Hijrah Julang Islam Hancurkan Jahiliah

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  5 surah Ibrahim :

وَلَقَدْ أَرْ‌سَلْنَا مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا أَنْ أَخْرِ‌جْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ‌ وَذَكِّرْ‌هُم بِأَيَّامِ اللَّـهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ‌ شَكُورٍ‌

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: “Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. “Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur

            Kita baru sahaja menyambut ketibaan bulan Muharram tahun 1435H yang mengetuk hati kita untuk sama-sama menghayati erti hijrah dalam kehidupan sesuai denga ianya merupakan bulan pertama dalam Taqwim Hijrah. Sewajarnya setiap kali meninggalkan tahun lama dan masuk kepada tahun baru maka kita perlu melakukan proses hijrah terutama pada diri kita sendiri ke arah tunduk patuh kepada segala arahan Allah dan menjauhi segala laranganNya dalam setiap aspek kehidupan. Kita wajib hijrah dengan meninggalkan segala perkara yang merugikan agama dan umat serta melakukan ketaatan maksimum kepada Allah SWT.

Kita juga digalakkan untuk banyak melakukan amalan puasa sunat terutama pada hari Kesembilan dan Kesepuluh daripada bulan Muharram atau hari ‘Asyura’

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ e: .. وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ”  - رواه مسلم

Maksudnya : … Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal :

وَإِذْ يَمْكُرُ‌ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِ‌جُوكَ ۚ وَيَمْكُرُ‌ونَ وَيَمْكُرُ‌ اللَّـهُ ۖ وَاللَّـهُ خَيْرُ‌ الْمَاكِرِ‌ينَ

Maksudnya : Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya

            Ketika menyingkap berkenaan matlamat hijrah nabi-nabi maka kita dapati antara 3 sebab  berlangsungnya hijrah iaitu [1] untuk menyeru manusia mentauhidkan Allah, [2] bagi mempertahankan keimanan pengikut daripada diganggu dan [3] membuka penempatan baru untuk kebaikan semua. Nabi Ibrahim berhijrah meninggalkan tanah kelahirannya kerana enggan tunduk kepada Raja Namrud yang menolak agama tauhid. Nabi Ibrahim juga berhijrah membawa isterinya Siti Hajar dan puteranya Nabi Ismail menuju ke sebuah lembah kering kontang untuk membuka penempatan baru, iaitu Makkah yang akhirnya menjadi pusat ibadat hingga kini. Nabi Musa pula berhijrah meninggalkan Mesir menuju ke Syam bersama pengikut setia bagi mengelak kekejaman dilakukan Firaun yang mengaku dirinya tuhan dan di sana diberi negeri untuk menguatkan lagi penyebaran Islam. Nabi Nuh pula berhijrah atas perintah Allah menaiki kapal ketika banjir besar bertujuan menyelamatkan sejumlah pengikut setia daripada terus diejek dan diganggu penduduk yang menolak seruan tauhid.

Penghijrahan nabi meninggalkan sesuatu tempat menuju tempat lain bukan bermakna mengaku kalah atau meninggalkan amanah menyebarkan agama tauhid. Hijrah satu strategi mendapat kekuatan dan keselamatan. Hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah menjadi titik permulaan kejayaan umat Islam di mana Islam dapat disebarkan secara terbuka dan mendapat sambutan serta dapat melaksanakan system Islam yang lengkap dengan adanya kuasa pemerintahan. Menyedari Makkah tidak sesuai diteruskan dakwah, lalu Nabi Muhammad SAW mencari tempat lain difikirkan lebih selamat. Tempat pertama dipilih ialah Taif. Namun, keadaan tidak memihak kepada Rasulullah SAW. Tempat lain pernah dijadikan tempat hijrah ialah Habsyah. Walaupun mendapat layanan baik Raja Habsyah, terdapat beberapa keadaan menyebabkan Habsyah tidak menjadi destinasi hijrah Rasulullah SAW walau pun ramai sahabat terus tinggal di Habsyah untuk tempoh lama. Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah tidak dilakukan secara terburu-buru sebaliknya Rasulullah SAW mengkaji latar belakang atau kesesuaian terlebih dahulu sebelum berhijrah. Rasulullah SAW menguji penerimaan penduduk Madinah dengan berdakwah kepada mereka yang datang ke Makkah mengerjakan haji sehingga berlangsungnya Perjanjian Aqabah yang menjadi perintis kepada hijrah. Tindakan bijak ini mesti diteladani dalam memperkasakan Islam agar umat Islam maju ke depan bukan mundur ke belakang, menjadi bangsa berdaulat bukan mangsa yang diinjak-injak oleh musuh Islam, menjadi model ikutan bukan ‘pak turut’ yang merugikan

           

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

عن عائشة رضي الله عنها قال: قال رسول الله e: (لَا هِجْرَةَ بَعْدَ الْفَتْحِوَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ وَإِذَا اسْتُنْفِرْتُمْ فَانْفِرُوا) متفق عليه

Maksudnya: Tidak ada hijrah lagi setelah dibukanya kota Makkah, tetapi yang ada adalah jihad (berjuang di jalan Allah) dan niat untuk selalu berbuat baik. Oleh kerana itu, jika kalian diseru untuk berjuang, maka berangkatlah!”

                Sempena berada pada tahun baru hijrah marilah kita sama-sama menghayati roh hijrah untuk diguna pakai dalam konteks semasa iaitu membina semula kegemilangan tamadun Islam yang sudah lama hilang. Umat Islam mestilah memahatkan suatu kebanggaan dalam jiwa masing-masing bahawa Islam agama paling hebat. Sifat segan silu hendaklah dikikis daripada dada umat Islam bagi menzahirkan keindahan dan keagungan Islam dalam setiap aspek kehidupan samada politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Ketika masalah kerapuhan aqidah, kerosakan akhlak, peningkatan masalah jenayah yang berlaku dalam Negara diikuti dengan suasana keselamatan yang tergugat terutama kes pengawal keselamatan sendiri yang terlibat dengan jenayah bunuh dan rompak ditambah pula ramai warga asing yang diupah menjadi pengawal keselamatan. Kita harap jangan pula ada kes polis dan tentera pun daripada kalangan warga asing selepas ini.

            Oleh itu sudah sampai masanya Negara berhijrah kepada system perundangan Islam sebagaimana tindakan berani Kerajaan Brunei mewartakan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud mulai 22 Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa. Undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana muhsan yang berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak. Kita menyokong penuh ucapan Sultan Brunei semasa mewartakan hukuman Islam ini dengan kata baginda : Undang-Undang Allah disyari’atkan bukanlah untuk kepentingan Allah sendiri kerana Allah sama sekali tidak mempunyai apa-apa hajat, kerana Dia sendiri adalah Tuhan yang Maha Sempurna. Yang berhajat itu ialah kita para hamba, termasuk hajat untuk dapat menikmati keadilan dan kesejahteraan.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

            Model Daulah yang agung yang dibina oleh nabi Muhammad s.a.w berdiri atas 3 asas utama iaitu [1] pembinaan masjid bagi membina ikatan manusia dengan Allah yang menjadi kekuatan utama kepada kesejahteraan dan keberkatan Negara. Apabila bermula daripada pemimpin hingga rakyat jelata takut kepada Allah maka masalah kezaliman, penindasan dapat dihakiskan. Kita tidak mahu mempunyai pemimpin yang hanya mahu rakyat berjimat cermat sedangkan sikap boros dan membazir seperti kes ketirisan akibat pecah amanah, rasuah mengakibatkan RM6.5 bilion wang rakyat lebur tahun lepas melebihi subsidi minyak dan gula yang ditarik. Itu belum dikira dengan kos Kompleks Perdana Menteri  lebih RM2.2 juta untuk elektrik manakala lebih RM300,000 dibelanjakan untuk bil air iaitu RM 8 500 sehari untuk tahun lepas sahaja. Begitu juga penggunaan pesawat persendirian menelan kos RM14.95 juta untuk bahan api dan RM160.08 juta untuk penyelenggaraan dengan kos hampir RM 500 ribu untuk satu penerbangan

[2] Nabi s.a.w membina ikatan persaudaraan yang kuat antara golongan Muhajirin yang berhijrah dengan golongan Ansar yang merupakan anak watan Madinah sehingga hubungan kemanusiaan atas dasar iman ini banyak membantu membina Negara yang kuat. Oleh itu kita pada hari mestilah menghayati semangat persaudaraan Islam yang kuat dalam memastikan penjajahan Palestin dapat ditamatkan, pembunuhan di Syria dapat dihentikan, penderitaan bangsa Roghiya di Myanmar dapat pembelaan, nasib umat Islam yang tertindas di seluruh dunia dapat perhatian. Musuh Islam melalui dasar pecah perintah yang menjadi dasar penjajahan ke atas bumi Umat Islam telah menanam sikap Assobiyah atau kebangsaan sempit yang menyebabkan ramai umat Islam merasakan bagaimana nasib malang yang menimpa saudara seagama di Negara yang lain adalah masalah Negara masing-masing bukan masalah kita bersama. Buangkan sikap yang buruk ini untuk kembali menjadikan umat Islam seperti batu bata yang tersusun rapi dan ibarat sebatang tubuh di mana satu anggota merasa sakit menyebabkan anggota lain turut menderita

قال الرسول e  : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ  – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya

            Asas ke-[3] yang dibina selepas hijrah ialah membentuk Piagam Madinah yang merupakan asas pembinaan Negara yang pertama di dunia dalam memastikan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama dapat hidup aman di bawah satu system yang saksama. Keadilan dan kehebatan system Islam bukan sahaja dapat dirasai oleh umat Islam malah orang bukan Islam. Oleh itu gunakanlah peluang ketika orang Islam masih mempunyai kuasa poltik dalam Negara untuk memperkasakan system Islam. Kita tidak mahu Negara tunduk kepada suara seperti atas nama hak asasi manusia supaya dihalakan budaya songsang Lesbian, homoseksualiti (LGBT) , murtad, pemansuhan jenayah syariah. Kita tidak akan menjemput bala Allah dengan menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah. Bersama berhijrah dalam menjulang system Islam. Bersama berhijrah daripada terus dijajah oleh system ciptaan manusia. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Hijrah Martabat Islam Tolak Jahiliah

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal :

وَإِذْ يَمْكُرُ‌ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِ‌جُوكَ ۚ وَيَمْكُرُ‌ونَ وَيَمْكُرُ‌ اللَّـهُ ۖ وَاللَّـهُ خَيْرُ‌ الْمَاكِرِ‌ينَ

Maksudnya : Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya

Kita baru sahaja menyambut tahun baru 1434H di mana ia sepatutnya memberi makna yang besar dalam mengorak langkah kepada kehidupan yang lebih baik berasaskan Islam. Malangnya jika sambutan tahun baru hijrah terus disambut hambar tidak sebagaimana tahun baru Masihi. Kita sepatutnya berasa sedih bila penggunaan Taqwim Hijrah yang hanya untuk melihat waktu solat, tarikh puasa, hari raya dan beberapa perkara sahaja berbanding penggunaan Kalendar Masihi yang lebih menyeluruh. Oleh itu sempena tahun baru Hijrah marilah kita sama-sama dalam memperkasakan penggunaan Taqwim Hijrah agar umat Islam lebih dekat dengan agama dalam setiap perkara. Marilah kita berhijrah daripada penjajahan ini untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Sempena berada pada bulan Muharram juga marilah kita sama-sama meningkat amalan soleh disamping memohon keampunan daripada Allah di mana kita digalakkan untuk banyak melakukan amalan puasa sunat terutama pada hari Kesembilan atau Tasua’ dan Kesepuluh atau hari ‘Asyura’ daripada bulan Muharram

