشر الصــبرين. الذين إذا أصــبتهم مصيبة قالوا إنا لله وإنا إليه رجعون أولئك عليهم صلوت من ربهم ورحمة وأولئك هم المهتدون

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah maka mereka mengucapkan :  إنا لله وإنا إليه رجعون  . Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,

Kedatangan bulan Zulhijjah bersama kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri mestilah digunakan sebaiknya oleh umat Islam terutama dengan berpuasa sunat hari Arafah bagi kita yang tidak mengerjakan ibadat haji disamping melaungkan takbir bermula pagi 9 Zulhijjah hingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu hari ke 13 Zulhijjah. Kalimah takbir yang dilaungkan bukan suatu kalimah yang kosong sebaliknya ia mampu menyuntik semangat juang dalam menghadapi pelbagai cabaran dan ujian hidup yang sememangnya terpaksa kita hadapi sebelum diiktiraf tahap keimanan dan ketundukan kita terhadap Allah. Eidil Adha itu sendiri membawa maksud hari raya korban di mana sepanjang hari raya sehingga berakhirnya hari tasyriq maka kita disunatkan untuk melakukan ibadat korban binatang ternakan di mana antara matlamat kepada ibadat korban ini adalah bagi memupuk semangat sanggup berkorban apa sahaja untuk meninggikan agama serta menghilangkan rasa terlalu sayang pada harta kesenangan dunia. Tanpa didikan dan asuhan agama dalam hal berkorban ini maka agak sukar bagi kita untuk melakukan pengorbanan yang lebih besar terutama dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Apabila menyebut tentang pengorbanan maka ia biasanya didahului dengan bala. Maksud bala ialah ujian atau cabaran yang menimpa seseorang di mana jika dia seorang yang beriman maka bala atau ujian ini bertujuan untuk menguji tahap kesabaran dan keimanannya kepada Allah sehingga dia mampu lahir sebagai hamba Allah yang sentiasa redha dengan apa yang berlaku. Bala yang menimpa umat yang kufur kepada Allah pula antara lain bertujuan agar dia kembali beriman dan  seterusnya bertaubat daripada kekufuran sehingga dia kembali menjadi hamba Allah yang diredhai atau pun dia bertambah kufur dengan apa yang menimpanya sehingga dia menjadi umat yang rugi di dunia dan akhirat.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

فرمان الله دالم أية 103 هيغك 107 سورة الصافات

فلما أسلما وتله للجبين وندينه أن يإبراهيم قد صدقت الرؤيا إنا كذلك نجزى المحسنين  إن هذا لهو البلؤا المبين  وفدينه بذبح عظيم

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Islam) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya  ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

            Setiap kali tibanya Eidil Adha maka kita sentiasa dingatkan tentang ujian dan pengorbanan besar yang telah dilakukan nabi Ibrahim. Ujian demi ujian yang dicuba ke atas Nabi Ibrahim yang semenjak kecil lagi terpaksa berdepan dengan ayahnya Azar pembuat berhala. Baginda diuji lagi apabila dibakar oleh Raja Namrud akibat menghancurkan berhala. Selepas dikurniakan zuriat setelah tua melalui Siti Hajar diminta pula meninggalkan Siti Hajar bersama nabi Ismail yang masih kecil di bumi Mekah yang gersang. Kemudian datang pula arahan Allah agar nabi Ibrahim menyembelih anaknya nabi Ismail setelah dewasa yang menggambarkan kepada kita semua tentang keyakinan dan pengorbanan besar yang telah ditunjukkan oleh baginda berdua dalam melaksanakan perintah Allah melalui mimpi benar agar melakukan suatu diluar kewarasan manusia iaitu menyembelih anak tersayang di mana ia ditunaikan tanpa banyak bicara. Setelah melalui percubaan yang banyak ini barulah nabi Ibrahim diiktiraf sebagai imam kepada umat manusia diikuti oleh zuriatnya yang soleh samada melalui Bani Israel keturunan nabi Yaakub yang banyak dilahirkan para nabi atau Bani Ismail keturunan nabi Ismail yang turut dibangkitkan para rasul termasuk junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

            Melalui ujian dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh nabi Ibrahim maka kita sebagai umat Islam yang mengaku beriman wajib mencontohinya terutama dalam menghadapi sebarang bala atau ujian yang menimpa dan juga mesti melakukan pengorbanan setakat kemampuan yang ada untuk memperjuangkan Islam. Umat Islam juga mesti kembali kepada cara hidup berlandaskan Islam setelah banyak peringatan daripada Allah terutama melalui bala atau ujian yang datang termasuk melalui peperangan, banjir besar dan antara yang terbaru ialah gempa bumi dan ombak besar Tsunami yang begitu banyak memusnahkan harta benda dan meragut ratusan ribu nyawa. Peristiwa ini yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang baru lalu iaitu sehari selepas sambutan Krismas telah mengejutkan dunia dan ia terus diberi perhatian sehingga hari ini di mana pelbagai usaha sedang dijalankan dalam membantu mangsa yang terbabit.

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

            Melalui kejadian gempa bumi yang dahsyat sehingga menenggelamkan sebahagian bumi Acheh diikuti dengan ombak besar Tsunami yang melanda beberapa negara lain termasuk negara kita sepatutnya diambil pengajaran sebanyak mungkin dalam menginsafkan diri kita serta mendekatkan lagi diri kepada Allah. Ini merupakan antara tanda kekuasaan Allah yang mampu melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya tanpa perlu kepada sesuatu sebab untuk  membolehkannya berlaku. Peristiwa ini merupakan suatu kejadian alam yang  seakan memudarkan tahap kemusnahan yang berlaku akibat serangan 11 September atau akibat bom atom yang digugurkan di Jepun dulu. Sehebat manapun pekerjaan manusia namun ia tidak mampu menandingi penzahiran daripada sifat Qudrat  Allah. Kesedaran ini sepatutnya membimbing umat Islam agar lebih bimbang kepada kemurkaan Allah daripada kemarahan kuasa-kuasa besar dunia. Ia juga sepatutnya menjadikan umat Islam lebih mengutamakan keredhaan Allah daripada keredaan kuasa-kuasa besar dunia. Melalui pengalaman yang kita dengar daripada mangsa yang terselamat turut menginsafkan kita bagaimana dengan kadar gempa bumi dan ombak Tsunami yang sebesar itu telah mampu menenggelam sebahagian pulau dan juga menghancurkan harta benda serta meragut nyawa apatah lagi bila berlakunya gegaran hari qiamat  nanti yang lebih kuat daripada itu. Kita juga mestilah merenung kepada setiap apa yang berlaku disekeliling kita tentang kemungkinan ada sebab samada dari segi kederhakaan kepada Allah sehingga berlakunya bala atau ujian yang dahsyat ini. Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Sayyidina Ali:

قال الرسول e  : إِذَا فَعَلَتْ أُمَّتِي خَمْسَ عَشَرَةَ خَصْلَةً حَلَّ ِبهَا البَلاءُ , قِيْلَ وَمَا هِيَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ:  إِذَا كَانَ المَغْنَمُ دُوَلا وَالأمَانَةُ مَغْنَمًا وَالزَّكَاةُمَغْرَمًا وَأَطَاعَ الرَّجُلُ زَوْجَتَهُ وَعَقَّ أُمَّهُ وَبَرَّ صَدِيْقَهُ وَجَفَا أَبَاهُ وَارْتَفَعَتِ الأصْوَاتُ فِى المَسَاجِدِ وَكَانَ زَعِيْمُ القَوْمِ أَرْذَلَهُمْ وَأُكْرِمَ الرَّجُلُ مَخَافَةَ شَرِّهِ وَشُرِبَتِ الخُمُوْرُ وَلُبِسَ الحَرِيْرُ وَاتُّخَذَتِ القِيَانُ وَالمَعَاِزفُ وَلَعَنَ آخِرُ هَذِهِ الأمَّةِ أَوَّلَهَا فَلْيَرْتَقِبُوْا عِنْدَ ذلِكَ رِيْحًا حَمْرَاءَ أَوْ خَسْفًا أَوْ مَسْخًا

Maksudnya : ” Apabila umatku telah membuat 15 perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka. Lalu ditanya tentang apakah itu wahai Rasulullah? Jawab baginda :[1]Apabila hasil kekayaan negara hanya beredar di kalangan golongan tertentu sahaja [2]Apabila amanah dijadikan suatu sumber dalam mengaut keuntungan [3] Zakat dijadikan hutang  [4] Suami menurut sahaja kehendak isteri [5] Anak derhaka terhadap ibunya [6] Anak terlalu mementingkan kawannya [7] Anak juga menjauhkan diri daripada bapanya [8]Suara sudah ditinggikan dalam masjid [9]Yang menjadi pemimpin di kalangan mereka ialah orang yang paling hina di antara mereka [10] Seseorang itu dipandang tinggi kerana ditakuti kejahatannya [11]Arak sudah diminum secara terang-terangan di merata tempat [12] Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki [13] Para artis disanjung tinggi  [14] Muzik banyak dimainkan  [15] Generasi akhir umat ini melaknat generasi pertama (para sahabat)

        Maka pada ketika itu mereka bakal ditimpa oleh angin merah atau gempa bumi atau diubah keadaan mereka menjadi binatang

            Oleh itu kita begitu menyokong tindakan kerajaan yang menghentikan budaya pesta maksiat ketika menyambut kedatangan tahun baru untuk tahun ini. Kita mahu tindakan ini terus berkekalan bersesuaian dengan slogan Islam Hadhari bukannya apabila turun bala maka berhenti sekejap dalam berpesta dengan maksiat kemudian bila sudah berlalu bala maka pesta maksiat kembali bermaharajalela.

            Allah turut memperingatkan kita bahawa kerosakan yang berlaku di muka bumi ini akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri yang merosak alam. Oleh itu kita dapat menerima bahawa kerakusan manusia membuat ujian senjata di dasar laut serta pemusnahan hutan bakau merupakan antara sebab yang membawa kepada kemusnahan yang teruk apabila datangnya Tsunami. Kita juga wajib sedar bahawa apabila berlakunya kederhakaan dan kerosakan terhadap alam maka bala atau ujian yang turun adalah menyeluruh bukannya tertentu kepada pelakunya sahaja sebagaimana firman Allah S.W.T dalam ayat 25 surah  al-Anfal :

واتقوا فتنة لاتصيبن الذين ظلموا منكم خاصة  واعلموا أن الله شديد العقاب

Maksudnya : Dan takutlah kamu kepada siksaan yang tidak diturunkan khusus terhadap orang-orang yang zalim di antara kamu sahaja. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

فرمان الله تعالى دالم أية   27سورة المائدة :

واتل عليهم نبأ ابنى ءادم بالحق إذ قربا قربانا فتقبل من أحدهما ولم يتقبل من الأخر قال لأقتلنك قال إنما يتقبل الله من المتقين

Maksudnya : Ceritakanlah kepada mereka kisah 2 anak nabi Adam yang sebenar ketika keduanya mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua dan tidak diterima daripada yang lain.  Dia(Qabil) berkata :  ”Aku pasti membunuhmu!”. Lalu berkata Habil : ” Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada mereka yang bertaqwa”.

