Kecam Kalendar 2013 hina hukum Islam

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba untuk mengelirukan orang bukan Islam terhadap agama Islam dengan pengeluaran dan penerbitan kalendar 2013 yang cukup jelas menghina agama Islam iaitu hukum hudud.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, penerbitan kalendar 2013 di dalam dwibahasa, Cina dan Inggeris, ini secara jelas sebagai satu mesej untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud yang tidak ada kena mengena langsung dengan masyarakat bukan Islam.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan tindakan biadap ini adalah suatu tindakan bacul dan pengecut pihak-pihak yang pastinya mempunyai akal fikiran yang tidak waras.

“Tindakan ini juga sebagai satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di dalam negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, kata beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan biadap itu ditaja oleh parti perkauman Cina terbesar di Malaysia yang juga merupakan sekutu rapat kepada kerajaan yang memerintah Malaysia ini kerana selama inipun presiden parti tersebut cukup kuat memusuhi agama Islam dan hukum Islam.

Menruutnya, cukup jelas tindakan itu juga merupakan tindakan terdesak puak tersebut untuk meraih simpati masyarakat bukan Islam yang telah menolak mereka di dalam pilihanraya umum lalu.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini mendesak pihak polis dan jabatan agama dapat mengambil tindakan segera untuk melakukan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang cuba untuk mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama dengan isu ini,” ujarnya.

Tambahnya, Pemuda PAS Selangor turut mendesak dan menuntut supaya semua pihak yang bertanggungjawab di atas pembiayaan, penerbitan, pengeluaran dan pengedaran kalendar itu untuk tampil memohon maaf secara terbuka kerana menghina agama Islam dan menarik semula kalendar ini daripada pasaran

Bahaya Islam DiBenci Jahiliah DiCari

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 112 surah al-Nahlu :
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ
Maksudnya : Dan Allah memberikan suatu perbandingan sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang dilimpahkan rezeki yang mewah dari setiap tempat lalu penduduknya itu mengkufuri nikmat Allah itu. Maka Allah menimpakan mereka dengan kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang telah mereka lakukan.
Tahun 2010 bakal melabuh tirainya dengan seluruh dunia bakal menyambut ketibaan tahun baru Masihi 2011 mulai esok. Pelbagai upacara disiarkan melalui akhbar, radio dan tv sempena sambutan tahun baru Masihi yang jauh lebih meriah termasuk bagi umat Islam sendiri berbanding sambutan tahun baru 1432H pada 3 minggu lepas. Keadaan sambutan dan pengisian yang jauh berbeza bagaikan ada jurang pemisah yang begitu jauh antara kedua-dua kalendar sedangkan keduanya berasaskan peredaran masa yang sepastinya diatur oleh Allah iaitu kalendar Masihi berdasarkan peredaran matahari manakala tawim hijrah pula berdasarkan peredaran bulan. Begitu juga kedua-dua kalendar ini dikaitkan dengan 2 orang rasul Ulul ‘Azmi iaitu kalendar Masihi berdasarkan tahun kelahiran nabi Isa a.s manakala taqwim Hijrah berdasarkan hijrah nabi Muhammad s.a.w. Malangnya ketika menyambut tahun baru Masihi ajaran dan teladan yang pernah disampaikan oleh nabi Isa a.s ditolak ketepi sebaliknya syaitan dipuja, hawa nafsu dijadikan raja yang menyebabkan sebarang sambutan tahun baru Masihi dipenuhi dengan program maksiat yang dihampar dengan permaidani merah oleh pemimpin sendiri. Program yang menambahkan lagi masalah sosial ini bagaikan pil khayal yang digunakan oleh pemimpin supaya rakyat lupa kepada masalah jenayah yang meningkat, kenaikan harga minyak dan barangan keperluan, rasuah, pecah amanah dan seribu keburukan yang lain yang melanda negara. Pasukan keselamatan pula setia berkhidmat dalam memastikan kelancaran program menderhaka kepada Allah berbanding menggunakan kekerasan dalam menyuraikan sebarang perhimpunan rakyat yang bangkit menegur kezaliman pemimpin. Teguran dan cadangan agar sambutan tahun baru diubah kepada perkara yang lebih berfaedah tidak dihirau kecuali datangnya bala besar daripada Allah seperti Tsunami dan banjir besar sebelum ini. Bila pemimpin ditegur tidak diendah, dinasihat ditolak mentah-mentah maka tiada cara lain kecuali pemimpin itu sendiri yang mesti ditukar dan diubah kepada pemimpin yang bertaqwa kepada Allah untuk mencapai negara berkat bukan lagi penyubur maksiat yang menempah laknat