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ثَلَاثٌ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ ، فَهَذَا صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ ، صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ”  - رواه مسلم

Maksudnya : Puasa 3 dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 24-25 surah As-Sajadah :

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِ‌نَا لَمَّا صَبَرُ‌وا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ ﴿٢٤﴾ إِنَّ رَ‌بَّكَ هُوَ يَفْصِلُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

Maksudnya : Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

Puasa hari ‘Asyura’ mengingatkan kita tentang suatu peristiwa besar di mana nabi Musa a.s bersama bani Israel diselamatkan daripada dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya. Begitu juga setiap kali berada pada awal tahun baru hijrah maka peristiwa hijrah nabi Muhammad s.a.w dan penubuhan daulah Islamiah di bumi Madinah sentiasa diperkatakan. 2 peristiwa besar yang berlaku kepada 2 orang nabi pada 2 zaman yang berbeza dan berdepan dengan 2 kepimpinan jahiliah yang berlainan telah banyak mengajar kita tentang betapa pentingnya kepimpinan dalam mencorak hidup samada dengan cara Islam yang diredhai oleh Allah atau cara jahiliah yang dimurkai oleh Allah. Cara kepimpinan yang pertama di bawah pimpinan nabi Musa a.s dan nabi Muhammad s.a.w ialah kepimpinan yang berteraskan kepada wahyu Allah di mana ia bukan sahaja menunjuk kepada umat manusia bagaimana menguruskan dunia berdasarkan agama malah menitikberatkan tentang kehidupan dunia berkait rapat dengan akhirat agar kepimpinan tidak tergelincir daripada garisan yang telah ditetapkan oleh syarak. Kepimpinan yang adil dan hebat ini memerlukan kepada kesabaran dan keyakinan yang tinggi dalam mencapainya seterusnya mempertahankannya kerana ia dibenci oleh manusia yang dihasut oleh hawa nafsu dan syaitan. Kepimpinan ini bukan sahaja memberi keamanan kepada rakyat jelata di dunia malah sentiasa bersungguh dalam menyelamatkan umat daripada azab bakaran api neraka di akhirat nanti.

Kepimpinan Islam akan sentiasa dicabar dan dimusuhi oleh manusia yang bertuhankan hawa nafsu dan syaitan yang mencorak cara pemerintahan kedua iaitu cara jahiliah seperti Firaun, Abu Lahab dan manusia bongkak yang lain. Kepimpinan jahiliah ini sepastinya hanya menjadi dunia sebagai matlamat utama dengan menolak keimanan terhadap balasan akhirat sehingga tidak mempedulikan lagi masalah sesat, zalim, dosa, khianat dalam kamus pemerintahan mereka. Inilah yang digambarkan oleh Allah dalam ayat 41-42 surah al-Qasas :

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ‌ ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يُنصَرُ‌ونَ ﴿٤١﴾ وَأَتْبَعْنَاهُمْ فِي هَـٰذِهِ الدُّنْيَا لَعْنَةً ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ هُم مِّنَ الْمَقْبُوحِينَ

Maksudnya : Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan. Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan sehina-hinanya.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

Ketika menyoroti tentang peristiwa hijrah nabi yang bersejarah maka ia bukan berlaku secara spontan sebaliknya penuh perancangan termasuk didahului dengan Bai’ah Aqabah pertama dan kedua bagi menjamin hijrah kepada berdirinya Daulah bukan setakat mendapat perlindungan daripada penindasan. Seterusnya ia menuntut kepada pengorbanan dan keyakinan yang tinggi di mana kita lihat bagaimana Sayyidina Abu Bakar begitu gembira bila dia dipilih untuk menemani nabi Muhammad s.a.w untuk berhijrah. Begitu juga Sayyidina Ali yang masih kecil sanggup mati untuk duduk di bawah selimut nabi dalam rumah yang sedang dikepung oleh pembunuh. Tidak ketinggalan peranan besar yang dimainkan oleh anak Sayyidina Abu Bakar iaitu Abdullah dan Asma’ dalam menjayakan misi hijrah. Tidak lupa pengorbanan para sahabat yang lain seperti Suhaib ar-Rumi dan Abdul Rahman bin ‘Auf yang sanggup meninggalkan seluruh kekayaan dan kemewahan asalkan dapat berhijrah bersama nabi. Kisah-kisah manusia hebat ini wajib dicontohi dan diteladani di mana dalam memperjuangkan Islam perlu melibatkan semua peringkat samada tua dan muda, miskin dan kaya, lelaki dan perempuan, berpangkat atau rakyat biasa

Proses hijrah kepimpinan dalam Negara tidak akan berlaku tanpa kesedaran dan pengorbanan. Musuh-musuh Islam sentiasa berusaha dalam menjauhkan umat Islam daripada al-Quran dan cara hidup Islam serta mencanangkan bagaimana pemerintahan bukan urusan agama. Akhirnya lahir golongan kaya yang kedekut untuk membelanjakan harta mereka untuk memperjuangkan Islam, ramai rakyat miskin pula lebih terpesona dengan habuan ratusan ringgit sehingga lupa kepada pecah amanah terhadap wang rakyat yang bukan sahaja ratusan juta malah billion ringgit, anak-anak muda hanyut dalam hiburan melampau, najis arak dan dadah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

قال الرسول  : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ  – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya

            Sempena berada pada tahun baru hijrah marilah kita sama-sama berhijrah daripada system jahiliah kepada melaksanakan seluruh system Islam dalam kehidupan samada politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kita juga wajib menegur dan menutup mulut umat Islam sendiri dan orang bukan Islam daripada memperlekeh system Islam termasuk Hudud. Ambillah pengajaran daripada Allah antaranya taufan Sandy yang melanda New York, Amerika Syarikat yang menyaksikan banyak nyawa terkorban, banyak bangunan musnah yang dianggar kerugian lebih 30 bilion dalam masa sekejap sahaja di mana musibah ini datang lebih kurang 2 bulan selepas tersiarnya filem pendek yang menghina nabi Muhammad s.a.w di Amerika Syarikat. Kita tidak mahu bala yang dahsyat ini melanda Negara kita akibat membiarkan manusia bacul untuk menghina system Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Sempena berada pada tahun baru hijrah pada hari Jumaat yang mulia dan dalam rumah Allah yang mulia maka kami umat Islam bermaruah mengutuk sekeras-kerasnya serangan ganas yahudi Israel terhadap Gaza, Palestin buat sekian kalinya. Marilah kita sama-sama menadah tangan memohon kepada Allah agar menghancurkan musuh yang kejam ini. Ya Allah Tuhan yang Menurunkan al-Quran, Tuhan yang Menggerakkan awan, Tuhan yang menewaskan Tentera Ahzab menangkan kami dan kalahkan yahudi durjana. Hancurkan kesatuan mereka, gagalkan serangan mereka, patahkan perancangan jahat mereka, tumbangkan musuh Islam sehingga menyembam bumi buat selama-lamanya ya Allah.

Firman Allah dalam ayat 5-6 surah al-Faatir :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّـهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّ‌نَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۖ وَلَا يَغُرَّ‌نَّكُم بِاللَّـهِ الْغَرُ‌ورُ‌ ﴿٥﴾ إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ‌

Maksudnya : Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). (5) Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Hijrah Daulatkan Ketuanan Islam

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Furqan:
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
Ertinya: Dan berkatalah rasul:“Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sebagai suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”
Kini hampir 2 minggu kita sama-sama menyambut kedatangan tahun baru 1432 Hijrah yang mengetuk hati kita bahawa dengan berlalunya tahun lama dan datangnya tahun baru bererti umur kita semakin meningkat bersama hampirnya kita kepada saat kematian. Jadikanlah perubahan ini untuk kita sama-sama menambahkan lagi bekalan akhirat kita yang pasti bakal dilalui samada kita sudah bersedia atau terus leka dengan mainan dunia. Ketika menyambut tahun baru hijrah maka kita akan terasa bagaimana perbezaan ketara antara perasaan umat Islam, sendiri ketika menyambutnya berbanding kedatangan tahun baru Masihi yang bakal hadir 2 minggu lagi. Ramai umat Islam sendiri lebih bergembira dan bermegah dengan kalendar masihi dalam penggunaan dan sambutannya berbanding taqwim hijrah yang semakin dipinggirkan. Perbezaan sambutan dan penggunaan ini jelas membuktikan bagaimana umat Islam hari ini masih gagal menghayati erti hijrah yang sebenar. Kita masih dijajah pemikiran dan cara hidup yang ditanamkan oleh penjajah walau pun mereka telah lama kembali ke tanahair mereka. Kita sering bertanya mengapa hijrah nabi berjaya membina Negara berdaulat sedangkan hijrah kita bukan sahaja kehilangan kuasa malah semakin melarat. Mengapa hijrah nabi berjaya meraih mulia dan bahagia sedangkan hijrah kita semakin hina dan merana dalam tanahair sendiri. Jawapannya ringkas dan mudah tetapi jika kita terus mengamalkan slogan nafsu serakah didahulukan, hasutan syaitan diutamakan maka ia menjadi susah dan payah untuk dilaksanakan. Hijrah nabi menegakkan system al-Quran, hijrah kita menjauhi dan meminggirkan cara hidup Islam. Nabi dan para sahabat sanggup meninggalkan tanahair, keluarga tercinta, harta kekayaan untuk berhijrah bagi membina negara merdeka sedangkan ramai umat Islam hari ini bermati-matian mempertahankan system penjajah asalkan system Islam tidak dilaksanakan demi menjaga takhta, mengumpul harta dan seronok menjadi hamba abdi kepada dunia