Imam Sayuti menyebut yang ulama tafsir menghikayatkan gempa bumi yang pertama dialami oleh umat manusia ialah apabila Qabil membunuh saudaranya Habil di mana bumi telah bergegar selama tujuh hari. Melihat kepada apa yang berlaku pada hari ini di mana berkebetulan kawasan yang paling kuat dilanda tsunami adalah negara-negara yang bergolak dengan perang sesama sendiri seperti Acheh, Selatan Thailand, Sri Langka sehingga ke Somalia di Afrika di mana disebahagian tempat ini masih berlaku pertempuran sehingga sukar untuk menyampaikan bantuan. Imam Sayuti juga memperingatkan bagaimana peristiwa gempa bumi merupakan merupakan peringatan dan amaran daripada Allah ketika hambaNya terlibat dengan kemungkaran dan ianya juga merupakan antara tanda-tanda Qiamat.

                Sebagai orang mukmin maka kita mesti insaf dan berusaha untuk merapatkan lagi hubungan kita dengan Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala tegahanNya sepanjang masa bukan ikut musim dan ketikanya. Kita juga wajib membantu saudara seagama yang teruk dilanda Tsunami dengan lebih bersungguh. Jika kita di negara ini merasa agak sensitif apabila  melihat antara mereka yang menderma bagi mangsa Tsunami adalah syarikat judi dibimbangi wang itu turut diagihkan kepada umat Islam manakala di Acheh misalnya terdapat daging babi yang turut menjadi bahan sumbangan. Jika kita fikir dari segi logik akal maka sepatutnya perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika negara-negara umat Islam terutama di bawah naungan OIC lebih cepat bertindak berbanding negara bukan Islam. Begitu juga dengan tindakan pihak Kristian yang cuba menggunakan kesempatan di atas penderitaan orang lain dengan bertindak mengambil ratusan anak yatim dari Acheh untuk dijaga di tempat Kristian di mana tindakan ini merupakan suatu penghinaan terhadap maruah umat Islam. Melihat kepada gerakan Kristian yang lebih cepat bebanding umat Islam sendiri maka kita sepatutnya malu. Mengapakah negara umat Islam boleh bertindak pantas untuk bersekongkol dengan kuffar pimpinan Amerika ketika mahu meranap dan seterusnya menjajah bumi Afghanistan dan Iraq tetapi dalam membantu saudara seagama yang ditimpa musibah Tsunami maka mereka bergerak begitu lambat sehingga membuka ruang kepada musuh Islam untuk melakukan propaganda dan dakyah mereka di atas nama bantuan kemanusiaan. Jangan biarkan ketika mahu membantu musuh maka wang negara digunakan sewenangnya sedangkan ketika mahu membantu saudara seagama maka perlu mengutip derma daripada rakyat dahulu barulah boleh dihulurkan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ .فرمان الله تعالى دالم أية    42-43    سورة الأنعام :

ولقد أرسلنا إلى أمم من قبلك فأخذنـهم بالبأساء والضراء لعلهم يتضرعون. فلولا إذ جاءهم بأسنا ولكن قست قلوبهم وزين لهم الشيطـن ماكانوا يعملون

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelum kamu. Kemudian Kami siksa mereka dengan menimpakan kesengsaraan dan kemelaratan agar mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendah diri. Maka mengapa mereka tidak memohon dengan tunduk merendah diri ketika datangnya siksaan Kami kepada mereka. Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan mereka keelokan apa yang selalu mereka kerjakan.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Sempena kedatangan Eidil Adha yang mulia ini tidak lupa kita ucapkan takziah kepada semua mangsa Tsunami terutama mereka yang kehilangan ibubapa, anak, ahli keluarga selain daripada kemusanahan harta benda. Ingatlah bahawa musibah yang datang jika ia dilalui dengan penuh kesabaran maka Allah datangkan pahala yang lebih besar serta pengampunan dosa dan kita juga doakan agar saudara yang meninggal dunia dalam musibah ini diberi oleh Allah dengan ganjaran yang baik. Ingatlah bahawa orang yang ditimpa musibah antara orang yang dikasihi oleh Allah jika ia mampu dihadapi dengan tabah kerana golongan yang paling banyak dan teruk dikenakan bala atau ujian oleh Allah ialah para nabi sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Mas’ab bin Sa’ad daripada ayahnya:

 قُلْتُ : يَارَسُوْلَ اللهِ أَىُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاءً؟ قَالَ : الأنْبِيَاءُ ثُمَّ الأمْثَلُ فَالأمْثَلُ . يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِيْنِهِ فَإِنْ كَانَ فِى دِيْنِهِ صُلْباً اِشْتَدَّ بَلاؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِى دِيْنِهِ رِقَّةً اُبْتُلِىَ عَلَى قَدَرِ دِيْنِهِ فَمَا يَبْرَحُ البَلاءُ بِالعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الأرْضِ وَمَاعَلَيْهِ خَطِيْئَةٌ

Maksudnya : Aku bertanya : wahai Rasulullah! Siapakah di kalangan manusia yang paling kuat ujiannya? Sabdanya : Para nabi kemudian seumpamanya maka sepertinya. Diuji seorang lelaki mengikut kadar agamanya, sekiranya agamanya kuat maka semakin kuat ujiannya dan jika agamanya lemah maka diuji mengikut kadar agamanya. Sentiasa berlangsung ujian ini sehingga ia berhenti, berjalan dia di atas muka bumi ini sedangkan tiada lagi dosa di atasnya.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

            Kita yang bukan mangsa Tsunami juga sewajarnya mengambil iktibar yang sebanyak mungkin daripada musibah ini termasuk memikirkan bagaimana kebanyakan masjid diselamatkan oleh Allah dalam keruntuhan yang dahsyat disekelilingnya.  Ini merupakan isyarat yang jelas agar kita kembali menghidupkan masjid-masjid dengan ibadat khusus dan program yang mampu mengembalikan semula kekuatan umat Islam. Kita begitu bersetuju dengan saranan daripada Perdana Menteri agar semua pemimpin terutama wakil rakyat supaya dapat menjadi imam solat. Apabila pemimpin rapat dengan masjid maka insya Allah rakyat pun turut jinak dengan masjid begitulah sebaliknya. Kita juga meminta agar sekatan yang tidak bertamadun terhadap kegiatan di masjid dapat dihentikan segera agar masjid menjadi tempat tumpuan rakyat bukannya tempat yang dipenuhi dengan kawalan.

 

 

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,

Pemimpin juga mesti bersungguh dalam melahirkan rakyat yang cintakan masjid sehingga keruntuhan akhlak dapat ditangani. Rakyat ini mesti dididik dan diasuh dengan sebaiknya berasaskan Islam. Oleh itu hentikan tekanan terhadap sekolah agama rakyat yang selama ini banyak melahirkan golongan yang menghidupkan masjid. Tidak cukup sekadar menafikan tuduhan Thaksin, Perdana Menteri Thailand bahawa pondok dan sekolah agama adalah pusat pengganas jika pemimpin negara ini sendiri terlebih dahulu berbuat demikian malah hingga hari ini terus menekan pusat pengajian agama. Jangan jadi seumpama ketam yang mahu melihat anaknya berjalan betul sedangkan ia sendiri tidak mampu berbuat demikian.

Akhir kata salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ   , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

3. KHUTBAH EIDIL ADHA 1423H

خطبة فرتام

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ …….. فرمان الله تعالى دالم أية  78   سورة  الحجّ :

وجــهدوا فى الله حق جهاده   هو اجتبـئكم وماجعل عليكم فى الدين من حرج ملة أبيكم إبرهيم هو سمــكم المسلمين من قبل وفى هذا ليكون الرسول شهيدا عليكم وتكونوا شهداء على الناس فأقيموا الصلوة وءاتوا  الزكوة واعتصموا بالله هو مولئكم فنعم المولى ونعم النصير

Maksudnya : Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan bagi kamu dalam agama itu suatu kesulitan. Ikutilah agama orang tuamu nabi Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu dan begitu pula dalam al-Quran ini supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah

            Ketibaan Eidul Adha buat sekian kalinya disambut dengan laungan tahmid memuji Allah dan laungan takbir membesarkan Allah oleh seluruh umat Islam tidak kira di mana mereka berada. Keindahan Islam nampak lebih terserlah dengan anugerah hari raya kepada umatnya di dalam memupuk rasa kasih sayang dan semangat perpaduan. Jika kedatangan Eidil Fitri pada bulan Syawal yang baru lalu selepas selesai umat Islam menunaikan ibadat khusus puasa Ramadhan maka kedatangan Eidil Adha pula selepas umat Islam yang tidak menunaikan fardhu haji disunatkan berpuasa sunat hari Arafah disamping digalakkan pula untuk melakukan ibadat korban pada hari raya pertama dan seterusnya pada hari-hari tasyriq. Jika sebelum solat sunat hari raya Eidil Fitri baru-baru ini kita diwajibkan menunaikan zakat fitrah bagi diagihkan kepada asnaf yang memerlukan bantuan manakala dalam menyambut Eidil Adha pula kita digalakkan melakukan ibadat korban selepas solat hari raya di mana dagingnya disedekahkan kepada saudara kita yang memerlukannya. Setelah kita perhatikan dengan teliti bagaimana anugerah kedua-dua hari raya ini bukan semata-mata untuk bergembira sebaliknya mempunyai 2 matlamat yang lebih besar iaitu merapatkan ikatan perhubungan kehambaan terhadap Allah dan seterusnya merapatkan ikatan kasih sayang sesama insan.

Sifat kehambaan dan perpaduan lebih dirasai bagi jemaah haji di Mekah terutama ketika sama-sama berkumpul di padang Arafah. Budaya cintakan ilmu dan semangat perpaduan sentiasa dihidupkan oleh Islam terutama sehari dalam seminggu iaitu pada hari Jumaat maka umat Islam dikumpulkan untuk mendengar khutbah dan solat Jumaat berjemaah, 2 kali dalam setahun pula umat Islam dikumpulkan untuk menunaikan solat sunat hari raya dan mendengar khutbah dan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup umat Islam yang berkemampuan untuk mengerjakan haji dikumpulkan di padang Arafah untuk solat berjemaah dan mendengar khutbah. Amat malang jika umat Islam masih gagal menghayati keindahan Islam melaluinya serta hanya merasai perasaan taqwa kepada Allah ketika ibadat khusus sahaja seperti sembahyang, puasa sedangkan tidak takut kepada Allah ketika berurusan di pejabat, berurus niaga di pasar, bergaul dengan manusia akibat dihidapi pegangan sesat sekulerisme yang memisahkan agama dan urusan keduniaan.

الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر ولله الحمد

فرمان الله دالم أية 103 هيغك 107 سورة الصافات

فلما أسلما وتله للجبين وندينه أن يإبراهيم قد صدقت الرؤيا إنا كذلك نجزى المحسنين  إن هذا لهو البلؤا المبين  وفدينه بذبح عظيم

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya  ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

            Ayat ini memberi pengajaran yang besar kepada kita bagaimana erti keyakinan dan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan anaknya Ismail dalam melaksanakan perintah Allah melalui mimpi benar. Keyakinan yang mendalam dan pengorbanan yang berharga kerana Allah tidak akan dimiliki tanpa ilmu dan kepatuhan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah. Ia semestinya dicontohi oleh kita semua terutama dalam menyatukan kembali umat Islam di bawah satu sistem hidup iaitu Islam. Perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam bukan disebabkan  kebenaran Islam tetapi akibat kedegilan sesetengah umat Islam yang  jahil tentang ajaran Islam yang menyeluruh untuk tunduk kepada seluruh sistem Islam. Akhirnya timbulnya suatu pertembungan antara pemimpin dan mereka yang jahil dengan golongan rakyat yang berilmu dan faham agama di mana kedua belah pihak saling berkorban demi memenuhi antara tuntutan nafsu dengan tuntutan agama. Golongan pemimpin lebih suka melaungkan agar rakyat mengejar kemewahan dunia dengan cuba melenyapkan panduan agama dalam masalah halal haram yang menyebabkan golongan faham agama yang ikhlas memperjuangkan Islam bangun memberi peringatan agar pemimpin dan rakyat mesti lebih mengejar akhirat tanpa melupakan kemewahan dunia. Ini antara sebab yang membawa kepada perpecahan tetapi jika kita perhatikan kepada puncanya maka Islam telah memberi ubat penawar dalam menangani masalah ini iaitu dengan mematikan hawa nafsu yang meminta agar terlalu mengejar dunia sehingga melupakan kita kepada hari akhirat tempat kembalinya kita.  Apa untungnya kita mengorbankan hari akhirat kita kerana terlalu terpesona dengan godaan dunia yang menyebabkan kita akan sesal yang tidak berkesudahan apabila bertemu Allah di akhirat nanti. Ingatlah sabda nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada Jabir :

قَالَ الرَّسُوْلُ : إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَتَخَوَّفُ عَلَى أُمَّتِي الَهَوى وَطُوْلُ الأمَلِ فَأَمَّا الَهَوى فَيَصُدُّ عَنِ الحَقِّ وَأَمَّا طُوْلُ الأمَلِ فَيُنْسِئُ الآخِرَةَ وَهذِهِ الدُّنْيَا مُرْتَحِلَةٌ ذَاهِبَةٌ وَهذِهِ الآخِرَةُ مُرْتَحِلَةٌ قَادِمَةٌ وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِّنْهُمَا بَنُوْنَ فَإِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ لاتَكُوْنُوْا مِنْ بَنِي الدُّنْيَا فَافْعَلُوْا فَإِنَّكُمُ اليَوْمَ فِى دَارِ العَمَلِ وَلاحِسَابَ وَأَنْتُمْ غَدًا فِى دَارِ الآخِرَةِ وَلاعَمَلََ

Maksudnya : Sesungguhnya perkara yang sangat aku bimbang terrhadap umatku ialah hawa nafsu dan panjang cita-cita. Ini adalah kerana hawa nafsu itu menghalang daripada menerima kebenaran dan panjang cita-cita pula akan melupakan hari akhirat. Ingatlah bahawa dunia ini pada setiap saatnya berlalu pergi dan akhirat pula pada setiap saatnya berjalan datang sedangkan setiap satu-satunya ada orang yang kasih dan setia kepadanya. Jika kamu mampu agar tidak menjadi hamba dunia maka lakukanlah kerana kamu pada hari ini berada di kampung dunia yang ada padanya peluang untuk kamu beramal dan belum ada sebarang hisab sedangkan kamu pada hari esok akan berada di kampung akhirat yang ada padanya hisab dan tiada lagi peluang bagi berbuat sebarang amal.

 

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah,

Islam merupakan agama langit yang menggalakkan kepada kemajuan berdasarkan wahyu bukannya hawa nafsu. Kemajuan dan kemewahan dunia sepatutnya ditafsir mengikut kehendak Islam bersumberkan wahyu bukannya mengikut fahaman kebendaan bersumberkan nafsu. Umat Islam dilarang terlalu mengagungkan tamadun kebendaan barat yang hanya berjaya pada kebendaannya tetapi gagal dalam masalah rohani atau kemanusiaannya yang menyebabkan lahirnya manusia pengganas yang bergerak atas nafsu dan dendam dalam menguasai antara satu sama lain. Barat mengakui kegagalan mereka dalam membina jiwa manusia akibat menafikan peranan agama dalam pembinaan tamadun bersepadu. Oleh itu nilai Islam dan ilmu agama jangan dilihat dari sudut kebendaan semata-mata tetapi ia mesti dilihat dari sudut peranannya yang lebih penting iaitu dalam dalam membina tamadun rohani yang mampu menjanjikan kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat. Adalah amat malang apabila pemimpin sanggup memerangi habis-habisan sekolah agama rakyat sedangkan ia telah banyak menabur jasa semenjak sebelum merdeka lagi. Tindakan ini atas alasan bahawa pengajian agama tidak menjamin masa depan dan tidak membantu dalam memajukan negara sedangkan masalah pengangguran, jenayah dan sosial yang semakin meningkat bukan disebabkan pengajian agama. Kerja bagi pelajar agama memang terhad jika pemimpin terus bertindak sebagaimana penjajah dengan menutup rapat ruang kepada golongan agama dalam memberi khidmat kepada masyarakat secara rasmi serta mahu melihat golongan agama hanya berperanan sebagaimana paderi Kristian atau sami Budha dan Hindu yang terbatas dalam bab ibadat khusus, nikah kahwin, tukang baca doa sahaja. Kerja kepada golongan agama juga semakin banyak jika pemimpin mahu melaksanakan seluruh system Islam dalam negara terutama pakar perundangan Islam dalam melaksanakan hokum hudud dan qisas, pakar ekonomi Islam, perawat penyakit sosial, pendakwah dalam mengembalikan semula ribuan umat Islam yang telah murtad serta perluasan dakwah kepada orang bukan Islam sehingga kita tidak lagi bermusuh dengan orang Cina dan India apabila semakin ramai daripada kalangan mereka telah memeluk Islam. Jika penghapusan jawi sebelum ini telah melahirkan rakyat buta al-Quran dan agama apatah lagi jika hancurnya sekolah agama. Kita peringatkan pemimpin bahawa jika pakar ilmu moden seperti kedoktoran, kejuteraan dan sebagainya dianggap berjasa kerana berjaya membangunkan tamadun kebendaan maka pakar ilmu agama lebih berjasa kerana berjaya membina tamadun rohani dan membantu dalam menunjukkan cara yang betul dalam menghidupkan tamadun kebendaan. Ingatlah kita bagaimana dengan adanya golongan faham agama yang soleh yang sentiasa menyuruh kepada makruf dan menegah daripada kemungkaran telah membawa kepada amannya negara daripada bala yang besar seperti peperangan dan sebagainya sebagaimana firman Allah dalam ayat 117 surah Huud :

 وماكان ربك ليهلك القرى بظلم وأهلها مصلحون   

Maksudnya : Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan  sesebuah negeri dengan zalim sedangkan ada penduduknya yang memperbetulkan keburukan di kalangan mereka

 

الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر ولله الحمد

Kita perlu sedar sebelum terlambat bahawa setiap tindakan pemimpin dalam melawan Islam atas alasan kemajuan dan perpaduan hanyalah pembohongan semata-mata. Sebenarnya pemimpin mahu menjadikan negara ini sebagaimana Turki iaitu sekuler penuh. Pemimpin hanya menerima agama apabila menguntungkan mereka tetapi akan melawan habisan-habisan jika merugikan kedudukan mereka. Pemimpin membina alasan berdasarkan akal agar setiap tindakan mereka dalam menghancurkan peranan agama diterima oleh rakyat jelata termasuk menggunakan golongan agama yang mudah ditipu atau sanggup menjadi alat kepada nafsu pemimpin. Golongan yang jahil ini tidak sanggup melaksanakan sistem Islam yang jelas bercanggah dengan fahaman mereka tetapi lebih rela menerima pakai sistem ciptaan manusia dalam menggerakkan perjalanan kepada pentadbiran, perundangan, ekonomi, sosial dan sistem kehidupan yang lain seperti menggunakan sistem sosialis, kapitalis yang dikuasai fahaman sekulerisme iaitu pemisahan antara agama dan urusan hidup di mana pelaksanaannya diubah mengikut kesesuaian tempat. Jika di Turki yang dijadikan negara sekuler penuh telah mengharamkan pemakaian kopiah maka kita disini baru memulakan pengharamannya di tempat tertentu. Jika di Turki diharamkan pemakaian tudung tetapi kita di sini baru bermula di hotel contohnya dan diikuti dengan serangan saraf  bahawa bertudung atau tidak bertudung tidak menunjukkan baik dan buruknya seseorang serta dakwaan bahawa orang arab bertudung kerana banyaknya debu di sana. Jika di Turki dilarang terus memakai serban tetapi di sini hanya diserang bahawa pemakaian serban menyebabkan lembab otak yang membawa kepada tidak betulnya ilmu pemakainya. Jika di Turki telah lama menutup sekolah agama dan penghapusan bahasa Arab maka di sini baru bermula dengan diperangi sekolah agama. Jika di Turki telah lama dihapuskan nama Islam maka di sini telah berlangsung usahanya walau pun ditahan oleh Majlis Raja-raja Melayu. Oleh itu sebelum agama digadai maka kita sebagai mereka yang mengaku beriman kepada Allah dan rasulNya wajib bangun menentang tindakan yang tidak bertamadun ini agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Sanggupkah kita melihat anak-anak kita sebagai generasi akan datang akan hidup dalam sebuah negara sekuler yang bebas melakukan apa sahaja melainkan mengamalkan cara hidup Islam sebagaimana dialami oleh rakyat Turki. Pemimpin boleh memberi seribu alasan tetapi hakikatnya mereka adalah pengkhianat agama yang rela melihat agama diperangi daripada melihat ideologi sekulerisme mereka dikuburkan. Jangan biarkan lahirnya Mustafa Kamal at-Tartuk Laknatullah yang kedua dalam negara ini. Cukuplah dengan penderitaan umat Islam sedunia selepas hilangnya sistem khilafah akibat terpedaya dengan hasutan sekulerisme bawaan Mustafa Kamal at-Tartuk.

Seorang sarjana Islam ( Mustafa Muhammad ) telah menulis bagaimana perancangan dan pergerakan licik yang digunakan oleh Mustafa Kamal at-Tartuk laknatullah dalam meruntuhkan khilafah Islamiah dan seterusnya membina sebuah negara sekuler di Turki dengan ungkapannya :

“ Sesungguhnya Mustafa Kamal telah menyelinap masuk ke dalam pemikiran orang ramai secara sembunyi dalam mencapai matlamatnya di mana pemikirannya meresap secara beransur-ansur dari masa ke semasa. Maka dia pada suatu peringkat beralasan mahu menyatukan negara dan menghalau keluar perampas yang menjajah..Dan ketika para pembantunya memberi syarat kepadanya agar dia tidak menyentuh kedudukan institusi Khilafah sebagai balasan daripada sokongan mereka kepadanya lalu dia menegaskan dengan bersungguh-sungguh bahawa dia akan berpegang teguh dengan permintaan itu…Kemudian kita melihat dia mula memisahkan kekuasaan daripada Khilafah..dan kemudian kita melihat pula bagaimana dia menghapuskan sepenuhnya institusi Khilafah..Dan akhirnya dia mengistiharkan pula penubuhan sebuah Republik dan menyeru secara terang-terangan kepada sekulerisme dan penghapusan Islam. Perlu diingat bagaimana pada setiap peringkat itu dia sentiasa menggunakan ahli fikir yang bersesuaian dengan peringkat yang dilalui itu. ..Dan suatu perkara yang biasa dilihat bagaimana Mustafa Kamal mempergunakan para ulama’ di dalam setiap peringkat yang berbeza itu sehingga berjaya mengaburi mata umum tentang perancangan jahatnya dalam menjatuhkan Khilafah Islamiah dan seterusnya  menubuhkan negara Turki sekuler ”           

            Oleh itu berwaspadalah kita agar kita tidak menjadi mangsa kerakusan pemimpin yang telah lama berusaha agar negara ini menjadi sekuler penuh. Umat Islam yang benar-benar yakin kepada Islam tidak akan dipatuk di tempat yang sama oleh musuhnya.