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Bertukarnya tahun maka semakin meningkat juga usia kita yang mengingatkan kita tentang semakin hampirnya kita pada saat kematian. Keadaan bumi juga semakin uzur dan tenat bagaikan tidak tertanggung dengan maksiat manusia dalam melakukan kerosakan atas permukaannya. Gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, ribut, banjir besar, salji lebat yang menimpa dunia hari ini antara petanda besar bahawa kita sudah kesuntukan masa untuk berehat daripada taubat, terus melengahkan amal ibadat, menangguh masa untuk menambah bekalan akhirat. Orang yang bijak ialah yang sentiasa beramal bagi kebahagiaan hidup sesudah mati manakala orang bodoh ialah yang terus berseronok dengan maksiat tetapi berangan-angan untuk masuk Syurga. Tahun baru bukan tahun untuk memulakan angan-angan panjang sebaliknya menuntut perubahan pada cara berfikir, cara bergerak ke arah yang lebih baik bukan berundur ke belakang kepada cara hidup yang lebih buruk. Rebutlah peluang sebelum ia hilang, gunalah waktu sebelum ia berlalu. Gunalah peluang masa sihat sebelum sakit, masa senang sebelum susah, masa kaya sebelum papa, masa lapang sebelum kesuntukan masa dan masa hidup sebelum datangnya saat kematian. Renungilah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi :
قال االرسول  : بَاِدُرْوا بِالأعْمَاِل سَبْعًا هَلْ تَنْتَظِرُوْنَ إِلا فَقْرًا مُنْسِيًا أَوْ غِنًى مُطْغِيًا أَوْ مَرَضًا مُفْسِدًا أَوْ هَرَمًا مُفْنِدًا أَوْ مَوْتًا مُجْهِزًا أَوِ الدَّجَّالَ فَشَرُّ غَائِبٍ يُنْتَظَرُ أَوِ السَّاعَة َفَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَرُّ
Maksudnya : Bersegeralah kamu melakukan amalan kebaikan sebelum menemui 7 perkara. Kamu sebenarnya tidak menanti melainkan tibanya [1] kefakiran yang melalaikan [2] kekayaan yang menyebabkan kezaliman [3] sakit yang merosakkan badan [4] usia tua yang menggagapkan percakapan [5] kematian yang melenyapkan segala sesuatu [6] munculnya dajjal maka ia adalah sejahat-jahat makhluk ghaib yang ditunggu-tunggu atau [7] tibanya hari qiamat maka hari qiamat itu adalah lebih dahsyat dan lebih pahit lagi

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Berlalunya tahun 2010 dengan pelbagai berita dan peristiwa sama ada suka atau duka, gembira atau kecewa, bahagia atau derita. Negara kita sendiri dihujani dengan pelbagai kisah tersendiri seperti pembuangan bayi, pembunuhan, kemalangan maut, pelbagai jenayah, kenaikan kos sara hidup dan sebagainya. Kegagalan dalam membina Ketuanan Islam dalam cara hidup menyebabkan umat Islam sendiri meragui tentang kehebatan dan keadilan sistem Islam. Akhirnya apa sahaja yang datang atas nama Islam dilihat sebagai lemah dan mundur sedangkan apa sahaja yang datang daripada barat dilihat sebagai hebat dan maju walau pun jelas merosakkan dan berbahaya. Ini disebabkan kecetekan ilmu akibat ilmu agama diketepikan sehingga umat Islam terkial-kial mencari sistem yang bercanggah dengan Islam dalam menangani masalah negara. Apa yang mereka dapat ialah kegagalan demi kegagalan, kerugian demi kerugian, kemusnahan demi kemusnahan tetapi semuanya tidak dihirau asalkan sistem Islam terus diketepikan. Islam yang terbukti telah berjaya membina tamadun kebendaan dan kemanusiaan yang hebat ditolak mentah-mentah manakala tamadun barat yang lebih berjaya hanya dari segi kebendaan semata-mata diterima bulat-bulat tanpa sanggahan. Ingatlah suatu peringatan daripada Sayyidina Umar al-Khottab : “Kekuatan, kemuliaan dan keagungan Islam akan terhakis satu demi satu jika masih terdapat di kalangan umat Islam, orang Islam yang tidak kenal apa erti jahiliah”.
Contohnya bila bercakap tentang masalah pembuangan bayi maka cara pendidikan seks ala barat yang menghalalkan zina diterima sedangkan pendidikan Islam diketepikan. Apatah lagi masalah hukum Islam yang lain
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sebelum melabuh tirai 2010 maka kaca tv, corong radio dan dada akhbar menyiarkan masalah ramai pelajar IPT yang terus gagal membayar hutang pengajian. Inilah antara perkara besar yang pernah disuarakan puluhan tahun lalu apabila kerajaan mahu menswastakan sistem pendidikan maka akan lahirnya manusia berhutang di mana pusat pendidikan tidak lagi menjadi tempat melahirkan manusia yang sedia berkhidmat tanpa rasa terikat dengan bebanan hutang sebaliknya menjadi tempat memproses robot-robot yang hidup mengikut kehendak pasaran semasa untuk bekerja siang malam untuk menjelaskan hutang. Malah kita turut dikejutkan dengan pendedahan adanya pelajar universiti yang terlibat dengan kerja haram dan tidak bermaruah iaitu sebagai pelacur yang dibimbangi alasannya untuk membayar hutang pengajian selain hidup mewah tanpa mengira halal dan haram. inilah natijahnya sistem pendidikan negara yang berorientasikan kepada peperiksaan dan pasaran kerja tanpa mengambil berat ajaran agama yang menyebabkan fenomena pelacuran ini akan berterusan. Peraturan universiti lebih banyak menyekat mahasiswa daripada berpolitik berbanding menangani masalah sosial di universiti yang kadang-kadang menjadi pusat pergaulan bebas yang berlesen
Negara juga dikejutkan dengan pengakuan seorang gay berbangsa Melayu dan beragama Islam yang begitu berani mengaku beliau adalah gay. Beliau juga meminta agar budaya homoseks, lesbian perlu diberi hak sama rata seperti manusia biasa di mana ia disokong oleh golongan berpengaruh dalam negara sedangkan golongan penerus amalan laknat kaum nabi Luth ini ialah golongan berpenyakit parah yang telah lari dari fitrah kejadian manusia yang diciptakan oleh Allah swt. Ini susulan daripada sikap lunak pemimpin negara yang menjemput artis gay dan membenarkan filem gay untuk ditayangkan di samping suburnya pusat perniagaan gay. Kita bimbang budaya kaum nabi Luth semakin subur dalam negara jika ia tidak dibanteras secara bijak dan bersungguh. Tidak cukup lagikah dengan bala berbentuk penyakit Aids, siplis dan penyakit kelamin yang lain. Jangan ulangi kutukan Allah terhadap kaum nabi Luth yang dihancurkan dengan dibutakan mata lalu diterbalik bumi ditambah turunnya azab dari langit sehingga dapat dilihat kesannya sehingga hari ini di Laut Mati, Jordan. Cegah sebelum parah, sekat sebelum melarat, bertindak sebelum merebak.
Firman Allah dalam ayat 80-84 surah al-A’raaf :
وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ وَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَنْ قَالُوا أَخْرِجُوهُمْ مِنْ قَرْيَتِكُمْ ۖ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ فَأَنْجَيْنَاهُ وَأَهْلَهُ إِلَّا امْرَأَتَهُ كَانَتْ مِنَ الْغَابِرِينَ وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ مَطَرًا ۖ فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ
Maksudnya : Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri”. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Audio 51 – Qiamat DiYakini Yahudi DiPerangi