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal :
وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ ۚ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (quraisy) memikirkan sedaya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu atau pun mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya
Ketika bercakap tentang hijrah nabi maka ia bukan suatu usaha mudah kerana di sana sepastinya tersusun suatu perancangan yang rapi dan kemas. Hijrah juga bukan sekadar melepas diri daripada seksaan dan penderitaan tetapi apa yang lebih penting ialah membina daulah yang melaksanakan seluruh system al-Quran. Jika sekadar untuk melepaskan seksaan kafir Quraisy sudah cukup berhijrah ke Habsyah yang bukan sahaja diberikan perlindungan malah Raja Najjasyi turut menawarkan untuk dilaksanakan system al-Quran tetapi masih di bawah keizinannya sedangkan Islam hanya berada di bawah kuasa mutlak Allah bukan boleh dikawal oleh mana-mana pemimpin. Cabaran hijrah turut memberi peringatan kepada kita yang mengaku berjuang Islam bahawa perjuangan dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini bukan dihampar dengan permaidani merah sebaliknya menagih tumpahnya darah, Islam bukan dijanjikan dengan kemenangan mudah sebaliknya terpaksa menenpuh pelbagai cabaran yang payah, Islam bukan dijanjikan dengan kejayaan yang senang sebaliknya menuntut kepada pelbagai bentuk pengorbanan hatta nyawa yang melayang. Nabi dan para sahabat serta pejuang Islam sebelum ini diberikan kejayaan gemilang kerana sentiasa bertanya apakah lagi yang mesti dikorbankan untuk perjuangan Islam sedangkan ramai umat Islam pada hari ini lebih banyak bertanya apakah habuan yang dapat diraih jika berjuang untuk Islam.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
قال الرسول : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي
Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya
Ciri-ciri orang Islam dan orang berhijrah yang sebenar jelas diterangkan oleh nabi cuma yang menjadi masalahnya samada kita telah melaksanakannya dalam kehidupan seharian atau sebaliknya. Kita mulakan dengan diri kita sendiri kemudian ahli keluarga kita seterusnya masyarakat sekampung kemudian negeri diikuti Negara dalam pelaksaan cara hidup Islam. Kita mahu berjaya sebagaimana nabi tetapi bagaimana dengan penjagaan terhadap kewajipan agama terutama solat 5 waktu, penutupan aurat, pergaulan antara lelaki dan perempuan adakah telah sempurna. Kita bercakap tentang kejayaan ekonomi nabi termasuk penghapusan system riba yang dipelopori oleh yahudi sedangkan semakin ramai umat Islam hari ini kembali kepada system riba malah yang lebih malang apabila pemimpin sanggup mengupah yahudi sebagai penasihat. Malah pakar ekonomi dunia akur tentang kehebatan wang dinar dan emas yang diperkenalkan oleh nabi dalam menjamin keadilan namun umat Islam sendiri terus sangsi dan was-was untuk kembali kepada matawang yang dianjurkan oleh Islam dan lebih suka menjadi mangsa penindasan kepada kapitalis penghisap darah. Kita memuji kehebatan nabi menangani masalah sosial seperti zina dan kecurian tetapi tidak yakin untuk menjadikan hukum Islam sebagai ubat mujarrab dalam mengubatinya. Contohnya keadaan kecuriaan yang semakin parah yang menyebabkan masyarakat lebih suka mengambil tindakan sendiri sehingga timbulnya pencuri yang putus tangan ketika menceroboh rumah, ada pencuri yang mati akibat dibelasah dan sebagainya. Begitu juga masalah zina dan pembuangan bayi yang terus menghantui Negara namun cara barat digunakan termasuk memperkenalkan pelajar seks di sekolah mulai tahun depan. Maruah anak dan cucu kita bakal digadai dengan suatu pelajaran yang lebih menekankan cara berzina yang selamat daripada AIDS dan mengandung bukannya mencegah zina itu sendiri. Waspada sebelum kena, beringat sebelum terjerat, cegah sebelum parah, sekat sebelum merebak.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Firman Allah dalam ayat 108 surah at-Taubah :
لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا ۚ لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ ۚ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا ۚ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ
Maksudnya : Sesungguhnya masjid yang didirikan di atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri dan Allah mencintai mereka yang bersih
Hijrah juga mengajar kita tentang peranan masjid yang cukup hebat kesannya bila ia diperkasakan. Manusia yang dilahirkan daripada tempat yang menekankan hubungan antara hamba dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia mampu menjamin keamanan dan keadilan dalam sesebuah masyarakat seterusnya Negara. Contohnya bila lahirnya pemimpin yang taqwa maka tidak akan berlaku masalah pecah amanah dan pembaziran sehingga merugikan begitu banyak harta rakyat sebaliknya kekayaan Negara dinikmati bersama. Kita sudah bosan mendengar alasan lapuk dan memualkan setiap kali kenaikan harga minyak, gas, elektrik dan harga barangan yang lain maka dikatakan untuk menjimat subsidi sedangkan wang subsidi dilesapkan entah ke mana. Rakyat terutama di Selangor turut kecewa bila nikmat air percuma cuba dinafikan oleh pemimpin Negara dengan alasan kurang cerdik. Tambah lagi dengan penguatkuasaan saman termasuk saman ekor yang bukan untuk menangani masalah kemalangan jalanraya sebaliknya merompak wang rakyat secara terancang terutama dilantik syarikat tertentu untuk memungut saman yang sepastinya ada yang mengaut keuntungan atas penderitaan rakyat jelata. Akhirnya semua swasta dibimbangi selepas ini adanya mahkamah swasta, penjara swasta dan sebagainya. Yakinlah kita bahawa negara bankrap bukan disebabkan subsidi sebaliknya pembaziran dan pecah amanah dalam menguruskan Negara oleh golongan yang berpegang kepada slogan rakyat didahulukan untuk menderita, pemimpin diutamakan untuk dikayakan. Begitu juga masalah ketuanan Melayu yang terus hangat dibicara di dada akhbar dan di kaca tv di mana laungan ini berasaskan bangsa semata-mata pernah dilaungkan oleh kafir Quraisy sehingga sanggup untuk membunuh nabi kerana Islam dianggap sebagai penggugat pengaruh dan pangkat mereka selama ini. Kafir Quraisy merasa tertekan apabila dakwah Islam dapat diterima oleh semua bangsa tanpa terbatas kepada bangsa Arab sahaja. Begitulah apa yang berlaku pada hari ini apabila pemimpin yang gagal memperkasakan system Islam sehingga bangsa mereka sendiri diketepikan seperti royalti minyak terhadap Kelantan, menghancurkan akhlak orang Melayu dengan program hiburan melampau ditambah dengan pengistiharan Malaysia sebagai Hab Hiburan Malam, tanah-tanah orang Melayu yang digadai, bahasa Melayu yang dimadulkan, kuasa Melayu yang dikurangkan, raja Melayu yang diketepikan dan banyak lagi pengkhianatan yang lain. Ingatlah bahawa Melayu berdaulat adalah melayu yang memartabatkan Islam, melayu berjaya ialah melayu yang memperkasakan system Islam, melayu mulia ialah melayu yang menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Islamlah nescaya kita selamat dan mulia di dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam ayat 26 surah Ali ‘Imran :
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Hijrah Diri Daulah Perangi Jahiliah

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  5 surah Ibrahim :

وَلَقَدْ أَرْ‌سَلْنَا مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا أَنْ أَخْرِ‌جْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ‌ وَذَكِّرْ‌هُم بِأَيَّامِ اللَّـهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ‌ شَكُورٍ‌

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: “Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. “Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur

Kita baru sahaja menyambut ketibaan bulan Muharram tahun 1433H yang mengingatkan kita bagaimana kita bukan sahaja menyambut bulan yang baru malah melangkah kepada tahun yang baru. Sempena berada pada bulan Muharram marilah kita sama-sama menghayati beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku pada bulan ini termasuk peristiwa Allah menyelamatkan nabi Musa a.s dan para pengikutnya daripada kalangan bani Israel daripada dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya yang dihancurkan dengan tenggelam lemas dalam Laut Merah. Kita juga digalakkan untuk banyak melakukan amalan puasa sunat terutama pada hari Kesembilan dan Kesepuluh atau hari ‘Asyura’ daripada bulan Muharram

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ مَا هَذَا ؟ قَالُوا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَهُ مُوسَى، قَالَ فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ  -  رواه البخاري

Maksudnya : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya: Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik di mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ثَلَاثٌ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ ، فَهَذَا صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ ، صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ”  - رواه مسلم

Maksudnya : Puasa 3 dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

Setiap kali menyambut kedatangan bulan Muharram maka kita dihidangkan dengan kisah Hijrah nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah tanah air tercinta ke Kota Madinah. Kegagalan dalam meletakkan betapa bernilainya pengajaran Hijraturrasul menyebabkan ia hanya menjadi sambutan tanpa tindakan sewajarnya. Oleh itu kita wajib berusaha dalam memartabatkan nilai hijrah dalam diri, keluarga, masyarakat seterusnya negara barulah kebaikan hijrah dapat dirasai dan membawa nilai yang tinggi dalam membentuk peribadi dan suasana yang hebat. Peristiwa Hijrah mengubah ‘wajah’ sejarah kemanusiaan yang dahulunya hidup bermusuh-musuhan dan berperang sesama sendiri kepada manusia dapat bersatu padu dan bermuafakat. Gambaran kehidupan tidak bermoral masyarakat Arab jahiliah ketika itu diceritakan sendiri oleh Ja’afar bin Abi Talib sewaktu ditanya Raja Habsyah yang menyatakan pada zaman itu mereka adalah bangsa jahiliah yang menyembah berhala, memakan bangkai, mengerjakan perkara keji, memutuskan tali kekeluargaan, merosakkan tata tertib tetangga dan yang kuat menekan yang lemah. Rasulullah s.a.w mengubah suasana itu dengan membawa mereka keluar daripada belenggu jahiliah kepada gaya hidup bermasyarakat, berkerajaan dan bertamadun tinggi. Sejarah kemanusiaan menyaksikan jatuh bangunnya sesebuah bangsa bergantung kepada kekuatan rohani bukannya fizikal. Islam melahirkan personaliti cemerlang dalam sejarah tamadun manusia seperti Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq, Sayyidina Umar Al-Khattab, Sayyidina Uthman bin Affan dan Sayyidina Ali bin Abi Talib

Inilah antara intipati hijrah yang mahu kita suburkan dalam masyarakat kita yang semakin hilang jatidiri sehingga agama dipinggirkan manakala hawa nafsu dijadikan Tuhan. Kesannya begitu dahsyat di mana jika pada zaman jahiliah anak perempuan dibunuh hidup-hidup atas alasan bawa sial sedangkan jahiliah moden membunuh anak lelaki dan perempuan akibat merebaknya zina. Penzinaan menyebabkan dari tahun 2008 hingga 2010 seramai 152 182 orang anak luar nikah dilahirkan mengikut statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu belum kira masalah dadah, jenayah yang lain yang semakin merebak ketika Hukum Hudud ditentang oleh umat Islam sendiri daripada dilaksanakan. Kejayaan dan kegagalan kita bergantung pada sejauh mana kita mahu berhijrah kepada keadaan yang lebih baik berasaskan Islam. Nabi Muhammad s.a.w berjaya membina Tamadun hebat kerana melaksana sistem Islam dengan menghancurkan jahiliah sedangkan umat Islam hari Islam mengagungkan jahiliah dengan meninggalkan sistem Islam sehingga merana dan hina di negara sendiri.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal :

وَإِذْ يَمْكُرُ‌ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِ‌جُوكَ ۚ وَيَمْكُرُ‌ونَ وَيَمْكُرُ‌ اللَّـهُ ۖ وَاللَّـهُ خَيْرُ‌ الْمَاكِرِ‌ينَ

Maksudnya : Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya

Hijrah turut mengajar kita tentang cabaran, ujian, halangan, tentangan yang bakal kita hadapi dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Ramai mana yang gugur syahid, ramai mana yang dipenjara, ramai mana yang dibuang negara semata-mata berjuang pada jalan Allah. Hijrah turut menyingkap bagaimana pemilihan Madinah sebagai tempat hijrah dan berdirinya Daulah Islamiah bukan secara kebetulan malah penuh perancangan. Antaranya Madinah merupakan negara strategik kerana subur dengan pertanian sedangkan Mekah banyak bergantung pada perdagangan. Madinah berada di tengah-tengah laluan perniagaan antarabangsa sehingga mampu memberi tekanan kepada kafir Quraisy yang terpaksa melalui Madinah sekiranya mahu berniaga. Madinah juga mempunyai sistem pertahanan yang kukuh yang mampu menjamin keselamatan. Ciri-ciri ini mesti kita perkasakan dalam negara kita supaya kita mampu maju ke hadapan bukannya terpaksa bergantung pada negara luar dalam setiap keperluan. Kita mesti rasa sedih bila bumi kita subur untuk pertanian tetapi masih banyak bergantung pada negara lain untuk hidup seperti banjir besar yang melanda Thailand baru-baru ini menyebabkan bekalan sayur, buah-buahan, beras, lembu berkurangan dalam negara sehingga harga melambung tinggi. Begitu juga sistem pertahanan kita yang masih bergantung pada sistem luar sehingga membuka masalah rasuah dan pecah amanah dalam pembelian senjata. Itu belum diambil kira tentang betapa amanahnya kepimpinan nabi dan para sahabat dalam mentadbir negara berasaskan Islam sehingga daripada sebuah kerajaan kecil akhirnya berjaya menumbangkan Empayar Rom Kristian dan Empayar Parsi Majusi seterusnya menguasai Empayar Hindu India dan Empayar Budha China. Sebaliknya negara kita terpaksa menjemput Yahudi untuk mentadbir negara dengan bayaran mahal ketika rakyat terpaksa mengikat perut akibat kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Kepimpinan nabi dan para sahabat sentiasa membuka ruang untuk menerima teguran dan krtikan membina sedangkan kempimpinan kita bukan sahaja tidak mengendah penyelewengan dan pecah amanah yang merugikan berbilion duit rakyat malah berusaha mengekang suara rakyat dengan undang-undang yang mundur ke belakang. Kegagalan kita untuk berhijrah dari segi kepimpinan menyebabkan kita bakal menanggung risiko negara muflis ditambah dengan masalah sosial dan jenayah yang semakin tinggi. Berhijrah dan berjaya atau duduk ditakuk lama dan terus hina dan merana.