Firman Allah dalam ayat 186 surah Ali ‘Imran :

لتبلون فى أمولكم وأنفسكم ولتسمعن من الذين أوتوا الكتب من قبلكم ومن الذين أشركوا أذى كثيرا وإن تصبروا وتتقوا فإن ذلك من عزم الأمور

Maksudnya : Kamu benar-benar akan diuji pada hartamu dan dirimu. Dan juga kamu benar-benar akan mendengar daripada mereka yang diberikan Kitab sebelum kamu dan daripada mereka yang menyekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

 

 

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ .فرمان الله تعالى دالم أية    64    سورة آل عمران :

قل يــأهل الكتـب تعالوا إلى كلمة سواء بيننا وبينكم ألا نعبد إلا الله ولانشرك به شيئا ولايتخذ بعضنا بعضا أربابا من دون الله فإن تولوا فقولوا اشهدوا بأنا مسلمون

Maksudnya : Katakanlah : “ Wahai ahli kitab!  Marilah berpegang kepada suatu kalimah ketetapan yang tiada perselisihan antara kami dan kamu di mana kita tidak akan menyembah kecuali Allah dan kita tidak  pula menyekutukanNya dengan sesuatu pun dan tidak juga sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah”. Jika mereka berpaling maka katakanlah : “ Saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri kepada Allah “.

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Islam adalah agama yang menitik beratkan keamanan dan perpaduan bukannya agama yang menggalakkan keganasan sebagaimana yang dituduh oleh kuffar.  Islam sentiasa membuka ruang yang seluasnya kepada umatnya dan bukan Islam untuk mencari kata sepakat dalam membina perpaduan. Beberapa tahun sebelum terjadi peristiwa 11 September, dunia telah mendapat pemupukan dialog peradaban sekalipun tidak semua manusia mengikuti perkembangannya. Pada tahun 2001, di bawah pengesyoran pimpinan Iran, Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjadikan tahun 2001 sebagai tahun dialog peradaban. Malangnya zionis yahudi yang telah nampak bahawa usaha murni ini akan membolehkan Islam menang mudah dan tersebar dengan pesat yang boleh menyebabkan usaha yahudi untuk menguasai dunia tergugat telah melakukan serangan yang terancang dan kemudiannya menggelarkan Islam sebagai pengganas. Dunia perlu sedar bagaimana protokol zionis yahudi untuk menguasai dunia secara kekerasan telah menyebabkan dunia hari ini huru hara dan dicemari peperangan. Yahudi terus menghasut kuffar yang lain untuk menyerang umat Islam terutama di Afghanistan, India dan seterusnya cuba meranapkan Iraq demi memenuhi nafsu kapitalis yahudi yang menjadi kaya raya di atas sebarang peperangan yang diletuskan.

 

الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Jihad yang ada dalam Islam bukanlah untuk keganasan sebaliknya Islam hanya menggunakan kekuatan untuk maksud pertahanan diri atau menggerunkan musuh. Dalam Islam, persiapan perang mempunyai matlamat fi sabilillah. Ia bergerak dalam dua tujuan iaitu sama ada untuk mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh atau menghantar misi dakwah untuk menyebarkan Islam. Kedua-dua tujuan ini sangat jauh berbeza dengan melakukan persiapan lalu berperang, menyerang dan menjajah dengan tujuan mengembangkan tanah jajahan seterusnya mengaut hasil mahsul dari negara jajahan sebagaimana yang dilakukan oleh musuh Islam. Tiada istilah penjajahan dalam Islam sebaliknya apa yang ada ialah penyebaran keadilan Islam untuk dirasai oleh seluruh umat manusia di mana Islam lebih mengutamakan perdamaian daripada peperangan selagimana ruang damai masih ada. Peperangan hanya meletus apabila musuh Islam terus berkeras dalam melawan Islam atau menceroboh kesucian Islam. Ini jauh berbeza dengan kuffar yang sentiasa mencari jalan untuk berperang walau pun terpaksa merosakkan bumi dalam memastikan kuasa mereka bertahan demi mencapai keuntungan kebendaan semata-mata.

Firman Allah dalam ayat 61-62 surah al-Anfal :

وإن جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله إنه هو السميع العليم وإن يريدوا أن يخدعوك فإن حسبك الله هو الذي أيدك بنصره وبالمؤمنين

Maksudnya : Dan jika mereka cenderong kepada perdamaian maka cenderonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu maka sesungguhnya cukuplah Allah sebagai pelindungmu. Dialah(Allah) yang memperkuatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan mereka yang beriman.

 

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,

            Oleh itu dalam menghayati pengorbanan besar nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar serta anaknya nabi Ismail maka suatu sikap dalam melawan cabaran dunia mesti diambil. Perjuangkanlah seluruh sistem Islam agar negara kita dipenuhi ubat pencegah dan perawat penyakit sosial bukannya terus tunduk kepada sistem sesat penjajah yang membawa banyak penyakit daripada mencegahnya. Adakah suatu tindakan yang waras jika mahu menangani masalah arak dengan membina 27 kilang arak dalam negara. Adakah suatu yang wajar mahu memerangi pelacur dengan membuka lebih banyak kelab malam. Adakah suatu yang tepat mahu memerangi zina sedangkan cara pemakaian mendedah aurat digalakkan dan media massa sentiasa membangkitkan nafsu daripada memadamkannya. Adakah suatu yang bijak mahu menghapuskan AIDS dengan menambah pengedaran kondom. Inilah bahayanya apabila nafsu menjadi Tuhan dan akal menjadi panduan hidup mengatasi wahyu maka semuanya membawa kehancuran daripada membina keharmonian.

Sempena Eidul Adha ini kita disunatkan untuk melakukan ibadat korban. Sesiapa yang mampu maka tunaikanlah ibadat korban ketika ramai saudara seagama yang menjadi korban kekejaman pengganas kuffar seperti di Afghanistan, Iraq dan Palestin. Gunakanlah peluang yang ada untuk menyembelih binatang korban ketika ramai saudara kita disembelih oleh kuffar durjana. Selamat hari raya Eidul Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ   , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

6. KHUTBAH EIDIL ADHA 1427H

 

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ……

فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

 فرمان الله تعالى دالم أية  272سورة  البقرة :

ليس عليك هدئهم ولكن الله يهدي من يشاء وماتنفقوا من خير فلأنفسكم وماتنفقون إلا ابتغاء وجه الله وماتنفقوا من خير يوف إليكم وأنتم لاتظلمون

Maksudnya : Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah S.W.T) maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah S.W.T. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan nescaya kamu akan diberikan pahalanya dengan cukup sedangkan kamu sedikitpun tidak akan dianiayai.

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,

Selamat menyambut hari raya Eidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.  Semoga anugerah hari raya yang amat bermakna ini dapat kita penuhi dengan amal ibadat dalam mendekatkan diri kita kepada Allah. Antaranya bagi mereka yang mampu digalakkan agar menunaikan ibadat korban dengan  menyembelih binatang di mana dagingnya disedekahkan untuk golongan yang memerlukannya. Ini dapat menambahkan lagi semangat persaudaraan dan kerjasama dalam meringankan bebanan golongan yang susah. Semoga anugerah hari raya turut digunakan dalam merapatkan lagi hubungan kekeluargaan di mana kita pada hari ini dapat merasakan hubungan ini semakin lama semakin longgar dan jauh walau pun kemudahan pengangkutan dan perhubungan semakin mudah dan canggih. Jika pada masa kita ini ramai yang sudah tidak kenal ahli keluarga terdekat kerana sibuk dengan urusan harian apatah lagi pada masa yang akan datang jika usaha dalam merapatkan kembali hubungan sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh ayah dan datuk kita sebelum ini tidak disuburkan semula. Sama-samalah kita ambil iktibar daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim :

قال الرسول e  : مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya :  Sesiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Ibadat korban yang dibuat sempena hari raya ini mengingatkan kita tentang arahan Allah agar nabi Ibrahim menyembelih anaknya nabi Ismail setelah dewasa yang menggambarkan kepada kita semua tentang keyakinan dan pengorbanan besar yang telah ditunjukkan oleh baginda berdua dalam melaksanakan perintah Allah melalui mimpi benar agar melakukan suatu diluar kewarasan manusia iaitu menyembelih anak tersayang di mana ia ditunaikan tanpa banyak bicara. Pengorbanan suci ini digambarkan oleh Allah melalui ayat 103-107 surah as-Sooffat :

فلما أسلما وتله للجبين وندينه أن يإبراهيم قد صدقت الرؤيا إنا كذلك نجزى المحسنين  إن هذا لهو البلؤا المبين  وفدينه بذبح عظيم

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya  ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

            Sikap tunduk dan patuh kepada setiap arahan Allah melayakkan nabi Ibrahim menjadi Khalilullah. Oleh itu sempena mengingati pengorbanan besar nabi Ibrahim ini maka tanyalah diri kita tentang sejauh manakah tahap kepatuhan kita kepada arahan Allah dalam kehidupan seharian. Adakah cukup setakat menyatakan dengan lidah bahawa kita ini benar-benar beriman dan taat kepada Allah dan rasulNya sedangkan perundangan, ekonomi, sosial dan sebagainya yang kita gunakan masih lagi jauh daripada petunjuk wahyu. Adalah begitu amat malang jika hanya mengaku hamba Allah tetapi tidak mahu tunduk kepada sistem al-Quran. Adalah suatu penipuan yang nyata apabila mendakwa diri pejuang Islam tetapi mendewa-dewakan system manusia dengan mengepikan system Islam. Jika kita sebagai pemimpin, tanyalah sejauh manakah kita menunaikan amanah dalam melaksanakan system al-Quran. Jika kita sebagai ibubapa, tanyalah diri kita tentang sejauh manakah kita sendiri mengikut petunjuk wahyu dan bagaimana dengan anak-anak kita adakah amal ibadat, cara pemakaian, pergaulan mereka telah mengikut panduan yang telah digariskan oleh agama atau sebaliknya. Kita yakin anak-anak yang terjebak dengan dadah, zina, mat rempit dan sebagainya mempunyai ibubapa. Adakah ibubapa mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dalam mengawal anak-anak ini sebelum rosak atau membiarkan sahaja mereka rosak. Keadaan bertambah parah apabila ibubapa melenting bila ditegur dan dinasihatkan oleh masyarakat tentang masalah anak-anak mereka. Ubahlah sikap agar kita mampu mengubah keadaan yang lebih sihat dan aman bersuluhkan panduan wahyu dengan mengenepikan hasutan nafsu.