Halaqah Kitab Muslimin 2013 (Lepasan SPM/STAM/STPM dan umum)

Istimewa bagi lepasan SPM/STAM/STPM dan umum (60 orang peserta lelaki sahaja)

Tarikh : 5 – 19 Januari 2013 ( 2 minggu )

Tarikh tutup pendaftaran bila peserta telah mencukupi had iaitu 60 orang.

Tempah dan sahkan pendaftaran melalui telefon/ sms

Syarat & Yuran Penyertaan

  • Pelajar lelaki berumur 16 tahun ke atas  (terhad 60 orang sahaja)
  • RM 250 sahaja (meliputi bahan kursus, penginapan dan makan minum)

 

Tarikh & Masa Daftar Diri

5 Januari 2013  (Sabtu) jam 2.30  – 3.15 petang

Tempat Program

Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh,

16150, Kota Bharu, Kelantan

Pengisian

  • Pengajian kitab pilihan Hidayah Sibyan (Tauhid, Feqah dan Tasawwuf)
  • Risalah Masbuk & Muafiq Dalam Solat
  • Kitab Pelita Penuntut
  • Tazkirah dan ceramah motivasi
  • Kursus jenazah lengkap
  • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
  • Hafalan surah-surah pilihan
  • Tadarrus al-Quran
  • Latihan amali fardhu ‘Ain
Keperluan Yang perlu dibawa

Pakaian harian (kain pelikat, baju Melayu atau kemaja lengan panjang)  & pakaian solat (diwajibkan bawa jubah dan serban), bantal , selimut, cadar tilam , alat tulis

Sila hubungi :

019- 9388902(Ust. Shairazi )

Blog : albakriah.wordpress.com

Web : www.al-bakriah.com.my

Pengajian Intensif Muslimat 2013 (Lepasan SPM/STAM/STPM dan umum)

Istimewa bagi lepasan SPM/STAM/STPM dan umum ( 40 orang peserta muslimat sahaja)

Tarikh

12 – 26 Januari 2013 ( 2 minggu )

Tarikh Tutup Daftar :

Bila Cukup Bilangan Yang diTetapkan iaitu 40 orang sahaja

(Tempah dan Sahkan pendaftaran melalui telefon / sms)

Syarat & Yuran Penyertaan

  • Pelajar perempuan berumur 16 tahun ke atas (terhad 40 orang sahaja)
  • RM 250 sahaja (meliputi bahan kursus, penginapan dan makan minum)

Tarikh & Masa Lapor Diri (setelah sah daftar melalui email atau sms)

12 Januari 2013  (Sabtu) jam 2.30 – 3.15 ptg

Tempat Program

Madrasah Fununiah Tunjuniah, Pondok Tunjung,

KM7, Jln Kuala Krai,

16210 Mulong, Kota Bharu, Kelantan

Pengisian

  • Pengajian kitab pilihan Hidayah Sibyan (Tauhid, Feqah dan Tasawwuf)
  • Bab haidh dan Nifas
  • Tazkirah dan ceramah motivasi
  • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
  • Hafalan surah-surah pilihan
  • Tadarrus al-Quran
  • Latihan amali fardhu ‘Ain
Keperluan Yang perlu dibawa

Pakaian harian (sebaiknya jubah dan tudung labuh ) & pakaian solat , bantal , selimut, cadar tilam , alat tulis

Hubungi :

Tel: 09-7126708 (P) / 016-9381870 (Ust. Azmi)-Pondok Tunjung

Blog : epondok.wordpress.com

Qiamat DiYakini Yahudi DiPerangi

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 187 surah al-A’araf:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْ‌سَاهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَ‌بِّي ۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ۚ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ ۚ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً ۗ يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّـهِ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ‌ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