Hayatilah makna sebenar hijrah untuk berjaya dunia dan akhirat:

قال الرسول e  : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ  – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Hijrah Dihidupkan Islam Terjulang

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 90-92 surah Yunus :
وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنْتُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ۚ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ
Maksudnya : Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya kerana hendak menganiayai dan menindas mereka sehinggalah ketika Firaun itu telah hampir tenggelam lalu dia berkata : “ Aku percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri kepada Allah “. Adakah sekarang baru engkau percaya sedangkan engkau telah derhaka sejak dahulu dan engkau termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan. “Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (wahai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!”.
Hari ini kita sama-sama menyambut kedatangan 1 Muharram 1431H sebagai permulaan tahun baru Hijrah. Bulan Muharram mempunyai keistimewaan yang tersendiri untuk sama-sama kita rebut kelebihannya terutama dalam menambah bekalan akhirat. Kedatangan Muharram bukan setakat menandakan sambutan tahun baru tetapi segala amalan soleh dan gerak kerja juga mesti berubah ke arah yang lebih baik dalam mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Antaranya galakan Rasulullah s.a.w agar kita memperbanyakkan puasa sunat dalam bulan Muharram sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
قال النبي صلى الله عليه وسلم: “أَفْضَلُ الصِّيَام بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ المُحَرَّم و أَفْضَلُ الصَّلاَة بَعْدَ الفَرِيْضَةِ صَلاةُ اللَّيْلِ”.
Maksudnya : Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan ialah solat pada pertengahan malam
Begitu juga dengan galakan supaya kita berpuasa sunat hari ‘Asyura’ iaitu hari kesepuluh bulan Muharram di mana pada hari tersebut pernah mencatatkan suatu peristiwa besar bagaimana nabi Musa as diselamatkan oleh Allah daripada dikejar oleh Firaun yang mati lemas di tengah laut Merah bersama tenteranya.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَة يُكَفِّر سَنَتَيْنِ: مَاضِيَة وَمُسْتَقْبَلَة، و صَوْمُ يَوْمِ عَاشُوْرَاء يُكَفِّر سَنَة مَاضِيَة”.رواه مسلم
Maksudnya : Puasa hari Arafah akan dihapuskan dosa 2 tahun iaitu setahun yang lalu dan setahun akan datang. Manakala puasa hari ‘Asyura’ akan dihapuskan dosa setahun yang lalu

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal :
وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ ۚ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (quraisy) memifirkan sedaya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu atau pun mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.
Perjuangan dalam menegakkan Islam tidak dijanjikan dengan kemenangan yang senang sebaliknya menuntut kepada nyawa yang melayang, Daulah Islamiah yang menjamin keamanan dan kestabilan tidak akan dapat didirikan dengan mudah sebaliknya memerlukan kepada tumpahnya darah merah. Pertembungan antara hak dan batil, kebenaran dan kesesatan, keadilan dan kezaliman, ketaatan dan kesombongan terus berlangsung silih berganti sehinggalah qiamat. Jika nabi Musa as terpaksa berdepan dengan bapa angkatnya sendiri Firaun dalam menyatakan kebenaran sehingga terpaksa berhijrah setelah dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya yang angkuh dalam menolak kebenaran walau pun sudah tidak mampu berhujah. Maka begitulah juga yang berlaku ke atas diri nabi Muhammad s.a.w yang terpaksa berdepan dengan manusia takabbur yang diketuai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab sehingga datangnya arahan daripada Allah agar berhijrah dari Mekah tanahair sendiri ke bumi Madinah dalam menjayakan pelaksaan seluruh sistem Islam.
Sebelum berlangsungnya hijrah maka nabi berdepan dengan tawaran kesenangan seperti bakal menjadi raja tanpa kuasa, dikahwinkan dengan wanita pilihan, diberi kemewahan harta dan juga khidmat perubatan terbaik asalkan dakwah Islam ditinggalkan. Setelah gagal memujuk dengan cara lembut maka tiga cadangan kuffar Quraisy dalam menyekat perkembangan Islam iaitu buang negeri, penjara tanpa bicara dan akhirnya bunuh terhadap nabi maka inilah juga ujian yang terpaksa dihadapi oleh pejuang Islam dalam menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Golongan yang memusuhi Islam akan menggunakan samada cara lembut untuk melunturkan semangat juang dan jika gagal dengan cara itu maka cara yang lebih keras akan dilakukan termasuk buang kerja, tukar tempat kerja, sekat bantuan, tahan di bawah ISA, bunuh dan sebagainya. Oleh itu istiqamahlah dalam berjuang agar kita mencapai keredhaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Bersusah dahulu di dunia agar kita dapat bersenang di akhirat nanti hasil memperjuangkan Islam dengan penuh ikhlas dan istiqamah.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal :
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia
Peristiwa Hijraturrasul bukanlah suatu cerita yang hanya untuk didengar sebaliknya peristiwa yang begitu besar dan mempunyai 1001 pengajaran penting ini wajib dihidupkan dalam kehidupan seharian umat Islam bermula daripada ibadat, ekonomi, sosial sehinggalah dalam memerintah negara berlandaskan hukum Allah. Ketika menyoroti 3 perkara penting yang dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w ketika menjayakan misi hijrah sehingga berdirinya Daulah Islamiah di Madinah Munawwarah iaitu pertama mendirikan Masjid Quba’ sebelum mendirikan Masjid Nabawi di mana ia memberi isyarat yang jelas kepada kita betapa pentingnya peranan masjid dalam menghidupkan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia. Malangnya pada hari ini banyak masjid agak lengang walau pun dibina megah dan dihias indah tetapi sekadar untuk mencari wang hasil projek bina masjid bukannya untuk memakmurkannya. Ketika menyambut tahun baru hijrah tidak melupakan kita kepada umat Islam di Palestin yang terpaksa berdepan dengan peluru yahudi Israel untuk ke masjid disamping usaha jahat yang berterusan dalam meruntuhkan Masjid al-Aqsa. Begitu juga kebiadapan golongan anti Islam di Switzerland yang melarang umat Islam daripada membina menara masjid hasil pungutan suara yang merupakan langkah awal ke arah memerangi Islam yang turut disokong oleh beberapa negara Eropah yang lain. Mula-mula larang bina kubah maka tidak mustahil musuh Islam akan melangkah untuk mengharamkan terus pembinaan masjid. Sama-samalah kita memakmurkan masjid untuk kegemilangan dunia akhirat

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Tugas kedua semasa hijrah ialah mempersaudarakan antara golongan Muhajirin dan Ansor atas ikatan iman. Ikatan persaudaraan inilah yang masih kurang di kalangan kita sehingga umat Islam dijajah dalam di Negara sendiri. Semangat kebangsaan dan perkauman sempit menyebabkan penderitaan umat Islam gagal ditangani dengan baik ketika musuh Islam bersatu dalam menghalakan senjata mereka kepada umat Islam. Apa yang lebih malang apabila umat Islam sendiri lebih rela bersekongkol dengan musuh untuk meratah tubuh dan memenggal nyawa saudara seagama
Tugas ketiga ialah mewujudkan piagam Madinah bagi mengatur corak pemerintahan Islam yang menjamin keamanan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Kita pada hari ini wajib menghayati dasar yang ada dalam piagam Madinah yang berjaya mewujudkan sebuah Negara aman, maju dan berkat. Sebenarnya ajaran Islam yang lengkap dan sempurna yang mengatur segala urusan manusia telah pun ditunjukkan Rasulullah s.a.w diikuti oleh Khulafa’ ar-Rasyidin dan khalifah selepas mereka. Apa yang penting sekarang ialah pelaksanaannya kembali dalam kehidupan bukan setakat tertera di dalam lipatan sejarah.
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

23.TIGA ASAS TERBINA SELEPAS HIJRAH

 

السلام عليكم

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :

والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصروا  أولئك هم المؤمنون حقا  لهم مغفرة ورزق كريم

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Kini kita berada di permulaan bulan Muharram tahun baru 1422 Hijrah. Beberapa hari lagi lagi kita akan bertemu dengan hari Asyura iaitu hari kesepuluh Muharram di mana kita digalakkan berpuasa pada hari tersebut. Pada hari Asyura telah berlaku suatu peristiwa yang penting iaitu terselamatnya nabi Musa daripada dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya.

                Kedatangan tahun baru hijrah bersama dengan meningkatnya usia kita memberi peringatan kepada kita agar sentiasa memastikan bahawa perlu adanya perubahan kepada diri kita ke arah yang terbaik bukannya semakin buruk. Semoga kedatangan tahun baru hijrah ini juga akan memberi ruang kepada seluruh umat Islam agar dapat berhijrah daripada tersepit dan terhimpit dengan kegelapan sistem jahiliah kepada keluasan dan pembelaan keadilan sistem Islam. Terkeluar daripada kehinaan kerana meninggalkan Islam kepada kemuliaan dengan meninggikan syariat Islam.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Setelah berlangsungnya penghijrahan yang bersejarah maka Rasulullah s.a.w telah mempunyai syarat yang cukup bagi menegakkan sebuah negara berasaskan Islam iaitu :

1. Bumi atau tempat untuk mendirikan negara iaitu Madinah

2. Rakyat iaitu para sahabat daripada kalangan Muhajirin dan Ansar serta orang bukan Islam yang bersedia untuk menjadi rakyat. Bagi orang-orang yang tidak bersedia maka mereka boleh keluar dari bumi Madinah

3. Pemimpin iaitu Rasulullah s.a.w sendiri yang dipilih oleh Allah

4. Perlembagaam iaitu al-Quran dan al-Hadith di mana ianya merupakan bahan rujukan yang kaya dan lebih daripada keperluan sebuah perlembagaan

5. Kedaulatan atau keperibadian sebagai sebuah negara wujud dengan ketinggian Islam itu sendiri

Bagi melaksanakan penubuhan Negara Islam yang unggul maka Rasulullah s.a.w telah membina tapak yang kukuh dengan mewujudkan 3 bentuk hubungan yang penting iaitu :

 

Pertama dengan mewujudkan hubungan manusia dengan Allah iaitu dengan membina masjid. Ia bertujuan merapatkan hubungan umat manusia dengan Allah di mana masjid merupakan syiar penting bagi Islam. Masjid menjadi asas kukuh kepada pembinaan masyarakat dan negara Islam kerana keteguhan masyarakat Islam berteraskan kepada ikatan ‘aqidah yang kuat kepada ajaran Islam Rasulullah s.a.w tidak menjadikan agenda pertamanya untuk membina kekuatan tentera terlebih dahulu walau pun baginda tahu bahawa musuh sedang bersiap untuk menyerang mereka.. Sebaliknya masjid lebih dahulu dibina bagi memastikan ikatan perhambaan kepada Allah sentiasa kukuh sehingga memberi kemampuan bagi menghadapi sebarang serangan musuh samada secara senjata atau pun serangan pemikiran. Dalam memperjuangkan Islam tidak cukup semata-mata dibina atas kekuatan semangat dan senjata sahaja tetapi mesti berteraskan aqidah dan ilmu yang kukuh serta ikatan perhambaan kita dengan Allah.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kedua Rasulullah s.a.w telah menjalinkan hubungan sesama umat Islam. Ia merupakan tunjang utama dalam memastikan keamanan dan kestabilan serta keutuhan negara Islam yang dibina. Jika sebelum Hijrah dan memeluk Islam suku Aus dan Khazraj saling bermusuhan sesama mereka tetapi dengan  datangnya Islam mereka bukan sahaja menamatkan permusuhan mereka tetapi turut menerima orang Muhajirin sebagai saudara mereka.Persaudaraan yang melampaui  hubungan kekeluargaan, keturunan, warna kulit, tanah air dan bangsa dengan berdasarkan taqwa dan maruah kemanusiaan ini telah berjaya merubah segala-galanya. Perpaduan yang kuat ini membolehkan umat Islam yang jumlahnya merupakan minoriti iaitu beberapa ribu sahaja berjaya menguasai kaum yahudi dan musyrikin yang lain yang merupakan kaum majoriti yang berjumlah puluhan ribu di Madinah ketika itu.