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

            Kita sebagai umat Islam yang mengaku tunduk patuh kepada Allah wajib menjaga 5 asas Maqasid Syari’iyyah iaitu 1] menjaga agama dengan menjauhkan syirik dari segi penyembahan benda dan sistem  [2] menjaga keselamatan nyawa sendiri dan orang lain [3] menjaga akal fikiran daripada dirosakkan dengan dadah, arak dan sebagainya [4] menjaga keturunan dengan menghindari zina [5] menjaga harta benda daripada dirosakkan. Apabila asas yang digariskan oleh agama ini dapat dijaga dengan sebaiknya maka akan lahirnya sebuah masyarakat yang aman sejahtera di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika ia dilanggar atau dicabuli maka sesebuah keluarga, masyarakat, negeri dan negara akan berada dalam suasana yang terancam. Betapa malangnya apabila masalah murtad dalam negara terus berlaku tetapi tiada tindakan sewajarnya diambil bagi menangani masalah yang paling serius ini atas alasan menjaga hak asasi manusia sedangkan orang yang murtad secara jelas melanggar hak Allah yang lebih besar bahayanya. Bila ramai umat Islam yang terpengaruh dengan istilah hak asasi manusia yang ditaja oleh musuh Islam kaki pembunuh dan penceroboh hak orang lain sehingga lupa kepada hak Allah yang lebih besar dan penting maka selagi itulah Islam dihina oleh penganutnya sendiri. Kita begitu sedih apabila masalah perebutan mayat terus berlaku dan kali ini pemimpin negara sendiri terus mengeluarkan kenyataan meminta pihak Peguam Negara (AG) campur tangan dalam menentukan status agama A Rayappan sehingga ia dikuburkan cara Kristian walau pun masih ada jalan untuk mendakwanya masih Islam. Malah tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang tidak mendaftarkan status Islam dalam kad pengenalan A Rayappan membuka jalan kepada akhbar The Star dan The Sun dalam membangkitkan isu tercatat perkataan Kristian dalam kad pengenalan A Rayappan sedangkan bila dilihat keadaan sebenar tidak tercatat sebagaimana yang didakwa.

            Jika masalah murtad gagal ditangani apatah lagi masalah ajaran sesat seperti yang terbaru masalah Rufaqa’ yang didakwa cuba menghidupkan amalan Arqam yang telah diharamkan. Begitu juga dengan pengakuan seorang wanita yang dulu pernah mengaku sebagai imam Mahdi dan kini sebagai rasul wanita. Ajaran sesat ini sukar dibanteras sekiranya pemimpin sendiri terus memberi kebebasan kepada puak Islam Liberal, Islam plural, anti hadis dalam menyesatkan masyarakat Islam. Fahaman pemisahan agama dengan politik turut menjadi antara punca utama kepada berleluasanya ajaran sesat ini. Begitu juga apabila adanya fatwa yang diputuskan oleh majlis fatwa dilanggar oleh pemimpin sendiri seperti sambutan di hadapan Tugu Negara pada Hari Pahlawan yang jelas dihukum sebagai suatu amalan syirik.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Atas nama hak asasi manusia juga adanya umat Islam sendiri yang bangun menentang penguatkuasaan oleh kerajaan Kelantan terhadap jurujual wanita yang berpakaian tidak senonoh. Ketika musuh Islam di beberapa buah negara di Eropah seperti Belgium, Perancis, Belanda, Denmark dan lain-lain sedang berusaha menelanjangkan wanita Islam, mengapakah kita yang berada dalam sebuah negara majority umat Islam turut bersekongkol dengan musuh Islam untuk terus membiarkan wanita Islam berpakaian menjolok mata. Adakah arahan berpakaian menutup aurat akan menambahkan lagi masalah rogol dan zina dalam masyarakat. Tidak cukup lagikah kita dengan jumlah pasangan yang berzina sebelum kahwin dalam negara ini lebih kurang 50 peratus. Baru-baru ini pula kita dikejutkan dengan kajian yang menunjukkan dalam negara kita ada 4000 orang pelacur kanak-kanak. Lupakah kita kepada cadangan bekas Perdana Menteri Britain Gladstone pada awal penjajahan terhadap bumi umat Islam dengan katanya : “ Untuk menghancurkan kekuatan Islam, mestilah dibuang dahulu hijab daripada muka perempuan Islam, ditutup terlebih dahulu al-Quran dan mestilah membawa masuk benda-benda yang memabukkan, dadah, benda keji dan mungkar”. Malah kakitangan kerajaan di timur China dilaksanakan peraturan larangan memakai seksi di pejabat. Jika orang bukan Islam lebih ke hadapan dalam cara pemakaian yang baik dan selamat mengapa masih ramai wanita Islam sendiri masih berfikiran kolot dan ketinggalan zaman sehingga sanggup mengenepikan amaran Allah S.W.T dan rasul antaranya sebuah hadis nabi daripada Abu Hurairah yang berbunyi :

قال الرسول e  :صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا  قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ البَقَرِ يَضْرِبُوْنَ ِبَها النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلاتٌ مَائِلاتٌ رُؤُوْسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ البُخْتِ المَائِلَةِ لايَدْخُلْنَ الجَنَّةَ وَلايَجِدْنَ رِيْْحَهَا وَاِنَّ رِيْْحَهَا لَيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةٍ كَذَا وَكَذَا     – رواه مسلم

Maksudnya : Ada 2 golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang aku tidak sempat melihat mereka kerana belum ada pada zamanku. Pertama, golongan penguasa yang mempunyai cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, golongan perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menghayun-hayunkan bahunya. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga sedangkan bau wangi syurga itu sudah tercium daripada perjalanan yang sangat jauh daripadanya

Renungilah firman Allah dalam ayat 164 surah al-A’araf  :

وإذ قالت أمة منهم لم تعظون قوما الله مهلكهم أو معذبهم عذابا شديدا قالوا معذرة إلى ربكم ولعلهم يتقون

Maksudnya : Dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata :” Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah S.W.T akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?”. Lalu mereka menjawab:” Agar kami mempunyai alasan terlepas daripada tanggungjawab kepada Tuhanmu dan supaya mereka bertaqwa”.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

 

 

 

 

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ .

 فرمان الله تعالى دالم أية  37سورة  الحج :

لن ينال الله لحومها ولادماؤها ولكن يناله التقوى منكم كذلك سخرهالكم لتكبروا الله على ماهدئكم وبشر  المحسنين

Maksudnya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan Allah) tetapi ketaqwaan daripada diri kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayahNya kepada kamu. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Kita bakal menyambut ketibaan tahun baru 2007 Masihi esok di mana biasanya ia disambut dengan pelbagai cara yang membelakangkan ajaran Islam. Tidak cukup lagikah dengan banjir besar dan pelbagai jenis bala daripada Allah untuk menyedarkan kita agar kembali kepada Islam. Sebagaimana ibadat puasa untuk melahirkan umat bertaqwa begitulah juga dengan ibadat korban yang digalakkan untuk kita lakukan pada hari ini dan hari-hari tasyriq. Orang bertaqwa sentiasa mengorbankan harta, tenaga dan masanya untuk Islam termasuk dalam membantu saudara yang susah. Oleh itu kita gunakanlah peluang dengan kedatangan hari raya ini untuk membantu saudara kita terutama yang dilanda banjir untuk sama-sama merasai kemeriahan hari raya. Ingatlah bahawa sedikit harta dunia yang kita sedekahkan bakal dibalas dengan anugerah yang jauh lebih besar di akhirat nanti

Sempena kedatangan Eidil Adha juga kita mesti sama-sama berusaha dalam membantu saudara seagama kita di tempat-tempat yang lain terutama negara yang dilanda penjajahan baru seperti di Afghanistan, Iraq dan sebagainya. Sempena berada pada hari yang mulia ini juga kita mengutuk tindakan bacul Amerika Syarikat yang memperkudakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam menekan pembangunan nuklear Iran sedangkan mereka terus membiarkan Israel membangunkan senjata nuklear. Begitu juga tindakan tidak bertamadun Israel yang bertindak membantu parti Fatah yang kalah sebelum ini dengan menyalurkan pelbagai bantuan dalam menggulingkan kerajaan HAMAS pilihan rakyat Palestin. Tiada siapa yang boleh diharapkan untuk membantu saudara seagama yang sedang menderita melainkan umat Islam yang benar-benar tunduk dan patuh kepada Allah. Tidak rugi memperjuangkan Islam walau pun terpaksa melalui pelbagai penderitaan dan kesusahan. Sebaliknya amat rugi jika bertindak bacul melawan Islam walau pun kadang-kadang banyak kesenangan dan kemewahan ditawarkan oleh musuh Islam. Islamlah nescaya kita selamat dan bahagia di dunia dan akhirat

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ   , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

3. KHUTBAH EIDIL FITRI 1423H

 

 

KHUTBAH PERTAMA

 

الله أكبر  ( 9 كالي ) الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا  . الحمد لله الذي الذي وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  . وأشهد أن لاإله إلا الله وحده لاشريك له  . وأشهد أن محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم وبارك على نبينا محمد وعلى آله ومن سار على نهجه إلى يوم الدين . أما بعد …. فيا أيها المسلمون اتقوا الله حق تقاته ولاتموتن إلا وأنتم مسلمون ….فرمان الله دالم آية  10 13  سورة الصف:

يأيها الذين ءامنوا هل أدلكم على تجــرة تنجيكم من عذاب أليم  تؤمنون بالله ورسوله وتجــهدون فى سبيل الله بأمولكم وأنفسكم ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون يغفرلكم ذنوبكم ويدخلكم جنت تجرى من تحتها الأنهــر ومســكن طيبة فى جنت عدن ذلك الفوز العظيم  وأخرى تحبونها نصر من الله وفتح قريب وبشر المؤمنين

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Adakah kamu gembira jika Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya serta kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa ragamu. Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Dia (Allah) mengampunkan dosa-dosa kamu dan Dia (Allah) memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam Syurga ‘Adni. Demikian itu merupakan kemenangan yang besar. Allah berjanji akan menganugerahkan suatu kurniaan yang kamu sukai iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang hampir. Dan sebarkanlah berita gembira kepada mereka yang beriman.

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah,

            1 Syawal tiba lagi menandakan bermulanya sambutan Eidil Fitri di mana ia disambut penuh kesyukuran dengan laungan takbir membesarkan Allah dan laungan tahmid memuji Allah oleh seluruh umat Islam sedunia tanpa mengira batas usia, harta, takhta atau pun bangsa. Masing-masing bergembira menyambut kedatangan hari yang berbahagia ini setelah sebulan mereka bertarung dengan godaan nafsu semasa menunaikan ibadat puasa. Masa berlalu dengan begitu pantas sekali di mana setahun bagaikan sebulan, sebulan dirasa bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari dan sehari dirasakan bagai satu jam sahaja. Ini memberi suatu peringatan bahawa semakin hampirnya kita kepada hari qiamat agar hati kita sentiasa subur dengan rasa cinta dan kasih kepada Allah dan seluruh anggota kita pula sentiasa patuh dalam melaksanakan perintah Allah samada ketika sihat atau sakit, muda atau tua, lapang atau sempit, senang atau susah.