Bulan Muharram telah berada dipenghujungnya yang mengingatkan kita bahawa telah sebulan kita sama-sama berada pada tahun baru 1434H manakala tahun baru Masihi bakal datang tidak lama lagi. Perjalanan masa yang begitu pantas sepatutnya mengetuk hati kita untuk sama-sama bermuhasabah menghitung diri tentang persiapan bekalan akhirat kita dan usaha dalam memohon keampunan daripada Allah atas segala dosa yang dilakukan. Beradanya kita pada bulan Disember turut menghangatkan kembali tentang ramalan Qiamat mengikut kepercayaan Kalendar kaum Mayan yang dijangka berlaku pada hari Jumaat depan 21 Disember disamping ramalan berlakunya fenomena alam yang menyebabkan bumi bakal bergelap selama 3 hari pada 23 hingga 25 Disember ini yang turut cuba dikaitkan dengan tarikh Qiamat. Kita sebagai umat yang beriman kepada Allah dan hari Qiamat sewajibnya tidak merasa panik dan takut dengan ramalan ini kerana kita yakin bahawa tarikh Qiamat yang sebenar hanya diketahui oleh Allah. Sebaliknya kita mesti berebut-rebut untuk menambahkan bekalan akhirat bukannya sibuk mencari tarikh Qiamat kerana banyak tanda-tanda Qiamat samada besar atau kecil telah berlaku pada zaman kita. Ikutlah arahan Allah dan rasulNya dalam berdepan dengan Qiamat dan jauhi segala larangannya serta jangan termasuk dalam golongan yang menjadi tanda Qiamat iaitu pemimpin yang khianat, anak yang derhaka ibubapa, peniaga yang menipu dan sebagainya. Jadikan nabi s.a.w sebagai ikutan dan orang soleh sebagai teman agar kita dibangkitkan di akhirat nanti bersama dengan mereka.

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ السَّاعَةِ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا قَالَ لَا شَيْءَ إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ قَالَ أَنَسٌ فَمَا فَرِحْنَا بِشَيْءٍ فَرَحَنَا بِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ قَالَ أَنَسٌ فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي إِيَّاهُمْ وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ ( رواه البخاري ومسلم (

Maksudnya : Anas bin Malik berkata bahawa ada seorang arab badwi bertanya : “Bilakah berlakunya Kiamat?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Apakah persiapan engkau untuk menghadapinya?” Lelaki itu menjawab, “Tiada sesuatu amalan pun kecuali aku mencintai Allah dan RasulNya.” Rasulullah s.a.w bersabda, “Engkau akan tetap bersama orang yang engkau cintai. Anas telah berkata : Maka tiada apa yang lebih menggembirakan kami dengan suatu yang diucapkan oleh nabi iaitu engkau akan tetap bersama orang yang kamu cintai. Seterusnya Anas berkata : Maka aku mencintai nabi s.a.w, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan aku berharap agar dapat bersama-sama mereka semata-mata perasaan cinta terhadap mereka walaupun aku tidak beramal sebagaimana amalan mereka

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam Surah Yaasin ayat 48-49:

وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا الْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٤٨﴾ مَا يَنظُرُ‌ونَ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ

Maksudnya : Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”, Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).

Kita jangan menjadi umat yang sibuk mencari tarikh Qiamat dan hanya melihat sahaja tanda-tanda Qiamat berlaku di depan mata tanpa mengambil iktibar apatah lagi berlumba-lumba untuk menambah bekalan akhirat disamping menjauhi larangan Allah. Kedahsyatan tentang Qiamat banyak disebut dalam al-Quran dan hadis nabi antaranya pekikan kuat yang menyebabkan semua hancur musnah. Ibnu Jarir meriwayatkan daripada Ibnu Umar yang berkata: “Sebenarnya sangkakala akan ditiup ketika manusia berada di jalan, majlis-majlis dan pasar-pasar. Ketika itu sehelai kain masih berada di tangan dua orang yang sedang tawar-menawar, tiba-tiba mereka terkejut.” Ibnu Kathir berkata: “Mereka tidak menunggu kecuali satu teriakan sahaja. Ketika ditiupkan sangkakala, manusia masih lagi bertengkar, tawar-menawar di pasar-pasar. Malaikat Israfil diperintahkan Allah SWT meniup dengan kuat dan berterusan, tidak satu makhluk yang terkecuali mendengarnya lantas semuanya dibangkitkan dan berkumpul di hari kiamat.”

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Qiamat akan berlaku ketika dua orang masih merentang sehelai kain dalam proses tawar-menawar hingga kedua-duanya tidak sempat lagi meneruskan urusan jual belinya, apatah lagi melipat semula kainnya itu.

Qiamat juga akan berlaku ketika seseorang baru menyimen kolahnya sebelum sempat mengisi air di dalamnya, seseorang membawa susu kambingnya tanpa sempat meminumnya, seseorang baru menyuap makanan ke dalam mulutnya sebelum sempat dia mengunyahnya. Ketika itu mereka tidak lagi berpeluang membuat pesanan wasiat kepada seseorang di kalangan ahli keluarganya. Begitu juga dengan seseorang yang berpisah dengan keluarga tidak sempat lagi untuk berkumpul semula. Pekikan itu datang dengan mendadak sehingga mereka akan mati kelaparan di mana sahaja ketika itu. Marilah sama-sama kita menginsafi betapa kerdilnya kita yang akan melalui peringkat perjalanan yang jauh, bermula daripada kehidupan dunia menuju ke alam kubur seterusnya dibangkitkan menjadi hamba Allah yang perlu taat dan patuh kepada perintah-Nya. Ini kerana kebahagiaan yang hakiki ialah apabila seseorang selamat dari neraka Allah dan dapat menghuni syurga-Nya

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ ، فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ : يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ ، إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ

Maksudnya : Tidak berlaku qiamat sehingga orang Islam memerangi kaum yahudi maka mereka akan diperangi oleh orang Islam sehingga yahudi akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok lalu berkatalah batu atau pokok :Wahai orang Islam Wahai hamba Allah! ini dia yahudi dibelakangku maka datanglah dan bunuhlah dia melainkan pokok gharqad maka sesungguhnya ia merupakan pokok yahudi.