            Inilah perpaduan yang wajar dicontohi oleh kita semua bagi memastikan keamanan terjaga dan keadilan terbela. Tanpa perpaduan yang kukuh menyebabkan umat Islam mudah diserang dan ditindas oleh musuh. Janganlah disebabkan jumlah umat Islam majoriti menyebabkan kita merasakan bahawa kita terus berkuasa dan orang bukan Islam selamanya akan tunduk kepada kita jika kita terus mencari jalan selain daripada Islam sebagai asas perpaduan. Ingatlah peristiwa sedih yang berlaku di Kubrus Cina di mana umat Islam yang merupakan golongan majoriti dengan jumlah mereka 20 juta orang  telah dibunuh dan dihancurkan oleh orang bukan Islam yang hanya berjumlah 12 juta orang disebabkan umat Islam meninggalkan Islam sebagai ad-Din. Walau pun pada awalnya bangsa di Kubrus itu merupakan kaum yang ditindas oleh kerajaan Kristian Itali yang menyebabkan mereka meminta pertolongan dan perlindungan daripada Khilafah Uthmaniah Turki. Bantuan yang diberikan menyebabkan Islam mudah tersebar dan membolehkan perlembagaan Islam tertegak di situ. Tetapi akhirnya umat Islam yang merupakan golongan majoriti telah dihancurkan kerana meninggalkan Islam sebagai cara hidup. Begitulah juga yang berlaku di Bosnia, Kosovo, Kashmir, Lubnan, Palestin dan sebagainya pada hari ini.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Hubungan yang ketiga yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ialah hubungan umat Islam dengan orang bukan Islam dan negara bukan Islam dalam rangka menyampaikan risalah Islam serta menentukan sikap mereka terhadap Islam. Ia berjaya dilaksanakan dengan terbentuknya piagam atau perlembagaan Madinah yang mengandungi 23 fasal menyentuh tentang hubungan antara Muhajirin dan Ansor. Manakala 24 fasal lagi merupakan peruntukan yang berhubung dengan hak dan kewajipan orang-orang yahudi. Perlembagaan Madinah ini telah membawa perubahan yang besar dengan memperuntukkan sebuah kerajaan Pusat bagi menjamin keadilan dan keamanan tanpa menghilangkan kuasa dan keistimewaan golongan tertentu. Kota Madinah telah dibahagikan kepada beberapa jajahan bagi beberapa suku kaum yang berlainan di mana setiap jajahan mempunyai ketua atau naqib, beberapa timbalan ketua atau ‘arif dan sebuah tempat perjumpaan atau Saqifah. Ini adalah susunan pentadbiran jajahan yang lengkap yang diawasi oleh Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w sendiri.

            Jika dilihat secara teliti perlembagaan Madinah ini dengan perlembagaan negara kita maka di sana adanya perbezaan yang begitu ketara. Contohnya Islam dalam perlembagaan Madinah meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk ibadat, sosial, ekonomi, perundangan dan sebagainya sedangkan Islam yang ada dalam perlembagaan negara kita berdasarkan Lord Reid hanya berkisar kepada ibadat dan adat sahaja bukannya meliputi seluruh aspek kehidupan sehingga usaha dalam memartabatkan penggunaan sepenuhnya taqwim hijrah termasuk dalam pembayaran gaji di negeri ini tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan perlembagaan negara. Itu belum dikira lagi dengan pelaksanaan hukum hudud yang sememangnya bercanggah dengan perlembagaan negara ini yang lebih membesarkan penjajah daripada Allah. Oleh itu cadangan untuk membincangkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan untuk umat Islam jika hanya berkisar tentang Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh penjajah. Ia hanya  akan terhasil jika perbincangan itu melibatkan perkara untuk membebaskan Islam daripada dikurung bagi memastikan ia mampu dilaksanakan dalam seluruh aspek kehidupan.

            Benarkah para pemimpin mahu melaksanakan Islam sebagaimana piagam Madinah atau sebaliknya maka bolehlah dilihat melalui usaha mereka samada ke arah melaksana atau lebih banyak kepada menentang pelaksanaan Islam termasuk usaha dalam menghapuskan nama Islam di mana buat masa ini ia belum dapat dilaksana. Tetapi usaha ini akan terus berjalan dan akan dilaksana jika kita lalai dan  berlembut dengan segala helah mereka.

Firman Allah dalam ayat 218 surah al-Baqarah :

إن الذين ءامنوا والذين هاجروا وجــهدوا فى سبيل الله أولئك يرجون رحمت الله  والله غفور رحيم

Maksudnya : Sesungguhnya mereka yang beriman dan mereka yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah maka mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

87. CABARAN SEBELUM HIJRATURRASUL S.A.W

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 100  surah an-Nisa’ :

ومن يهاجر فى سبيل الله يجد فى الأرض مرغما كثيرا وسعة ومن يخرج من بيته مهاجرا إلى الله ورسوله ثم يدركه الموت فقد وقع أجره على الله  وكان الله غفورا رحيما

Maksudnya : Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah S.W.T  nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah S.W.T dan rasulNya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang dituju maka telah tetap pahala di sisi Allah S.W.T. Dan adalah Allah S.W.T Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Peristiwa penghijrahan nabi Muhammad s.a.w dari tanahairnya Mekah ke tempat baru iaitu Yathrib yang kemudiannya ditukar nama kepada Madinah al-Munawwarah yang bererti Kota yang bercahaya merupakan suatu pengorbanan besar dalam membebaskan diri daripada kongkongan kekufuran kepada keimanan, jahiliah kepada Islam, dosa kepada pahala, kesesatan kepada kebenaran, kezaliman kepada keadilan, lemah tanpa kuasa kepada gagah bersama tertegaknya negara. Hijrahnya nabi Muhammad s.a.w telah banyak meninggalkan pengajaran dan tauladan yang sepatutnya dihayati dengan bersungguh-sungguh oleh seluruh umat Islam dalam mengembalikan semula kemenangan dan kegemilangan Islam. Sebagai pejuang yang mengaku bahawa kita ini berjuang untuk meletakkan kalimah Allah S.W.T di tempat paling tinggi maka sudah semestinya mengambil iktibar sebanyak mungkin daripada peristiwa hijrah agar semangat kita terus berkobar dan gerak kerja kita sentiasa berterusan tanpa rasa takut dan gentar terhadap sebarang ujian dan cabaran yang mendatang. Kita dapat lihat bagaimana kuffar Quraisy telahmemandang Islam sebagai sebuah agama yang bukan sahaja menggugat agama sesat mereka yang menyembah berhala malah turut mengancam kedudukan para pembesar Mekah pada masa itu. Setelah melihat bagaimana ancaman Islam terhadap kesesatan dan kezaliman mereka lalu para pemimpin Quraisy berusaha bersungguh-sungguh dalam menyekat penyebaran Islam. Melihat kepada bertambahnya pengikut nabi Muhammad s.a.w lalu beberapa siri perbincangan dengan baginda telah dilakukan. Apa yang dilakukan oleh musuh Islam yang begitu benci terhadap Islam adalah hampir sama pada setiap zaman di mana setelah kegagalan dalam membuktikan kesesatan ajaran Islam lalu pemimpin Quraisy menawarkan kesenangan dunia berbentuk takhta, harta dan wanita serta rawatan percuma kepada Rasulullah s.a.w dengan syarat meninggalkan dakwah Islam.

            Tawaran menarik ini sentiasa diuji ke atas setiap pejuang Islam sehingga ramai yang tergoda dengan panggilan dunia yang menyebabkan mereka lupa kepada perjuangan Islam yang diperjuangkan selama ini. Janji-janji manis terus ditabur agar perjuangan Islam dapat dilemahkan dan penentangan terhadap kesesatan system dan kezaliman dapat dilunturkan. Begitulah juga yang berlaku pada hari ini akibat terpesona dengan janji bahawa pelajar dari peringkat rendah lagi akan diwajibkan khatam al-Quran dan menguasai bahasa arab telah menyebabkan kita lupa kepada perbuatan jahat golongan yang sama dalam menghancurkan sekolah agama rakyat yang sedang berjalan sehingga hari ini. Oleh itu kita jangan terpedaya dengan janji manis yang baru dilaksanakan kerana dalam masa yang sama pengkhianatan terhadap pusat pengajian agama terus berjalan. Bagaimana orang sama boleh meninggikan Islam sedangkan dalam masa yang sama dia meruntuhkan Islam.Kita begitu kecewa dengan perbuatan memerangi pusat pengajian agama di negara iniyang menyebabkan umat Islam di beberapa negara jiran terutama di Selatan Thailand turut menjadi mangsa kepada kezaliman pemimpin mereka yang meniru cara negara ini sehingga ramai ulama’ yang dibunuh serta pengajian agama diganggu.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

            Tawaran kesenangan dunia banyak menghanyutkan umat Islam sehingga mereka dihinakan oleh Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Penolakan nabi Muhammad s.a.w terhadap semua tawaran dan janji manis daripada pemimpin Quraisy yang sememangnya ingin menghancurkan Islam telah memberi peringatan besar kepada kita agar tidak terpesona dengan habuan dunia sehingga mengenepikan agama.Nabi Muhammad s.a.w menolak tawaran dan janji manis Quraisy dan telah berhijrah sehingga tertegaknya Daulah Islamiah di Madinah yang memastikan segala system Islam dapat dilaksanakan. Kita jangan terpengaruh dengan janji manis sehingga sanggup menukarkan pemimpin yang bersungguh mengharamkan judi dan menghadkan penjualan arak di kalangan bukan Islam di negeri ini kepada pemimpin yang akan menghalalkan kembali judi dan arak. Kita jangan terpedaya dengan janji palsu orang yang menyatakan bersungguh melaksanakan Islam sedangkan dirinya terlibat dengan budaya rasuah, riba serta menentang pelaksanaan hukum hudud dan qisas dalam menyelesaikan masalah jenayah terutama zina, rogol yang mencatatkan 26 kes sehari. Kita jangan serahkan kepimpinan negeri ini kepada mereka yang bakal menempah bala Allah S.W.T dengan menghidupkan kembali hiburan yang merosakkan akhlak yang selama ini telah diharamkan di negeri ini.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 204-205 surah al-Baqarah :

ومن الناس من يعجبك قوله فى الحيــوة الدنيا ويشهد الله على ما فى قلبه وهو ألد الخصام.  وإذا تولى سعى فى الأرض ليفسد فيها ويهلك الحرث والنسل والله لايحب الفساد