 

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,

            Kedatangan Syawal bersama berlalunya Ramadhan bukan bererti berlalunya juga proses tarbiah untuk menjadi hamba  yang bertaqwa kepada Allah sebaliknya ia akan menyemarakkan lagi semangat jihad dalam diri untuk mengharungi pelbagai ujian yang mendatang. Seorang ulama’ tafsir Imam Fakhrur Razi membahagikan jihad itu kepada 3 bahagian. Pertama ialah jihad seseorang dengan dirinya sendiri iaitu menghadapi hawa nafsu dalam diri. Keduanya ialah jihad antara dirinya dengan makhluk lain berupa harta benda dan kemewahan dunia. Ketiganya jihad menghadapi musuh Allah yang menentang agamaNya. Melalui tarbiah Ramadhan kita dilatih berjihad menentang hawa nafsu dan melalui pengeluaran zakat fitrah pula kita diajar melawan rasa kasih pada harta kemewahan dunia. Jika disuburkan kedua jihad ini sehingga terhakisnya penyakit takut mati dan terlalu cintakan kepada kehidupan dunia, barulah kita mampu menghadapi musuh Allah yang lebih nyata. Penghinaan yang menimpa umat Islam akibat daripada tiadanya semangat jihad tadi dan jika adapun maka ia masih belum mencukupi beberapa syarat kemenangan yang lain terutama kurangnya rasa keikhlasan kepada Allah dalam berjuang di mana masih terdetik di hati untuk mendapat habuan dunia atas hasil kemenangan serta masih dihinggap perasaan lupa kepada Allah sehingga kurangnya pertautan hati dalam mengingati Allah ketika berjuang.

            Ambillah iktibar daripada peperangan Hunain  yang berlaku pada bulan Syawal di mana akibat tentera Islam terlalu yakin kepada jumlah yang ramai berbanding peperangan sebelumnya serta timbulnya perasaan terlalu yakin bahawa Islam pasti menang yang membolehkan mereka mendapat banyak hasil daripada rampasan perang sehingga kurangnya pertautan hati mereka kepada Allah dan kurangnya perasaan ikhlas dalam berjuang yang menyebabkan  tentera Islam hampir kalah. Tetapi Allah tetap memberikan kemenangan kepada Rasulullah s.a.w dan baki tentera Islam yang tetap berjuang tanpa berundur dari medan peperangan.

Firman Allah dalam ayat 25  dan 26 surah al-Taubah :

لقد نصركم الله فى مواطن كثيرة ويوم حنين إذ أعجبتكم كثرتكم فلم تغن عنكم شيئا وضاقت عليكم الأرض بما رحبت ثم وليتم مدبرين ثم أنزل الله سكينته على رسوله وعلى المؤمنين وأنزل جنودا لم تروها وعذب الذين كفروا وذلك جزاء الكفرين

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai orang mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga kerana ramainya jumlahmu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada rasulNya dan kepada orang-orang yang beriman. Dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir. Dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir.

الله أكبر! الله أكبر ! الله أكبر ولله الحمد

            Gema takbir membesarkan Allah dan tahmid memuji Allah yang dilaungkan bersama meyakinkan lagi kepada kita semua bahawa umat Islam mampu kembali bersatu di bawah panji Islam sebagaimana kita diasuh menyembah Allah yang satu, mengadap ke arah qiblat yang satu, membaca dan mengamalkan al-Quran yang satu dan kini kita semua berusaha untuk melaksanakan seluruh sistem Islam yang satu dengan menolak sebarang sistem ciptaan manusia yang sesat dan buntu. Malah ketika membaca al-quran sepanjang Ramadhan maka kita tidak lupa tentang ayat pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w ialah “ Iqra’ “ yang bererti bacalah. Ini memberi isyarat yang besar bagaimana pentingnya ilmu pengetahuan dalam membina tamadun insan dan kebendaan demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Tanpa ilmu maka umat Islam mudah ditipu oleh musuh Islam yang beruasaha untuk terus menjajah dengan melunturkan semangat jihad yang ada. Tanpa ilmu maka umat Islam terjajah di negara mereka sendiri sehingga hasil mahsul negara diambil oleh musuh Islam akibat kekurangan pakar daripada kalangan umat Islam untuk mengeluar dan memproses hasil bumi anugerah Allah.Tanpa ilmu juga maka rakyat akan ditindas oleh pemimpin yang mengekalkan kuasa di atas kejahilan rakyatnya.

Islam yang memerintah dengan ilmu yang diterangi cahaya wahyu terus bertembung dengan musuh Islam yang menjajah dengan nafsu. Islam yang tersebar dengan ilmu pengetahuan terus menangkis serangan musuh yang bergerak dengan kejahilan. Dunia pernah menyaksikan bagaimana runtuhnya kuasa komunis Soviet Union selepas kekalahan mereka di Afghanistan ditambah lagi dengan pemberontakan rakyat mereka sendiri yang mula celik hasil ilmu yang ditimba yang membolehkan mereka sedar bahawa mereka sebenarnya adalah mangsa penindasan. Begitu juga yang berlaku di beberapa negara barat hari ini terutama Amerika apabila rakyatnya mula memasuki agama Islam dengan peratus yang lebih ramai berbanding sebelum serangan 11 September kerana ilmu dan kajian mereka terhadap Islam yang ditekan oleh pemimpin mereka yang ganas. Gelombang ilmu turut menyaksikan bagaimana rakyat Turki yang ditekan begitu lama dengan kezaliman sekularisme telah bertindak menjatuhkan gerakan sekuler yang banyak melakukan penindasan dan penipuan dengan memberi ruang yang seluasnya kepada gerakan pro-Islam untuk memerintah. Penderitaan umat Islam di Palestin yang saban hari dibunuh oleh yahudi ditambah dengan serangan terhadap Iraaq walau pun telah menerima resolusi 1441 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana kuffar terutama Amerika dan Britain yang telah dibeli oleh yahudi begitu tamakkan minyak serta mahu melaksanakan perluasan Negara Israel raya mengikut perancangan asal yahudi yang memanjang hingga Iraq dan Mesir telah menyedarkan hampir keseluruhan umat Islam bahawa kuffar telah memulakan peperangan salib baru yang meminta agar kita bersatu menentangnya. Akhir-akhir ini pula Australia turut menyatakan kesediaan mereka untuk melakukan serangan ke atas mana-mana negara yang mengancamnya. Malah tekanan terhadap negara kita juga hebat apabila turut dikatakan tidak selamat untuk dilawati dan mungkin akan berlaku serangan bom sebagaimana di Bali, Indonesia disamping bayangan awal kuffar akan menggunakan pesawat perang kawalan jauh untuk memerangi umat Islam di rantau Asia Tenggara. Sabda nabi dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh  imam Bukhari :

لاتَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ ظَاهِرِيْنَ عَلَى الحَقِّ لايَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ

Maksudnya : Akan terus wujud segolongan umatku yang berani menyatakan kebenaran di mana tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang menyanggahinya sehingga datangnya ketentuan daripada Allah.

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah,

Menyedari bahawa Islam bangkit dengan ilmu pengetahuan maka sepatutnya pemimpin kita yang mendakwa mendakwa bahawa negara ini negara Islam lebih menghidupkan budaya ilmu dalam masyarakat bukannya bertindak mengawal majlis ilmu di masjid lebih ketat berbanding dengan hiburan menyesatkan di kelab malam, melarang pemakaian kopiah dan tudung labuh di sebahagian besar pejabat dan pusat pengajian dengan menggalakan pemakaian ala barat dan pendedahan aurat, tidak memandang besat masalah budaya lepak dan jenayah juvana yang semakin meningkat sebaliknya menekan terutama dari segi kewangan ke atas sekolah agama rakyat yang mempunyai jumlah pelajar seramai 600 ribu orang. Penyerapan 126 ribu orang pelajar terbabit ke sekolah kebangsaan bukanlah suatu tindakan tindakan yang bijak malah lebih kepada menghukum pelajar yang mahu mendalami ilmu agama dan bahasa arab tanpa mengenepikan ilmu akademik yang lain.  Sepatutnya pemimpin bersyukur kepada Allah kerana peranan yang dimainkan oleh sekolah agama rakyat begitu besar terutama dalam turut membantu menangani masalah kejahilan dan sosial ketika usaha pemimpin melalui program rakan muda bermula 29 November 1994 yang menelan belanja lebih 140 juta 57 ribu ringgit kurang berjaya kerana mencampur adukkan antara ibadat dan maksiat dalam banyak program sehingga padamnya garisan antara dosa dan pahala. Usaha yang tidak bertamadun dalam menekan sekolah agama rakyat akan menambahkan penderitaan umat Islam terutama orang Melayu yang sebelum ini dikejutkan dengan penghapusan bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Bahasa Melayu bakal dikubur dan ditalkinkan oleh bangsanya di negaranya sendiri  setelah sebelum ini maruah Melayu dicalarkan dengan penghapusan pembelajaran jawi. Mengapa tidak ditiru barat dalam masalah ini apabila barat sehingga hari ini terus menterjemahkan ilmu yang di ambil daripada tamadun Islam berbahasa arab kepada bahasa mereka sedangkan kita telah mempunyai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk berbuat demikian. Sebaliknya pemimpin memaksa kita untuk tunduk kepada bahasa penjajah untuk maju. Ibnu Khaldun pernah berkata bahawa sesuatu bangsa yang paling teruk dan tidak bermaruah ialah apabila bangsanya dijajah dan dia pula terpaksa menggunakan bahasa penjajah untuk maju.

 

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,

Laungan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini sentiasa dilaung setiap kali menyambut hari raya. Ia mengingatkan kita kepada kemenangan tentera Islam seramai 3 ribu orang di bawah kepimpinan Rasulullah s.aw dalam peperangan Ahzab ketika berhadapan dengan tentera bersekutu kuffar melebihi 10 ribu orang yang berlaku pada bulan Syawal. Jika dikira pada akal maka tentera Islam pasti dikuburkan oleh tentera bersekutu kuffar tetapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya apabila bantuan ribut dan hujan telah menyebabkan tentera musuh berundur di samping serangan saraf melalui pengintip rahsia yang dihantar oleh nabi telah membuatkan tentera musuh berpecah dan seterusnya memberi kemenangan kepada tentera Islam. Kini umat Islam berhadapan sekali lagi dengan tentera bersekutu kuffar yang diketuai oleh yahudi bersama kuasa Kristian Amerika dan Britain yang telah dibeli oleh yahudi. Umat Islam wajib bersatu menentang serangan kuffar yang bukan sahaja bertindak kejam mermbunuh umat Islam malah mereka turut menghina kesucian Islam di mana pada tahun ini sahaja adanya suara biadap yang menuduh nabi Muhammad s.a.w adalah ketua pengganas, adanya desakan agar dibuang ayat mengenai juhad dan perang daripada al-Quran dan yang terbaru ialah penghinaan terhadap nabi Muhammad s.a.w yang dituduh akan memilih salah seorang ratu cantik yang sedang bertanding di Nigeria jika baginda masih hidup. Tuduhan liar ini telah menyebabkan lebih 200 orang terbunuh akibat pertempuran antara umat Islam dan kristian.