Antara tanda qiamat juga apabila para pejuang Islam akan memerangi yahudi habis-habisan sehingga musuh terpaksa sembunyi di sebalik pokok dan batu di mana batu dan pokok turut memberitahu tentang kedudukan musuh untuk dibunuh oleh umat Islam. Keyakinan yang diberitahu oleh nabi s.a.w ini pasti berlaku bukan dengan hanya menunggu sebagai penonton sebaliknya meneruskan perjuangan dan memberi sokongan kepada perjuangan umat Islam di bumi Palestin. Kita begitu kecewa bila ada orang yang mendakwa bahawa tidak berlaku jihad di bumi Palestin hari ini kerana jumlah pejuang Islam sedikit dan keadaan senjata yang lemah. Orang ini juga meminta agar umat Islam Palestin berhijrah sebagaimana hijrah nabi s.a.w dengan menyerahkan secara percuma bumi Isra’ dan Masjid Aqsa kepada zionis yahudi. Ingatlah kita bagaimana pertempuran dengan kafir termasuk zaman nabi s.a.w membuktikan bagaimana bilangan sedikit bukan penghalang besar kepada kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Malah kita ingat dalam Peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun 8H antara tentera Islam berjumlah 3 ribu orang sahaja berdepan dengan tentera Rom seramai 200 ribu orang sehingga ramai di kalangan tentera Islam telah mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah S.A.W mengenai perkara ini tetapi panglima perang iaitu Abdullah bin Rawahah dengan tegas bangun menyatakan : Demi Allah! Adakah kita benci kepada sebab keluarnya kita ke sini iaitu memburu syahid.Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan kekuatan dan bukan kerana bilangan tetapi kerana agama Islam yang telah Allah memuliakan kita dengannya. Maka maralah kamu sesungguhnya salah satu daripada 2 kebaikan akan kamu perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama keredhaan Allah.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 65 surah al-Anfal:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّ‌ضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُ‌ونَ صَابِرُ‌ونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ

Maksudnya: Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.

Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia, di rumah Allah yang mulia marilah kita terus mengecam dan mengutuk kekejaman zionis Yahudi dan sekutunya dalam membunuh dan menindas umat Islam di bumi Palestin. Perbanyakkan doa kepada Allah dalam menghancurkan musuh dan memberikan kemengan yang besar kepada pejuang Islam disamping hulurkan bantuan berbentuk kewangan dan sebagainya. Kita juga mesti berusaha dalam memboikot syarikat yang jelas memberi sumbangan besar kepada zionis yahudi seperti Coca-cola, McDonald’s agar dapat memberi tekanan supaya mereka menghentikan bantuan kepada kezaliman yahudi Israel. Kita berasa kecewa apabila ramai yang bukan sahaja makan makanan segera ini malah melekatkan logo di kenderaan dengan penuh bangga. Dunia telah menyaksikan bagaimana boikot telah menyebabkan banyak syarikat dan barangan yang sebelum ini memberi sumbangan kepada zionis yahudi dalam membunuh umat Islam dan meruntuhkan Masjid Aqsa telah menarik balik sokongan dan sumbangan. Amerika Syarikat sendiri terpaksa membuat undang-undang bagi mendenda syarikat yang memboikot Israel kerana bimbang sekutunya akan lenyap dari muka bumi. Bangkitlah wahai umat Islam. Jangan terus membiarkan saudara kita menangis hiba ketika kita bergelak ketawa, saudara kita memekik kesakitan ketika kita menjerit kegembiraan. Berambus berambus wahai Yahudi! Tentera nabi Muhammad akan kembali untuk memerdeka bumi Palestin dan Masjid Aqsa yang tercinta

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

5. SYAHID SAYYIDINA UMAR AL-KHOTTAB

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  Janganlah  kita  hanya  tahu  mendengar  sahaja  perkataan  taqwa  serta  menyebutnya  sedangkan  ia  tidak  menyerap  ke dalam  sanubari  kita . Hitunglah  diri kita  setiap  masa  samada  semakin  hampir  kepada  Allah atau  sebaliknya.  Adakah  amalan  soleh  kita  semakin  meningkat  atau pun  menurun….

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 78 surah an-Nisa’

أينما تكونوا يدرككم الموت ولو كنتم في بروج مشيدة  وإن تصبهم حسنة يقولوا هذه من عند الله وإن تصبهم  سيئة يقولوا من عندك  .  قل كا من عند الله فمال هؤلأ القوم لايكادون يفقهون حديثا ,

Maksudnya : Di mana jua kamu berada, kematian pasti akan datang kepadamu sekali pun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan jika mereka beroleh kebaikan mereka berkata : “Ini adalah dari sisi Allah”. Dan jika mereka ditimpa bencana, mereka akan berkata :” Ini adalah dari (sesuatu yang nahas) yang ada padamu”. Katakanlah (Wahai Muhammad) :” Semuanya itu adalah dari sisi Allah”. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan(nasihat dan pengajaran.