Maksudnya : Dan di antara manusia ada orang di mana ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu. Dan dipersaksikan kepada Allah S.W.T isi hatinya sedangkan dia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila dia berpaling dari kamu, dia berjalan di atas muka bumi ini untuk melakukan kerosakan padanya dan merosak tanaman dan binatang ternakan dan Allah S.W.T tidak menyukai kebinasaan

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

            Penolakan nabi Muhammad s.a.w terhadap tawaran dunia tidak menghentikan usaha pemimpin Quraisy dalam menghancurkan Islam di mana kegagalan cara lembut diikuti dengan cara keras. Akhirnya setelah mengetahui semakin ramai umat Islam yang berhijrah ke Madinah lalu kuffar Quraisy mengadakan suatu mesyuarat di Darul Nadwah bagi mengambil tindakan terhadap nabi Muhammad s.a.w. Iblis yang merupakan diri sebagai orang tua dari Najd turut hadir dalam perjumpaan penting ini. Melalui mesyuarat di Darul Nadwah ini maka terbitlah beberapa cadangan iaitu cadangan pertama meminta supaya nabi dibuang negeri agar segala ancamannya selama ini dapat dihentikan tetapi ia ditolak oleh Iblis yang merupakan dirinya sebagai orang tua dengan alasan jika dibuang negeri maka nabi Muhammd s.a.w akan dapat menambah jumlah pengikut dan akhirnya boleh menggugat kedudukan pemimpin Quraisy Mekah. Cadangan kedua pula mengesyorkan agar nabi di penjarakan dalam penjara besi agar baginda tidak mampu lagi menjalankan usaha dakwah di mana cadangan ini turut ditolak oleh Iblis dengan alasan penjara tidak mampu menyekat dakwah nabi kerana umat Islam pasti akan datang membebaskan nabi yang menyebabkan usaha dakwah akan dapat diteruskan. Akhirnya Iblis turut bersetuju dengan cadangan ketiga daripada Abu Jahal yang mencadangkan agar setiap kabilah menghantar pemuda bagi membunuh nabi di mana keluarga Abdul Manaf tidak mampu berhadapan dengan kabilah yang banyak dan tidak boleh mendakwa mana-mana kabilah yang membunuh nabi s.a.w selepas ini.

            Melihat kepada ketiga-tiga cadangan kuffar Quraisy dalam menyekat perkembangan Islam iaitu buang negeri, penjara tanpa bicara dan bunuh terhadap nabi maka inilah juga ujian yang terpaksa dihadapi oleh pejuang Islam dalam menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Golongan yang memusuhi Islam akan menggunakan samada cara lembut untuk melunturkan semangat juang dan jika gagal dengan cara itu maka cara yang lebih keras akan dilakukan termasuk buang kerja, tukar tempat kerja, sekat bantuan, tahan di bawah ISA, bunuh dan sebagainya. Oleh itu istiqamahlah dalam berjuang agar kita mencapai keredhaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Bersusah dahulu di dunia agar kita dapat bersenang di akhirat nanti hasil memperjuangkan Islam dengan penuh ikhlas dan istiqamah. Tiada istilah rugi dan lelah dalam memperjuangkan Islam kerana  ganjaran pahala yang besar menanti kita selain kemenangan bersama keredhaan Allah S.W.T sedangkan betapa rugi memperjuangkan sekuler dan semangat kebangsaan sempit dengan mengagungkan pembangunan kebendaan semata-mata tanpa mementingkan pembangunan kemanusiaan kerana ia akan merosakkan aqidah dan agama kita serta bakal ditimpa kerugian di akhirat nanti.

Firman Allah dalam ayat  40 surah at-Taubah :

إلا تنصروه فقد نصره الله إذ أخرجه الذين كفروا ثانى اثنين إذ هما فى الغار إذ يقول لصــحبه لاتحزن إن الله معنا  فأنزل الله سكينته عليه وأيده بجنود لم تروها وجعل كلمة الذين كفروا السفلى وكلمة الله هى العليا والله عزيز حكيم

Maksudnya : Jika kamu tidak menolong nabi Muhammad s.a.w maka sesungguhnya Allah S.W.T  telah menolongnya ketika orang-orang kafir mengeluarkannya dari Mekah. Sedang dia salah seorang daripada dua orang ketika kedua-duanya berada di dalam gua di waktu dia berkata kepada sahabatnya : “ Janganlah engkau berdukacita sesungguhnya Allah S.W.T  bersama dengan kita”. Maka Allah S.W.T menurunkan ketenangan kepada nabi Muhammad s.a.w dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan Allah S.W.T menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimah Allah S.W.T  itulah yang tertinggi. Allah S.W.T Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

22. Syarat Penubuhan Daulah Islamiah

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُاللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ…أَمَّا بَعْدُ ….

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَحَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Sayamenyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalianagarkitasama-samameningkatkanketaqwaankitakepadaAllahdenganmelakukansegalasuruhanNyadanmenjauhisegalayangditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat74 surah al-Anfal :

والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصرواأولئك هم امؤمنون حقالهم مغفرة ورزق كريم

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Beberapa hari lagi kita pasti akan meninggalkan bulan Zulhijjah bagi menyambut ketibaan tahun baru Hijrah 1422. Berlalunya tahun demi tahun bersama meningkatnya usia kita disamping bertambah dekatnya kita kepada hari mati. Oleh itu hitungkanlah keadaan diri dan amalan kita samada bertambah baik atau sebaliknya sebelum datangnya Izrail untuk menjemput kita bertemu dengan Allah. Beradanya kita pada penghujung tahun 1421 juga mengingatkan kita kepada pelbagai peristiwa samada manis atau pedih yang berlaku ke atas umat Islam seluruh dunia. Semoga kedatangan tahun baru hijrah nanti akan memberi sinar kebahagian kepada seluruh umat Islam.

Pada hari ini kita akan menyentuh mengenai keadaan Yathrib atau Madinah sebelum berlangsungnya hijraturrasul s.a.w. Penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama di mana kaum yang paling besar ialah Yahudi dan Arab.Kaum Yahudi memiliki beberapa kubu dan benteng serta kampung di mana mereka hidup berasingan dan berkelompok yang menyebabkan mereka tidak mampu mendirikan pemerintahan Yahudi sebaliknya terpaksa membayar ufti setiap tahun kepada ketua-ketua beberapa qabilan Arab sebagai perlindungan daripada pencerobohan Arab badwi. Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai suatu bangsa yang ahli dalam pengetahuan agama dan syariat di mana mereka mempunyai pusat pengajian sendiri untuk perkara tersebut disamping belajar mengenai sejarah lampau mereka khususnya berkenaan rasul dan nabi mereka. Mereka juga mempunyai tempat khas untuk beribadat di mana disitulah mereka berkumpul untuk berbincang mengenai agama dan keduniaan mereka. Mereka juga mempunyai perundangan dan tatacara hidup tersendiri yang sebahagiannya diambil daripada kitab suci mereka dan sebahagian lagi dibuat oleh pendeta mereka.

Hasil pendapatan mereka yang terbesar ialah mengambil keuntungan daripada gadaian barang dan riba. Keadaan Madinah sebagai kawasan pertanian memberi peluang kepada mereka bergiat dengan riba terutama daripada petani yang mendapatkan wang sementara menunggu musim menuai. Penggadaian bukan sahaja melibatkan wang atau mata benda sahaja tetapi wanita dan anak-anak juga dijadikan cagaran gadaian.Kaum Yahudi dapat menguasai ekonomi Madinah dan seterusnya dengan ekonomi yang kukuh mereka menguasai pasar-pasar tanpa bertimbang rasa, mereka menyorok barangan keperluan untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda sehingga mereka dibenci oleh masyarakat Arab setempat. Demi kepentingan ekonomi mereka membuat hubungan dengan kaum Aus dan Khazraj dengan mereka melaga-lagakan antara keduanya yang menyebabkan bangsa Arab lemah dan kaum Yahudi terus menguasai ekonomi Madinah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Manakala suku kaum Aus dan Khazraj merupakan penduduk berbangsa Arab yang mendiami Yathrib kemudian daripada kaum Yahudi. Kaum Aus tinggal di selatan dan timur iaitu bahagian tinggi Yathrib yang merupakan kawasan pertanian yang subur manakala Kaum Khazraj berada di tengah sebelah utara iaitu bahagian rendah bandar yang merupakan kawasan kurang subur. Bilangan mereka mengikut perkiraan yang berdasarkan penyertaan mereka dalam peperangan selepas hijrah iaitu semasa penaklukan Mekah ialah 4000 orang. Berpecahan kaum yahudi menyebabkan mereka tidak mampu menyaingi bangsa Arab terutama ada daripada mereka yang bersama kaum Aus dan ada pula bersama kaum Khazraj. Namun begitu bangsa Arab suku Aus dan Khazraj turut berperang sesama mereka di mana perang Samir merupakan peperangan pertama dan diakhiri dengan peperangan Bu’ath lima tahun sebelum hijrah. Kaum Yahudilah yang melaga-lagakan mereka dan mendesak agar mereka berpecah dengan menanamkan semangat dengki. Akhirnya mereka tidak mampu menghadapi kaum Yahudi.Namun demikian, perancangan yahudi disedari oleh bangsa Arab di mana mereka menggelarkan kaum Yahudi sebagai ‘musang’.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Antara sebab kaum Aus dan Khazraj mudah menerima Islam kerana perkara berikut :

Pertama : Suku Aus dan Khazraj dikurniakan Allah dengan fitrah lemah lembut dan tidak terlalu angkuh, tidak keterlaluan menolak kebenaran. Sifat ini adalah pusaka turun temurun daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Yaman. Ini pernah dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang bermaksud :

“Sudah tiba kepada kamu penduduk Yaman yang berhati dan berperasaan amat lembut”

Kedua : Suku Aus dan Khazraj telah kehilangan tenaga kerana peperangan sesama mereka terutama dalam peperangan terakhir antara mereka iaitu peperangan Bu’ath. Keadaan ini mereka telah gambarkan dalam ucapan mereka kepada Rasulullah s.a.w:

“ Sesungguhnya telah kami tinggalkan kaum kami, suatu kaum yang paling ketat permusuhan sesama sendiri. Semoga Allah menyatukan mereka melalui engkau Wahai Rasulullah!. Sekiranya mereka disatukan kembali oleh Allah maka tiada orang yang lebih mulia daripada engkau Wahai Rasulullah!”.

Ketiga: Suku Aus dan Khazraj selalu mendengar orang-orang Yahudi berbicara tentang kenabian dan para nabi dan mereka juga mendengan orang Yahudi membaca lembaran Taurat dan tafsirannya malah orang Yahudi sentiasa mengugut mereka dengan mengatakan : “ Sesungguhnya akan dibangkitkan seorang nabi pada akhir zaman nanti. Kami akan memusnahkan kamu bersama nabi itu. Kamu akan musnah sama seperti musnahnya kaum ‘Aad dan Iram”.