 Sabda nabi melalui suatu hadis:

إِنَّ أَوْثَقَ عُرَى الإْيمَانِ أَنْ تُحِبَّ فِى اللهِ وَتَبْغَضَ فِى اللهِ

Maksudnya : Sesungguhnya sekuat-kuat ikatan iman itu ialah kasih kamu kerana Allah dan benci kamu pun kerana Allah

            Kita jangan termakan racun musuh Islam yang sememangnya begitu benci dan gerun kepada persaudaraan dan kesatuan umat Islam di atas dasar iman. Kita mesti ingat kepada satu laporan sulit yang dikemukakan oleh bekas Menteri Jajahan Britain (Ormes Gho) dengan katanya :

“ Peperangan telah mengajar kita bahawa perpaduan umat Islam adalah bahaya yang amat besar yang sewajarnya diberi perhatian serius dan mesti diperangi oleh pihak empayar. Bukan pihak Inggeris sahaja yang memikul tugas ini malah juga pihak Perancis. Di antara perkara yang begitu menggembirakan kita ialah runtuhnya khilafah Islamiah. Kita berharap system khilafah ini tidak akan muncul-muncul lagi. Pegangan kita selama-lamanya ialah menghalang perpaduan umat Islam atau menghalang kerjasama antara negara-negara Islam. Pegangan seperti ini hendaklah dikekalkan”

            Oleh itu marilah kita bersatu di bawah seluruh system Islam bukannya memilih Islam mengikut selera nafsu kita. Jangan terus biarkan musuh membunuh dan membaham tubuh umat Islam sebagaimana di Palestin sedangkan kita terus hanyut dengan hiburan yang melalaikan. Jangan biarkan pemuda di Palestin, Kashmir, India, Afghanistan dan lainnya mempertaruhkan nyawa ketika berhadapan dengan musuh sedangkan pemuda kita sibuk menyabung nyawa demi mencari habuan dunia dalam lumba haram. Jangan biarkan saudara seagama kita mati kebuluran disiksa oleh musuh sedangkan kita mati kekenyangan. Jangan biarkan saudara kita terus bertarung nyawa di celah bedilan musuh kerana mahu solat sedangkan kita terus mengosongkan masjid yang ada kerana dihidapi penyakit malas. Jangan biarkan saudara wanita kita diperkosa dan mayat mereka terbujur kaku disaluti kapan sedangkan wanita kita di sini masih asyik dengan fesyen membuka aurat yang menjolok mata. Sedarlah kita bahawa bala Allah apabila ia turun maka menyeluruh. Teruskan melawan musuh sehingga hidup kita mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat

 

 

 

Firman Allah dalam ayat 104 surah an-Nisa’ :

ولاتهنوا فى ابتغاء القوم إن تكونوا تألمون فإنهم يألمون كما تألمون وترجون من الله مالايرجون وكان الله عليما حكيما

Maksudnya : Janganlah kamu berasa lemah dalam melawan musuh. Jika kamu menderita kesakitan maka mereka pun menderita kesakitan sebagaimana kamu menghadapi kesakitan itu. Sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah ketika musuh tidak mengharapkannya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

  

 

  

KHUTBAH KEDUA

 

الله أكبر ( 3 كالي )       الله أكبر ( 3  كالي )   الله أكبر

الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا . الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله, اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين . أما بعد…….

فيا أيها المسلمون! اتقوا الله وأطيعوه واعلموا أن الله يحب المتقين .

فرمان الله تعالى دالم أية   60   سورة التوبة

إنما الصدقــت للفقراء والمســكن والعــملين عليها والمؤلفة قلوبهم وفى الرقاب والغــرمين وفى سبيل الله وابن السبيل فريضة من الله والله عليم حكيم

Maksudnya :  Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, golongan miskin, petugas yang memungut zakat, orang yang dijinakkan hatinya untuk Islam, untuk menebus orang yang menjadi hamba abdi, orang menanggung hutang dan untuk orang yang keluar di jalan Allah. Demikian itu adalah suatu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah. Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah

            Sistem zakat dalam Islam begitu banyak faedah terutama di dalam mengalirkan harta daripada tertumpu kepada individu tertentu sahaja di mana Allah telah menetapkan supaya zakat mesti menggunakan rezeki yang halal dan diagihkan pula kepada mereka yang telah ditentukan oleh Allah. Ini semua bagi menanamkan rasa taat kepada perintah Allah dengan membuang sikap sayangkan harta dunia sehingga tidak mempedulikan masalah saudara yang lain. Setiap ketaatan dan pengorbanan yang benar-benar ikhlas datangnya melalui kekuatan aqidah bukannya melalui kekuatan ekonomi semata-mata. Ini dapat dilihat bagaimana ramai orang kaya yang tidak sanggup berkorban untuk Islam disebabkan lemah aqidahnya. Malah dapati adanya golongan yang dianggap kaya sanggup makan harta rakyat miskin dan ada pula melabur harta orang Islam dalam saham haram demi mendapatkan keuntungan semata-mata seperti tindakan Tabung Haji sebelum ini melabur dalam sebuah kilang mencetak buku-buku Kristian. Aqidah yang lemah biasanya terbit daripada kejahilan. Sebab itulah khalifah Umar al-Khottab pernah menegaskan dalamilah ilmu agama sebelum kamu memimpin. Kita tidak pernah menafikan betapa pentingnya ilmu fardhu Kifayah sebagaimana yang ditekankan oleh pemimpin tetapi dalam masa yang sama jangan pula meninggalkan ilmu fardhu ‘Ain yang lebih penting dan utama ke arah mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sesuatu ilmu yang didakwa ilmu fardhu Kifayah mestilah bertepatan dengan kehendak Islam dan mempunyai ruh Islam serta digunakan untuk kepentingan Islam bukan sebaliknya.

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah,

            Semoga kedatangan eidil fitri kali ini menambahkan kebahagian kepada seluruh umat Islam. Dalam berhari raya jangan cuba cemarinya dengan maksiat. Cuba jaga adab Islam dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan serta elakkan daripada membazir. Disamping itu rebutlah juga peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda Rasulullah s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

Selamat hari raya eidil fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan selamat menziarahi sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا, اللّهُمَّ انصر المجاهدين الذين يجاهدون في سبيلك في كل زمان ومكان ,  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ .اللهم تقبل منا صلاتنا وصيامنا وقيامنا وزكاتنا وجميع حسناتنا واجعلها خالصة لوجهك الكريم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

4. KHUTBAH EIDILFITRI 1425H

 

KHUTBAH PERTAMA

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 140 surah Ali ‘Imran :

إن يمسسكم قرح فقد مس القوم قرح مثله وتلك الأيام نداولها بين الناس وليعلم الله الذين ءامنوا ويتخذ منكم شهداء والله لايحب الظــلمين

Maksudnya : Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum kafir itu pun (dalam perang Badar) mendapat luka yang sama. Dan masa kejayaan dan kekalahan itu, Kami gilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran). Dan agar Allah membezakan orang-orang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya gugur sebagai syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah,

Kedatangan 1 Syawal disambut dengan laungan tasbih, tahmid serta takbir oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa dan bahasa, adat dan tempat sebagai tanda syukur dan kemenangan dalam menunaikan kewajipan puasa selama sebulan Ramadhan. Apabila kita memerhati nama Eidil Fitri itu sendiri maka ia mempunyai pengertian yang mendalam untuk sama-sama dihayati di mana makna Eid ialah kembali, perayaan atau ulang tahun. Manakala Fitr pula bermaksud berbuka atau makan minum di mana pada 1 Syawal maka seluruh umat Islam dikehendaki berbuka dan kita diharamkan berpuasa. Fitr juga membawa maksud fitrah atau tabiat semulajadi di mana apabila umat Islam menunaikan ibadat puasa sebulan Ramadhan ditambah pula dengan ibadat yang lain seperti solat terawih, membaca al-Quran, qiamullail, berdoa, bersedekah dan selainnya dengan penuh keinsafan dan keikhlasan kepada Allah S.W.T maka ini semua akan melebur dan membersihkan segala dosanya. Sehubungan dengan itu maka pada 1 Syawal, umat Islam akan kembali kepada fitrah sehingga keadaan diri mereka seolah-olah bersih seumpama bayi yang baru dilahirkan sesuai dengan matlamat ibadat puasa itu sendiri adalah untuk melahirkan umat bertaqwa. Laungan takbir kemenangan akan bermakna apabila hari raya dihidupkan dengan menjulang wahyu tetapi ia menjadi sia-sia apabila kita mencemarkan kembali diri kita yang suci bersih dengan maksiat akibat menjadi hamba tunggangan nafsu.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

            Ketika bergembira dalam menyambut Eidil Fitri, kita jangan sama sekali lupa dan mengenepikan tentang proses tarbiah yang begitu berharga yang diterima sepanjang Ramadhan di mana kita mengharapkan agar Allah menganugerahkan kepada kita penggandaan pahala dan pengampunan dosa yang dijanjikan bagi umat yang berjaya menunai dan menghidupkan Ramadhan dengan penuh keikhlasan. Anugerah yang berharga itu sepatutnya mendekatkan diri kita kepada Allah jika tidak dicemari dengan maksiat selepas berlalunya Ramadhan. Ketaqwaan dan kekuatan iman yang diraih hasil tarbiah Ramadhan turut melahirkan diri kita sebagai umat yang dijanjikan kemenangan oleh Allah yang berusaha mencari ketenangan hakiki bukannya hiburan melalaikan serta tidak mencampur-adukkan antara ibadat dan maksiat, dosa dan pahala, iman dan kufur, Islam dan jahiliah dalam system perjalanan hidup mereka.

Kekuatan iman terutama yang disuburkan melalui tarbiah Ramadhan akan memberi kesan yang begitu besar kepada sikap umat Islam sehingga kita tidak gentar dan takut kepada musuh yang berganda kerana kita hanya takut kepada dosa dan kemurkaan Allah sebagaimana pesanan Sayyidina Umar al-Khottab : “Kamu hendaklah takut kepada dosa kamu sendiri berbanding musuh. Jika kamu mati di tangan musuh maka hanya jasad bercerai daripada roh sedangkan jika kamu mati dengan dosa maka ia akan kamu bawa ke akhirat. Orang kafir itu dikalahkan disebabkan kederhakaan mereka terhadap Allah. Sekiranya kamu umat Islam pun turut derhaka maka kamu tidak akan dibantu oleh Allah”.

 

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,

Kita yang mampu mengecap nikmat berpuasa dan berhariraya dalam keadaan aman daripada pencerobohan dan peperangan sepatutnya menggunakan 2 nikmat yang sentiasa dilupakan iaitu sihat dan lapang dengan menyuburkan ikatan kita dengan Allah dan sesama manusia. Kita terlalu bimbang apabila nikmat keamanan yang dianugerahkan oleh Allah disalahgunakan dengan mengenepikan syariat sehingga Islam dipandang hina dan akhlak rakyat runtuh sebagaimana di barat. Akibat umat Islam sendiri mengenepikan ajaran agama menyebabkan orang bukan Islam berani menghina Islam seperti kes menghina laungan azan yang dikatakan lebih hina daripada suara anjing, mencampurkan antara ayam dan babi serta arak menggunakan tin yang hampir sama dengan minuman ringan biasa. Fahaman kapitalis yang menguasai pemikiran turut menambahkan masalah yang ada apabila tv, radio lebih mengutamakan rancangan hiburan yang menguntungkan walau pun terpaksa mengorbankan akhlak rakyat sedangkan kuasa ini terletak pada kerajaan dengan kerjasama pihak terbabit bukannya membebankan ibubapa yang dipaksa untuk memantau rancangan yang ditonton oleh anak mereka. Akibat sudah diajar dengan hiburan yang melampau menyebabkan wujudnya golongan yang berani menyanggah pendapat mufti dalam kes tertentu. Disamping lahirnya masyarakat yang sanggup membazir kerana hiburan tetapi agak bakhil dalam perkara kebajikan. Fahaman kapitalis pada ekonomi dan sekuler pada politik turut menambah masalah sedia ada termasuk cadangan penambahan kilang arak di Johor dan membiaknya pusat  judi serta kelab malam kerana keuntungan menjadi matlamat utama sedangkan  akhlak rakyat diketepikan. Jangan biarkan musuh Islam bersorak di atas kehancuran generasi muda kita yang bakal memimpin negara. Kita wajib mencegah dengan kemampuan yang ada terhadap sebarang maksiat dan kesesatan yang melata agar kita tidak ditimpa bala dan laknat Allah sebagaimana sabda nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud :

وَاللهِ لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ المُنْكَرِ وَلَتَأْخُذُنَّ عَلَى يَدَيْ الظَّالِمِ وَلَتَأْطُرُنَّهُ عَلَى الحَقِّ أَطْرًا وَلَتَقْصُرُنَّهُ عَلَى الحَقِّ قَصْرًا أَوْ لَيَضْرِبَنَّ اللهُ بِقُلُوْبِ بَعْضِكُمْ عَلَى بَعْضٍ ثُمَّ لَيَلْعَنَنَّكُمْ كَمَا لَعَنَهُمْ

Maksudnya : Demi Allah, kamu mesti menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, memimpin tangan orang zalim, menunjukkan mereka kebenaran dan tetapkan mereka dalam kebenaran. (Jika tidak) Allah akan melaga-lagakan hati kamu kemudian Dia melaknat kamu sebagaimana Dia telah melaknat orang-orang terdahulu.