Pada hari ini kita akan mengambil iktibar daripada kisah yang menyayat hati yang telah berlaku kepada Sayyina Umar al-Khottab. Sayyidina Umar al-Khattob iaitu khalifah yang kedua daripada khulafa’ ar-rashidin. Beliau juga merupakan khalifah ar-rashid yang pertama gugur syahid(akhirat) akibat pembunuhan yang dilakukan oleh orang yang menjadi musuh dalam selimut kepada umat Islam. Sebagaimana kita semua maklum bahawa daripada kalangan Khalifah ar-Rasyidin yang empat itu hanya Sayyidina Abu Bakar Sahaja yang wafat kerana tua manakala mereka yang lain wafat kerana dibunuh oleh musuh. Sayyidina Umar semasa hidupnya samada sebelum memeluk Islam mahu pun selepasnya begitu terkenal dengan keberaniannya. Keberanian beliau diketahui oleh kawan dan lawan dan sebagai contohnya bagaimana semasa mahu berhijrah ke Madinah Munawwarah, beliau secara terang-terang memberitahu tentang penghijrahannya kepada kafir Quraisy yang berada di kawasan Ka’bah pada masa itu. Dengan pedang terhunus beliau menyeru : ” Wahai kafir Quraisy! aku ingin berhijrah ke Madinah. Sesiapa yang ingin melihat isterinya menjadi janda dan anaknya menjadi yatim maka cubalah sekat penghijrahan Umar ini”.

        Pada zaman pemerintahan Umar juga, kita dapat lihat lebih luasnya penyebaran Islam dan juga pembukaan negara-negara Islam yang baru. Antara yang paling masyhur ialah apabila tentera Islam mampu membebaskan qiblat umat Islam yang pertama iaitu Masjid Aqsa di Palestin pada zamannya. Banyak lagi jasa yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang hayatnya dan kehilangan beliau sukar dicari ganti. Kita juga menyaksikan bagaimana pada zaman beliau menjadi khalifahlah bermulanya penggunaan taqwim Islam berdasarkan peristiwa hijraturrasul S.A.W.

         

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Beberapa hari sebelum terjadinya peristiwa yang menyayat hati ini, Abu Lu’luah seorang Majusi telah bertemu dengan beliau dan mengadu mengenai jumlah kharaj yang dikenakan ke atasnya untuk dijelaskan kepada tuannya iaitu Mughirah bin Syu’bah agak tinggi. Kadar jumlah yang terpaksa dibayar ialah 4 dirham setiap hari yang mana Sayyidina Umar yang mendengar pengaduan ini mengatakan bahawa jumlah itu agak bersesuaian dan tidak terlalu membebankan. Ini berdasarkan kepada pendapatnya hasil daripada beberapa kerja yang dilakukan. Sebenarnya Sayyidina Umar memang boleh mempertimbangkan rayuannya itu sebagaimana beliau berbuat demikian dengan mereka yang lain tetapi beliau tetap dengan pendiriannya bahawa kadar yang dikenakan tidak membebankan Abu Lu’luah. Apabila rayuannya itu tidak diterima oleh Sayyidina Umar maka dia terus berlalu dari situ dalam keadaan marah dan penuh perasaan dendam. Dia berniat dalam hati untuk membunuh Sayyidina Umar dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakan niat jahatnya itu.

          Akhirnya Sayyidina Umar mendapat berita mengenai niat jahat yang ingin dilakukan oleh Abu Lu’luah terhadap beliau. Beliau meminta pandangan Sayyidina Ali mengenai perkara ini lalu Sayyidina Ali berkata : “Adakah perlu kami mengawal engkau wahai Amirul Mukminin?”. Jawab Sayyidina Umar dengan tegas : “Cukuplah Allah sebagai pengawal”. Beliau tidak melantik pengawal khas bagi mengawal beliau daripada sebarang kemungkinan yang akan berlaku kerana beliau bimbang tindakan ini akan diikuti oleh khalifah selepas beliau nanti. Jika perkara ini berlaku akan menyebabkan orang yang dizalimi tidak lagi mampu menemui khalifah bagi mengadu sebarang masalah dengan mudah dan tidak payah melepasi pengawal terlebih dahulu.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Pada suatu hari ketika Sayyidina Umar bersama para sahabat yang lain ingin mendirikan solat Subuh, Abu Lu’luah turut sama masuk ke masjid dan berada dicelah-celah para sahabat yang lain. Dia membawa pisau yang bermata dua dan terus mara menuju ke arah Sayyidina Umar. Apabila telah hampir maka dia terus meluru ke arah Sayyidina Umar lalu menikamnya sebanyak enam tikaman yang mana antara sala satunya terkena dibahagian perut Sayyidina Umar. Tikaman di bahagian perut inilah yang menyebabkan Sayyidina Umar gugur syahid. Setelah menikam Sayyidina Umar, Abu Lu’luah cuba lari tetapi ditahan oleh para sahabat yang lain. Apabila ditahan menyebabkan dia terus menggunakan pisaunya untuk menikam mereka yang cuba menangkapnya. Ini menyebabkan sebelas atau tiga belas orang sahabat gugur syahid dan yang lain ramai yang luka. Namun begitu para sahabat cuba juga untuk manangkap penjenayah yang kejam itu dan akhirnya Abdullah bin ‘Auf az-Zuhri berjaya memegang bajunya dan terus menariknya sehingga dia rebah di atas lantai. Melihat dirinya telah terkepong dan tertangkap maka dia terus membunuh dirinya sendiri dengan menggunakan pisau ditangannya. Selepas itu Abdullah bin ‘Auf  terus memenggalkan kepala penjenayah itu.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian

Berbalik kepada keadaan Sayyidina Umar di mana beliau terus rebah setelah ditikam. Para muslimin yang berada di situ terus memangku beliau dalam keadaan penuh kebimbangan. Beliau menyeru :” Adalah di kalangan kamu ini Abdul Rahman bin ‘Auf?”. Para muslimin menyahut : ” Ya! ada wahai Amirul Mukminin”. Beliau berkata :”Katakanlah kepadanya agar mengimamkan para muslimin dalam menunaikan solat Subuh!. Ia merupakan solat fardhu yang diwajibkan ketika ini”. Inilah dia Sayyidina Umar yang begitu mementingkan kewajipan terhadap Allah daripada dirinya sendiri yang sedang berada dalam keadaan parah ketika itu.

          Lalu Abdul Rahman bin ‘Auf mengimamkan para muslimin dalam solat Subuh pada pagi itu. Manakala Abdullah bin Abbas bersama beberapa orang muslimin yang lain sibuk menguruskan Sayyidina Umar sehinggalah beliau diusung masuk ke rumahnya dan beliau ketika itu berada dalam keadaan koma tidak sedarkan diri. Setelah pagi telah meninggi maka beliau yang telah sedar daripada koma terus bertanya kepada para muslimin dikelilingnya : Adakah para muslimin telah mendirikan solat?”. Jawab Ibnu Abbas :” Ya!”. Kata Sayyidina Umar :” Tidak Islam bagi orang yang meninggal solat”. Selepas itu beliau terus berwudhu’ dan solat.

Setelah selesai solat beliau terus berkata :” Wahai Abdullah bin Abbas! keluar dan tanya tentang siapakah yang cuba membunuhku?. Abdullah bin Abbas terus keluar dari rumah Sayyidina Umar dan bertanya mereka yang ditemuinya : ” Siapakah yang menikam Amirul Mukminin?”. Mereka memberitahu bahawa Abu Lu’luah yang telah melakukan perbuatan yang kejam itu terhadap Sayyidina Umar. Mendengar jawapan itu, lalu Abdullah bin Abbas terus kembali semula kepada Sayyidina Umar dan memberitahu beliau tentang orang yang menikamnya. Mendengar jawapan itu maka Sayyidina Umar terus berkata : ” Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah yang mana tidak menjadikan orang yang menikamku sebagai orang yang akan mendakwaku di hadapan Allah nanti dengan tempat sujud yang disujudnya bagiNya sahaja”. Maksud kata-kata beliau ialah beliau berasa lega kerana orang yang menikamnya bukan daripada kalangan muslim yang tidak berpuas hati dengannya.

          Beliau memanggil ahli perubatan pada masa itu yang mana ramai daripada kalangan mereka yang berada di Madinah datang untuk merawatnya. Mereka menyatakan bahawa kecederaan yang dihadapi oleh Sayyidina Umar agak parah dan tidak mampu dirawat lagi. Mendengar kata-kata ahli perubatan itu maka para muslimin berasa begitu sedih dan menangis  kerana tidak lama lagi mereka akan berpisah dengan pemimpin yang adil dan tegas itu. Mendengar tangisan itu lalu Sayyidian Umar  terus menegahnya. Ketika beliau meminum susu maka beliau dapat melihat bagaimana air susu yang putih itu keluar daripada kesan lukanya. Beliau merasa sudah sampai masanya untuk menemui Allah Tuhan Penciptanya. Beliau memandang kepada muslimin sekelilingnya lalu berpesan agar mereka bertaqwa kepada Allah dan mendirikan solat serta bersikap adil kepada rakyat.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dalam keadaan yang sugul itu para muslimin mencadangkan agar beliau menentukan khalifah selepasnya. Beliau menjawab kepada mereka :” Aku tidak akan membuatnya maka sesungguhnya orang yang lebih mulia daripadaku telah meninggalkan urusan ini(pemilihan) kepada muslimin maka Rasulullah S.A.W sendiri meninggalkan urusan ini. Sekiranya aku membuat pemilihan maka aku akan memilih orang yang lebih baik daripadaku iaitu Sayyidina Abu Bakar. Jika Abu Ubaidah bin Jarrah masih hidup(di mana beliau telah gugur syahid dalam peperangan Mu’tah) nescaya aku akan melantiknya.Jika  Salim maula Abu Huzaifah masih hidup nescaya aku akan melantiknya”. Kemudian beliau memanggil Abdul Rahman bin ‘Auf lalu berkata :”Aku mahu memberi sumpah setia kepadamu”.