Perkara ini agak berbeza dengan kaum Quraisy Mekah dan seluruh bangsa Arab yang telah terputus sekian lama daripada kenabian dan para nabi yang menyebabkan mereka tidak tahu tentang kenabian dan para nabi. Mereka hanya menumpukan kepada berhala dan mereka juga terpencil daripada umat-umat yang ada hubungan dengan para nabi dan mempunyai kitab samawi.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Secara ringkasnya selepas berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj maka nabi mula menyebarkan dakwah melalui pertemuan dengan qabilah-qabilah yang datang ke Mekah. Ketika tibanya bulan Zulhijjah iaitu musim haji, Rasulullah s.a.w seperti biasa keluar bertemu dengan qabilah yang datang menunaikan haji. Semasa berada di ‘Aqabah, baginda telah bertemu dengan satu rombongan daripada suku Khazraj dari Yathrib. Rasulullah s.a.w memperkenal dan menerangkan kepada mereka tentang Islam dan diperdengarkan al-Quran. Suku Khazraj yang merupakan jiran kepada kaum Yahudi di Madinah sebelum ini sentiasa mendengar orang Yahudi memberitahu bahawa sudah hampir masanya dibangkitkan seorang nabi. Lalu di antara mereka berkata : “ Wahai kaumku sekalian! Ketahuilah bahawa Demi Allah inilah nabi yang telah dijanjikan oleh kaum Yahudi kepadakamu maka kita harus biarkan mereka mendahului kita mendapat peluang ini”. Lantas mereka menyahut dan menerima seruan nabi s.a.w itu di mana bilangan mereka ialah 7 orang daripada suku Khazraj.

Apabila mereka pulang ke Madinah dalam keadaan telah beriman dan memeluk Islam lalu mereka memberitahu tentang Rasulullah s.a.w kepada saudara mara yang lain dan mengajak mereka kepada Islam. Maka tersebarlah Islam di kalangan mereka sehingga tiada rumah orang Ansar yang tidak bercakap tentang Rasulullah s.a.w. Begitulah dia penerimaan awal kepada Islam dan keadilannya sebelum berlangsungnya 2 bai’ah Aqabah atau perjanjian antara wakil warga Madinah dengan Rasulullah s.a.w di ‘Aqabah. 2 bai’ah atau perjanjian yang dibuat ini menjadi suatu perkara yang penting sebelum terdirinya negara Islam pertama di Madinah.

Pada tahun 621 M iaitu setahun selepas peristiwa pengislaman 7 orangdaripada suku Khazraj tersebut maka telah datang 12 orang dari Yathrib daripada suku Aus dan Khazraj bagi menunaikan haji dan juga mengadakan pertemuan rahsia dengan Rasulullah s.a.w. di ‘Aqabah. Bai’ah ini dikenali sebagai Bai’ah ‘AqabahPertama atau Bai’ah an-Nisa’ memandangkan tiada penekanan terhadap masalah peperangan dan jihad dalam perjanjian ini sebagaimana yang biasa dilakukan terhadap wanita ketika berbai’ah.

Ubadah bin as-Somit telah memberitahu tentang perjanjian ini di mana katanya :Sesungguhnya kami berjumlah 12 orang lelaki maka Rasulullah s.a.w berkata kepada kepada kami:” Marilah kamu semua untuk memberi bai’ah kepadaku untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak mengengkariku pada perkara kebaikan. Sesiapa di kalangan kamu yang menepati bai’ah ini maka Allah akan mengganjarinya dan sesiapa yang melanggarnya dan Allah membalasnya di dunia maka ia merupakan kaffarah kepadanya. Sesiapa yang melanggarinya dan Allah menutupnya maka urusannya terserah kepada Allah samada Dia membalasnya di akhirat atau pun memaafkannya”. Ubadah bin as-Somit menambah lagi bahawa selepas itu mereka semua memberi bai’ah kepada Rasululullah s.a.w.

Sebelum merekabertolak pulang ke Madinah, Rasulullah s.a.w telah mengirim bersama mereka Mus’aib bin ‘Umair bagi mengajar al-Quran dan menerangkan tentang Islam di nama beliau dikenali sebagai Muqri’ ertinya pembaca al-Quran. Ketika berada di Madinah beliau tinggal bersama dengan Sa’ad bin Zararah. Inilah usaha dan suasana sambutan awal kepada penerimaan Islam oleh penduduk Madinah hasil kegigihan dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Bai’ah Aqabah kedua terjadi pada tempat yang sama pada malam 12 Zulhijjah tahun 13 kenabian juga dalam keadaan rahsia. Bilangan wakil penduduk Madinah terdiri daripada 73 orang lelaki dan 2 perempuan yang diketuai oleh Al-Barra’ bin Makrur. Ucapan Bai’ah mereka hampir sama dengan yang pertama tetapi ada tambahan dalam masalah jihad dan peperangan. Ia turut dihadiri oleh bapa saudara baginda Abbas bin Abdul Muttalib. Dalam bai’ah ini kaum Khazraj memohon agar nabi s.a.w rela berhijrah ke Madinah di mana mereka sanggup menjaga keselamatan baginda sebagaimana mereka menjaga keluarga sendiri.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Dan supaya kamu sekalian akan membantuku dan mejaga keselamatanku ketika berhijrah ke sana nanti sebagaimana kamu menjaga diri dan keluargamu dan bagi kamu balasan Syurga daripada Allah”

Bai’ah ini yang juga dipanggil Bai’ah Aqabah Kubra ditutup dengan doa yang diucapkan oleh Abbas bin AbdulMuttalib yang mana antara kandungannya ialah memohon kepada Allah tentang keselamatan Rasulullah s.a.w dan kesungguhan janji daripada orang-orang Yathrib itu. Ini merupakan kejayaan besar yang membuka dan memudahkan jalan dakwah dan seterusnya tertegak Daulah Islamiah yangpertama di Madinah.

Firman Allah dalam ayat 218 surah al-Baqarah :

إن الذين ءامنوا والذين هاجروا وجــهدوا فى سبيل الله أولئك يرجون رحمت اللهوالله غفور رحيم

Maksudnya : Sesungguhnya mereka yang beriman dan mereka yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah maka mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

152. LIMA LANGKAH BINA DAULAH

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُاللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ…أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَحَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Sayamenyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalianagarkitasama-samameningkatkanketaqwaankitakepadaAllahdenganmelakukansegalasuruhanNyadanmenjauhisegalayangditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat40 surah at-Taubah :

إلا تنصروه فقد نصره الله إذ أخرجه الذين كفروا ثانى اثنين إذ هما فى الغار إذ يقول لصــحبه لاتحزن إن الله معنافأنزل الله سكينته عليه وأيده بجنود لم تروها وجعل كلمة الذين كفروا السفلى وكلمة الله هى العليا والله عزيز حكيم

Maksudnya : Jika kamu tidak menolong nabi Muhammad s.a.w maka sesungguhnya Allah S.W.Ttelah menolongnya ketika orang-orang kafir mengeluarkannya dari Mekah. Sedang dia salah seorang daripada dua orang ketika kedua-duanya berada di dalam gua di waktu dia berkata kepada sahabatnya : “ Janganlah engkau berdukacita sesungguhnya Allah S.W.Tbersama dengan kita”. Maka Allah S.W.T menurunkan ketenangan kepada nabi Muhammad s.a.w dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan Allah S.W.T menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimah Allah S.W.Titulah yang tertinggi. Allah S.W.T Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

Tahun 1425 Hijrah baru sahaja berlalu meninggalkan kita bersama dengan pelbagai catatan sejarah dan peristiwa yang mampu dijadikan pengajaran penting terutama ke arah melahirkan diri kita sebagai umat yang terbaik yang tidak dipatuk di tempat yang sama sebanyak dua kali disamping mampu membina diri kita sebagai insan yang sentiasa melakukan hijrah ke arah terbaik di mana hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Kita baru sahaja menyambut tahun baru 1426 Hijrah yang semestinya dihayati dengan sebaiknya bermula dengan azam diikuti dengan tindakan yang berperancangan ke arah menjadi insan yang bertaqwa dan rapat hubungannya dengan Allah S.W.T sehingga mampu menjadi umat yang beroleh kejayaan di dunia dan kebahagian di akhirat. Sambutan kepada kehadiran tahun baru hijrah tidaklah sehebat menyambut tahun baru Masihi sehingga kebanyakan umat Islam sendiri tidak merasai keistimewaan kepada taqwim hijrah akibat terlalu biasa dengan kalendar masihi dalam kegunaan seharian termasuk ketika menyambut hari lahir. Inilah antara kesan penjajahan yang terus bersemadi dalam diri umat Islam sehingga sukar untuk dikikis.

Ketika menyambut kedatangan tahun baru hijrah maka kita tidak lupa untuk mengimbas kembali kepada sejarah bermulanya penggunaan taqwim hijrah di mana ia diperkenalkan oleh Sayyidina Umar al-Khattob pada tahun 17 Hijrah bersamaan 638 Masihi. Ia mula ditimbulkan setelah surat yang dihantar oleh Sayyidina Umar selaku khalifah pada masa itu kepada Abu Musa al-Asy’ari di Basrah yang tertulis hanya bulan Sya’aban tanpa tahun yang menimbulkan kekeliruan samada bulan Sya’aban yang sedang mereka berada atau Sya’aban yang telah lalu. Tanpa melengahkan masa maka Sayyidina Umar terus membuat suatu mesyuarat bagi memperkenalkan taqwim khas untuk kegunaan umat Islam di mana pelbagai pandangan dan cadangan telah dikemukakan antaranya taqwim dibina mengikut tarikh lahir nabi Muhammad s.a.w, tarikh turunnya wahyu, tarikh kenabian dan juga tarikh hijrah nabi. Setelah itu maka dibuat suatu kata sepakat supaya taqwim Islam dibina berdasarkan tarikh hijrah nabi Muhammad s.a.w agar umat Islam dapat mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna daripada peristiwa Hijrah terutama dari segi peranan, tugas dan strategi dalam membina Daulah Islamiah yang gemilang.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Hijrahnya nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah Munawwarah yang asalnya bernama Yathrib bukanlah suatu tindakan yang berlaku secara spontan dan bertujuan untuk lari daripada penindasan yang dilakukan oleh kuffar Quraisy terhadap baginda selama ini. Jika untuk lari daripada penindasan semata-mata nescaya nabi merupakan orang paling awal berhijrah ke Habsyah. Kita perlu faham bahawa peristiwa hijrah ini merupakan suatu tindakan yang berasaskan arahan Allah S.W.T yang dilaksanakan dengan perancangan yang rapi dalam mencapai matlamatnya yang tinggi iaitu mendirikan sebuah Daulah Islamiah yang mampu mengubah keadaan umat Islam daripada umat yang lemah menjadi gagah, umat tertindas kepada cergas, umat yang melarat kepada umat berdaulat. Melalui peristiwa hijrah yang bersejarah ini maka kita dapat mengambil 5 langkah penting yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat sehingga tertegaknya sebuah daulah yang berjaya bukan sahaja untuk menjaga rakyat Madinah malah mampu menguasai kuasa besar dunia pada masa itu terutama Rom Kristian dan Parsi Majusi. Bermula dari Madinah jugalah maka kekuatan dan kekuasaan pemerintahan Islam mampu menguasai dunia.