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah,

Keruntuhan akhlak yang begitu parah menyaksikan bagaimana kes dadah yang tidak terkawal sehingga ramai penagih terlibat  dalam jenayah yang merbahaya termasuk pecah rumah, rogol dan curi besi yang bukan sahaja menyebabkan pelbagai pihak termasuk Tenaga Nasional Berhad(TNB) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad(KTMB) kerugian malah mengancam nyawa orang ramai. Negara turut menyaksikan bagaimana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mendaftarkan 70,430 anak luar nikah bagi tempoh lima tahun iaitu daripada 1999 hingga 2003 di mana anak luar nikah orang Islam paling ramai didaftarkan iaitu 30,978 orang. Manakala laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, sepanjang tahun 2002 dan 2003 seramai 13,734 kes pengidap HIV dan 2 269 pesakit AIDS telah direkodkan di negara ini di mana orang Melayu paling tinggi mengidapnya berbanding bangsa lain. Ini belum dikira kes rogol, samun, ragut, bunuh, pecah amanah dan jenayah-jenayah lain yang tidak mampu dibendung oleh perundangan negara yang telah lapuk dan ketinggalan zaman. Akhirnya rakyat nampak mewah tetapi takut dengan suasana sekeliling yang telah rosak. Kita tidak mahu melihat Islam Hadhari hanya tinggal slogan sedangkan kerajaan terus memberi racun yang merosakkan rakyat kemudian menghabiskan pula wang rakyat untuk mengubatinya. Kita mendesak agar kerajaan menambahkan mata pelajaran agama dan aktiviti tarbiah di semua peringkat pengajian serta menggunakan beberapa program tertentu seperti Kursus Biro Tatanegara (BTN) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk melahirkan warganegara yang faham dan taat pada agama bukan setakat setia pada pemimpin dan negara. Rakyat yang kosong jiwanya daripada ruh Islam bakal merosakkan kemajuan yang dibina dan menggugat keamanan negara.  Firman Allah dalam ayat 112 surah al-Nahlu :

وضرب الله مثلا قرية كانت ءامنة مطمئنة يأتيها رزقها رغدا من كل مكان فكفرت بأنعم الله فأذقها الله لباس الجوع والخوف بما كانوا يصنعون

Maksudnya : Dan Allah memberikan suatu perbandingan sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang dilimpahkan rezeki yang mewah dari setiap tempat lalu penduduknya itu mengkufuri nikmat Allah itu. Maka Allah menimpakan mereka dengan kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang telah mereka lakukan.

 
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

            Laungan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini sentiasa dilaung setiap kali menyambut hari raya bagaikan suatu isyarat  dalam menyemarakkan semangat jihad dan menambah keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi sebagaimana kemenangan yang dicapai oleh tentera Islam dalam peperangan Ahzab atau Khandak. Ketika menyambut Syawal maka kita tidak lupa kepada 3 peperangan besar yang pernah berlaku di dalamnya. Pertamanya Peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah di mana pada peringkat pertama, tentera Islam telah mencapai kemenangan. Malangnya pada peringkat kedua akibat keingkaran kumpulan pemanah terhadap arahan nabi menyebabkan tentera Islam menerima ujian kekalahan. Namun pada peringkat ketiga tentera Islam dapat bertahan apabila tentera kafir Quraisy yang merancang menyerang Madinah membatalkan hasrat itu setelah mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah bersiap untuk menyerang balas.

            Peperangan kedua ialah Peperangan Ahzab atau Khandak yang berlaku pada bulan Syawal yang berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah di mana Allah datangkan kemenangan kepada tentera Islam dengan ribut pasir yang menyebabkan tentera musuh berundur disamping berlakunya kacau-bilau di antara mereka apabila pengintip yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w  berjaya memecah belahkan kepercayaan antara tentera Ahzab.

Peperangan ketiga pula ialah Peperangan Hunain yang berlaku pada bulan Syawal tahun ke-8 hijrah iaitu selepas Pembukaan Kota Mekah di mana tentera Islam hampir kalah pada peringkat pertama kerana sikap terlalu yakin akan menang dengan jumlah tentera yang ramai berbanding peperangan sebelum ini, pertautan hati dengan Allah begitu kurang kerana terlalu memikirkan harta rampasan perang yang bakal diperolehi disamping ramai di kalangan tentera ialah daripada golongan yang baru memeluk Islam di mana keimanan dan semangat jihad mereka masih lemah. Namun Allah tetap datangkan kemenangan pada peringkat kedua apabila masih ada tentera Islam yang tinggi semangat jihad serta pertautan hati mereka dengan Allah. Ketiga-tiga peperangan ini membawa pengajaran yang besar antaranya perlu kepada ilmu terutama dalam masalah jihad peperangan, kebijaksanaan dan ketaatan dalam kepimpinan serta ikatan kukuh dengan Allah. Usaha dalam menghentikan pengajian tentang jihad peperangan perlu ditentang memandang ia merupakan antara sumber pertahanan agar jihad tidak disalahgunakan sehingga memburukkan imej Islam serta jihad yang ditanam boleh menggerunkan musuh daripada terus menindas umat Islam sesuka hati sebagaimana seseorang yang belajar ilmu mempertahankan diri bukan bererti untuk memukul musuh tetapi untuk pesiapan jika berlaku sebarang kemungkinan buruk.

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

            Kemeriahan sambutan Eidil Fitri tidak melupakan kita kepada saudara seagama yang sedang menderita ditindas dan dihina oleh musuh Islam. Kita mengecam dan mengutuk tindakan tidak bertamadun kerajaan Thailand yang membunuh 87 orang Islam dengan menembak dan melonggok para penunjuk perasaan dalam lori sehingga mereka mati kesesakan nafas pada 25 Oktober lalu di Tak Bai. Ia menambah luka umat Islam yang masih bersedih dengan pembunuhan lebih 100 orang umat Islam termasuk yang sedang beriktikaf di Masjid Kerisik, Fatani pada 28 April lepas. Kita mendesak agar pemimpin Malaysia selaku pengerusi OIC bertindak segera dalam menangani kekejaman anak buah zionis tersebut. Disamping itu kita turut mendesak agar dibebas atau dibicarakan tahanan ISA dengan segera sebagaimana kerajaan memberi pelepasan kepada pendatang tanpa izin.

Kita juga bersimpati dengan penderitaan saudara seagama di Afghanistan, Iraq yang terus bergolak selepas penjajahan kuffar durjana. Malah kemenangan Bush untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat memberi isyarat bahawa yahudi terus menaruh harapan kepadanya untuk melakukan kezaliman terutama terhadap penduduk Palestin. Kelemahan dari sudut kelengkapan senjata bukan bermakna Islam akan hancur malah mengikut perjalanan sejarah menunjukkan bagaimana Islam semakin dekat dengan kemenangan apabila tekanan terhadapnya semakin kuat. Begitulah yang berlaku di Palestin walau pun tanpa kekuatan senjata tetapi kebangkitan rakyat termasuk serangan berani mati hampir melumpuhkan ekonomi Israel serta membatalkan hasrat penghijrahan yahudi dari negara lain ke Israel. Yakinlah kita bahawa Allah mendatangkan kemenangan kepada umat Islam bukan dengan menang perang semata-mata tetapi ada juga musuh yang memeluk Islam sebagaimana tentera Tartar yang menakluk Baghdad. Malah tidak mustahil jika Amerika pun boleh jatuh melalui kebangkitan rakyat yang semakin ramai memeluk Islam terutama selepas peristiwa 11 September. Cuma yang menjadi kewajipan kepada kita ialah kembali hidup berlandaskan al-Quran sehingga keindahan Islam mampu menarik orang bukan Islam untuk memeluk atau tunduk kepada Islam. Jika kita sendiri jauh daripada Islam maka kita bukan sahaja tidak akan dianugerahkan dengan kemenangan malah semakin dekat kepada kehancuran.

Firman Allah dalam ayat  65 surah al-Anfal :

يـأيها النبي حرض المؤمنين على القتال إن يكن منكم عشرون صــبرون يغلبوا مائتين وإن يكن منكم مائة يغلبوا ألفا من الذين كفروا بأنهم قوم لايفقهون

Maksudnya : Wahai nabi! Rangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu 20 yang sabar nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang kafir. Dan jika ada di antara kamu seratus orang nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir disebabkan mereka yang kafir itu kaum yang tidak mengerti

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ .فرمان الله تعالى دالم أية   188      سورة البقرة :  ولا تأكلوا أمولكم بينكم بالبـطل وتدلوا بها إلى الحكام لتأكلوا فريقا من أمول الناس بالإثم وأنتم تعلمون

Maksudnya :  Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sesamamu secara tidak sebenar dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim-hakim bertujuan kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain secara dosa (rasuah) sedangkan kamu mengetahui.

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah

            Allah S.W.T mendidik kita melalui puasa agar turut merasai penderitaan saudara kita yang lain ditambah dengan tarbiah melalui zakat selain menyucikan harta maka ia bertujuan menghilangkan sikap terlalu cintakan harta dan menanam sifat suka membantu saudara yang lain. Apabila harta sendiri turut diagihkan kepada orang lain menyebabkan perasaan mahu mengambil harta orang lain tanpa hak dapat dihindar. Ini dapat mengurangkan umat yang rosak yang mengambil peluang atas kelemahan orang lain dengan cara rasuah atau riba. Kita mendesak agar pemimpin berusaha bersungguh dalam memerangi rasuah memandangkan negara ini berada ditangga  kelima pengamal rasuah di kalangan negara Asia dan tempat ke-39 daripada 146 negara di dunia. Kita juga begitu bimbang apabila rasuah cuba dihalalkan dengan menukar nama kepada politik wang bagaikan suatu usaha dalam menyatakan ia bukan suatu dosa dari segi syariat dan tidak salah dari sudut perundangan apabila ia hanya ditangani sesama sendiri dalam suatu pergerakan tanpa membabitkan pihak berwajib terutama Badan Pencegah Rasuah (BPR). Ingatlah sabda nabi dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Abdullah ibnu Umar :

لَعَنَ اللهُ الرَّاشِيْ وَالمُرْتَشِيْ فِى الحُكْمِ ( رواه الترمذي وأحمد وابن حبان )

Maksudnya : Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan penerimanya dalam memutuskan hukum

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

            Selamat hari raya eidil fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan selamat menziarahi sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