Langkah pertama ialah penerimaan serta tunduk patuh umat Islam terhadap seorang pemimpin yang terbaik dikalangan mereka itu Rasulullah s.a.w. Langkah kedua bergeraknya gerakan dakwah yang bermula secara sembunyi diikuti secara terang-terangan sehingga ia mendapat sambutan walau pun terpaksa menghadapi pelbagai tekanan dan cabaran daripada musuh Islam. Langkah ketiga ialah proses tarbiah dengan pelbagai persediaan telah didedahkan kepada umat yang telah memeluk Islam agar mereka tahu kewajipan yang mesti dilaksanakan serta bersedia menghadapi sebarang tentangan daripada musuh. Langkah keempat ialah usaha ke arah melahirkan lebih ramai pendokong Islam yang mampu memainkan peranan penting dalam usaha dakwah dan perjuangan Islam samada dari dalam Mekah atau luarnya terutama dengan berlangsungnya Bai’ah Aqabah pertama diikuti Bai’ah Aqabah kedua dengan penduduk Madinah. Janji taat setia tidak terhenti di Mina sahaja malah disusuli dengan penghantaran naqib dalam mengembangkan dakwah dan melaksanakan proses tarbiah kepada penduduk Madinah sehingga mereka lebih bersedia untuk menyambut ketibaan nabi dan mempertahankan baginda apabila tiba saat hijrah nanti. Langkah kelima ialah nabi Muhammad s.a.w menunggu arahan daripada Allah S.W.T tentang saat dan waktu yang sesuai untuk berhijrah di mana ini berlaku setelah penduduk Madinah telah benar-benar bersedia disamping umat Islam dari Mekah telah berhijrah terlebih dahulu ke Madinah. Nabi melaksanakan segala perancangan hijrah ini menggunakan kemampuan yang mampu diikuti oleh kita bukannya menggunakan kekuatan mukjizat sebagaimana Isra’ dan Mikraj. Ini semua bagi mengajar kita agar bersungguh dalam mengikut jejak langkah baginda sehingga berdirinya Daulah Islamiah yang gemilang bukannya mencari pelbagai alasan dan dalih untuk lari daripada menunaikan tanggungjawab dan amanah besar ini.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Firman Allah S.W.T dalam ayat 114 surah al-Baqarah :

ومن أظلم ممن منع مساجد الله أن يذكر فيها اسمه وسعى فى خرابها ,أولئكما كان لهم أن يدخلوها إلا خائفين،لهم فى الدنيا خزيولهمفي الآخرة عذاب عظيم .

Maksudnya : Dan siapakah yang lebih zalim daripada mereka yang menyekat penggunaan masjid-masjid Allah S.W.T untuk menyebut nama Allah S.W.T dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu. Orang-orang demikian tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjiditu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah S.W.T. Bagi mereka kehinaan di dunia dan di akhirat nanti mereka akan mendapat siksa yang amat besar.

Dalam peristiwa hijrah ini juga kita dapat lihat bagaimana antara perkara penting yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w setelah tiba di Madinah ialah mendirikan masjid bukannya membentuk atau melatih pasukan tentera bagi menyekat kemaraan musuh. Ini menunjukkan kepada kita bahawa masjid merupakan tunjang kepada kehidupan seharian bukannya hanya sebagai tempat untuk beribadat semata-mata. Malah ketika kita dikejutkan dengan peristiwa gempa bumi dan tsunami baru-baru ini pun maka Allah menyelamatkan masjid-masjid sebagai isyarat yang jelas agar umat Islam kembali rapat dengan Allah terutama dengan menghidupkan masjid-masjid. Tanyalah diri kita tentang berapa kali dalam seminggu kita hadir ke masjid. Tidakkah kita merasa malu untuk bertanya kepada Allah tentang kemenangan dan kemuliaan jika kita sendiri liar dan jauh daripada masjid. Berhijrahlah kita kepada menghampiri diri kepada Allah terutama dengan menghidupkan masjid. Masyarakat perlu dididik agar merasa bimbang apabila semakin kurang orang ke masjid bukannya ditakutkan dengan tindakan tegas Jabatan Agama terhadap umat Islam yang mengunjungi kelab malam. Umat Islam sepatutnya merasa marah apabila peranan dan kebebasan masjid dikongkong bukannya diajar agar mempertikaikan perundangan yang melarang umat Islam ke kelab malam.

Firman Allah dalam ayat74 surah al-Anfal :

والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصرواأولئك هم المؤمنون حقالهم مغفرة ورزق كريم

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

110. HIJRAH DIHAYATI NABI DISANJUNGI

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 100  surah an-Nisa’ :

ومن يهاجر فى سبيل الله يجد فى الأرض مرغما كثيرا وسعة ومن يخرج من بيته مهاجرا إلى الله ورسوله ثم يدركه الموت فقد وقع أجره على الله  وكان الله غفورا رحيما

Maksudnya : Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah S.W.T  nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah S.W.T dan rasulNya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang dituju maka telah tetap pahala di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Kedatangan bulan Muharram menandakan masuknya kita kepada tahun baru 1427 Hijrah. Adalah suatu yang amat malang apabila ada di kalangan umat Islam sendiri yang tidak sedar tentang ketibaan tahun baru hijrah setelah begitu lama taqwim hijrah diketepikan oleh penjajah dan diteruskan hingga kini. Umat Islam yang dulunya dijadikan contoh teladan dan sumber rujukan kepada bangsa lain termasuk dalam membina tamadun kebendaan kini bertukar menjadi umat yang terpaksa tunduk kepada bangsa lain akibat daripada sikap kebanyakan umat Islam yang menjauhi system Islam dalam kehidupan. Umat Islam hilang jatidiri serta identiti yang sepatutnya dimiliki sehingga merasakan bahawa system ciptaan manusia lebih baik dan sempurna berbanding system Islam. Keadaan umat Islam dahulu yang sentiasa menjunjung segala perintah Allah sehingga mereka dimulia dan dianugerahkan kemenangan yang gemilang sedangkan umat Islam kini telah ramai yang lahir sebagai umat yang mahu mengajar Allah bagaimana cara terbaik untuk mentadbir dunia sehingga ditimpakan dengan kehinaan dan kemunduran. Umat Islam dahulu berasa gembira kerana mampu berdikari dengan menjadikan wahyu sebagai panduan hidup sedangkan umat Islam hari ini kehilangan arah tuju yang menyebabkan nafsu menjadi ikutan sehingga aqidahnya kabur, akhlaknya hancur dan semangat juangnya kendur.

            Sempena kedatangan tahun baru hijrah ini marilah kita sama berhijrah dari segi niat agar lebih dekat dengan apa yang dikehendaki oleh Allah disamping bertindak dengan lebih bersungguh dalam melaksanakan seluruh system Islam dalam kehidupan bermula daripada diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya dunia

قال الرسول e  : لا هِجْرَةَ بَعْدَ الفَتْحِ وَلكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ  – رواه البخاري

Maksudnya: Tiada lagi hijrah selepas pembukaan Kota Mekah tetapi yang ada hijrah pada jihad dan niat

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

            Ketika menyoroti peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w maka kita dapati bagaimana ia bukan berlaku secara tergesa-gesa dan mudah sebaliknya hijrah itu didahului dengan pelbagai perancangan dan strategi yang rapi terutama dalam membina umat Islam yang mantap aqidahnya serta bersedia untuk memperjuangkan Islam walau pun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Modal manusia yang dibina atas asas taqwa merupakan aset penting dalam membantu Rasulullah s.a.w ketika mendirikan Daulah Islamiah yang gemilang di Madinah.  Kegagalan melahirkan pemimpin dan umat yang  benar-benar kukuh aqidahnya, utuh budi pekertinya dan bersungguh dalam meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini menyebabkan umat Islam gagal mengembalikan kejayaan system Khilafah yang pernah menerajui dunia sebelum ini. Umat Islam yang tidak mampu melawan godaan dunia berbentuk politik wang dan juga cabaran yang lebih keras seperti undang-undang rimba ISA, buang kerja dan sebagainya sudah pasti tidak mampu mengembalikan kegemilangan Islam kerana mereka lebih rela menjadi hamba nafsu daripada mengorbankan segala kemampuan yang ada dalam melaksanakan arahan wahyu.

            Hijrah yang berjaya ialah hijrah yang berjaya menukarkan umat melarat kepada umat berdaulat, umat dihina kepada umat memimpin dunia, umat yang lemah bertukar menjadi gagah. Hijrah yang berjaya juga mengubah dunia daripada kongkongan jahiliah kepada keluasan Islam, daripada gelap kekufuran kepada terangnya iman, daripada kezaliman nafsu kepada keadilan wahyu. Umat yang mahu berjaya mesti berhijrah daripada mengikut hawa nafsu kepada tunduk dengan segala arahan wahyu tanpa rasa was-was dan ragu-ragu lagi.

قال الرسول e  : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ  – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Kedatangan tahun baru hijrah sepatutnya mengubah diri kita daripada terus tunduk kepada sistem ciptaan manusia dengan berhijrah kepada sistem Islam. Kita lihat bagaimana perundangan manusia telah gagal apabila masalah Hiv/AIDS menunjukkan peningkatan dengan Malaysia kini berada di tempat kelima di rantau Asia Pasifik. Begitu juga dengan laporan bagaimana 5000 orang gadis Melayu menjadi tukang urut di sekitar Lembah Klang sahaja. Kini timbul pula golongan terutamanya bukan Islam yang mendesak agar mahkamah syariah berada di bawah kehakiman sivil yang sekuler sebagaimana pada era penjajah selepas perebutan mayat pendaki gunung Everest baru-baru ini. Desakan ini begitu merbahaya terutama agama Islam bakal dikawal sepenuhnya oleh mahkamah sivil. Perundangan yang sedia ada sekarang pun sudah banyak menyekat kebebasan umat Islam untuk mengamalkan seluruh sistem Islam apatah lagi jika ia dipinda. Malah desakan itu turut meminta agar menghalalkan perkahwinan bukan Islam dengan orang Islam tanpa perlu terlebih dahulu memeluk Islam, memberi kebebasan untuk murtad dan membuang identiti agama daripada kad pengenalan di mana kesemua desakan ini akan meletakkan umat Islam dalam penuh kehinaan di negara majoriti umat Islam. Kita bertambah terkejut dan bimbang dengan kenyataan Mufti Besar Negeri Perak yang memberitahu kini terdapat hampir 250,000 umat Islam yang murtad di negara ini iaitu kira-kira 100,000 orang Islam Melayu yang telah masuk Kristian. Manakala, 100,000 orang lagi sedang membuat permohonan menunggu untuk murtad. Selebihnya termasuk mereka yang memohon untuk menukar nama Islam di dalam kad pengenalan kepada nama fahaman lain. Apa sudah jadi pada umat Islam negara ini akibat gagal berhijrah daripada undang-undang ciptaan manusia kepada undang-undang Allah. Bolehkah kita hidup tenang, tidur senang, makan kenyang bila memikirkan tentang kerosakan aqidah dan akhlak yang semakin hari semakin berat ini. Sudah sampai saat dan ketikanya, sudah tiba waktu dan masanya untuk kita berhijrah daripada sistem jahiliah kepada sistem Islam dalam mengembalikan kemuliaan dan kejayaan umat Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia dan akhirat

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Sempena hari Jumaat yang mulia dan berada pula pada tahun baru hijrah maka kita sebagai umat Islam yang bermaruah dan sayangkan Rasulullah s.a.w mengutuk sekeras-kerasnya tindakan akhbar Denmark diikuti dengan beberapa akhbar negara seperti Norway, Perancis, Jerman dan Itali serta tidak berkecuali sebuah akhbar di Sarawak dan akhbar edisi petang negara ini yang melakukan kerja biadap dengan menyiarkan karikatur yang menghina nabi Muhammad s.a.w atas alasan kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara ada batasannya. Kesabaran ada tahap dan caranya. Jangan cuba bermain api dengan umat Islam. Biar nyawa melayang namun kemuliaan nabi Muhammad s.a.w tetap dipertahankan. Biar darah tumpah ke bumi namun kita tidak akan biarkan nabi dimaki. Umat Islam ada maruah bukannya boleh dpermainkan sesuka hati. Tunjukkan kemarahan kita terhadap kebiadapan musuh Islam ini dengan penuh hikmat dan jangan sekali-kali kita merasa perkara ini adalah kecil. Kita ingat kepada pesan imam as-Syafie : Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya

Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :

والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصروا  أولئك هم المؤمنون حقا  لهم مغفرة ورزق كريم

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 5,733 other followers