      Mendengar kata-kata Sayyidina Umar itu lalu Abdullah bin ‘Auf bertanya :” Adakah engkau telah bermesyuarat dalam perkara ini?. Jawab beliau :”Demi Allah aku belum lagi berbuat demikian”. Kata Abdul Rahman bin ‘Auf :”Demi Allah aku tidak masuk campur dalam masalah ini selama-lamanya”. Perintah beliau :” Carilah kata putus sehingga aku boleh melantik daripada kalangan mereka yang telah dipilih oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda redha dengan mereka”. Abdul Rahman bin ‘Auf terus memanggil Sayyidina Ali, Sayyidina Uthman, Zubair bin al-Awwam dan Sa’ad bin al-Waqas. Dia berkata:” Tunggulah kehadiran saudaramu Talhah yang mana dia sekarang berada di luar Madinah dan jika tidak maka laksanakan urusan kamu”. Dari sini kita dapat fahami bahawa masalah kepimpinan ini merupakan perkara yang besar dan tidak boleh dipandang ringan. Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan ini terlibat secara langsung dengan masalah agama bukannya sebagaimana dakwaan sesat golongan sekular bahawa agama suku politik suku. Jika benar dakwaan mereka mengapa masalah ini ditekankan oleh muslimin dan juga Sayyidina Umar yang berada dalam  keadaan tenat ketika itu.Kita juga dapat menyaksikan bagaimana cara pemilihan seseorang khalifah itu tidak ditetapkan oleh syarak. Oleh itu setiap cara boleh diguna selagimana tidak bercanggah dengan syarak dan tidak menggugat pelaksanaan Islam secara menyeluruh bukannya secara juzu’ tertentu sahaja dengan menafikan juzu’ yang lain

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian

Subuh hari pertama bulan Muharram tahun 22 hijrah menyaksikan kesyahduan suasana apabila Sayyidina Umar menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia 63 tahun iaitu sama dengan umur Rasulullah S.A.W dan Sayyidina Abu Bakar ketika kewafatan keduanya. Selepas jenazah beliau selesai diurus maka Suhaib ar-Rumi telah mengimamkan para muslimin dalam menyembahyangkan jasad yang mulia ini. Beliau dikebumikan dalam bilik Sayyidatina ‘Aisyah selepas mendapat keizinannya. Maqam beliau berada berhampiran maqam Rasulullah S.A.W dan Sayyidina Abu Bakar. Pada hari itu juga para ahli majlis Syura telah bermesyuarat dan sebulat suara melantik Sayyidina Uthman bin al-’Affan sebagai khalifah ar-rashid yang ketiga menggantikan Sayyidina Umar al-Khattob al-Faruq sebagai pemimpin Daulah Islamiah.

Firman Allah dalam ayat 10 dan 11 surah al-Munafiqun :

وأنفقوا من ما رزقناكم من قبل أن يأتي أحدكم الموت فيقول رب لولآ أخرتني  إلى  أجل قريب فأصدق وأكن من الصالحين . ولن يؤخر الله نفسا إذا جاء أجلها والله خبير بما تعملون .

Maksudnya : dan belanjakanlah sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada kamu sebelum sampainya ajal maut kepada seseorang daripadamu. (jika tidak) maka dia akan  merayu-rayu dengan katanya :” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau tangguhkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang-orang yang soleh.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Masjid Khas untuk Kaum Gay di Perancis dikecam

Oleh Halimislam.com
Perancis – Pembukaan masjid yang ditujukan untuk kaum homoseksual di Perancis mengundang kecaman dari masyarakat Muslim kerana menjalankan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam yang benar.”Ini merupakan penyalahgunaan definisi masjid,” kata Dalil Boubakeur, pimpinan Masjid Grande atau masjid Raya di Paris, FRANCE 24 melaporkan sebagaimana disiarkan onislam.net, Isnin 3 Disember.Masjid dibuka di timur Paris pada hari Jumaat untuk dikunjungi oleh kaum homoseksual saja.

Pengasas masjid, Ludovic Mohammed Zahed, berpendapat bahawa masjid yang dia dirikan bertujuan untuk menyelesaikan masalah dalam Islam, seperti homoseksualiti. Dia juga menegaskan bahawa masjid bagi kaum homoseksual, yang terletak di sebuah kuil Hindu, adalah hasil dari tafsiran moden dari ajaran Islam. Tokoh homoseksual itu juga mengatakan bahawa perempuan akan memimpin solat Jumaat di masjidnya.

Tetapi hujah itu ditolak oleh Boubakeur, menekankan bahawa masjid itu bertentangan dengan semangat ajaran Islam.

“Masjid-masjid yang sudah ada menerima semua orang, sehingga mencipta satu (masjid) khas untuk kaum homoseksual adalah bertentangan dengan semangat (ajaran) Islam,” katanya.

“Jamaah pergi ke masjid untuk beribadah kepada Allah, mereka tidak pergi untuk menunjukkan seksualiti mereka.”

Homo seksualiti Tetap HaramPara pemimpin Muslim Perancis menekankan bahawa homoseksualiti dilarang dalam Islam.”Homoseksualiti dikutuk dalam 13 ayat Al-Quran,” kata Boubakeur kepada FRANCE 24.

“Hubungan seksual hanya sah antara laki-laki dan perempuan yang sudah berkahwin.”

Boubakeur mengatakan masjid gay akan berdiri “di luar masyarakat”.

“Kami tidak menunjuk jari pada kaum homoseksual, tapi kami tidak boleh memberi mereka kebenaran ke titik di mana mereka menjadi diakui dalam masyarakat kami,” katanya kepada Reuters.

Abdallah Zekri, Presiden Observatory Nasional Islamofobia, juga mengecam langkah itu.

“Kita tahu bahawa Muslim homoseksual ada, tetapi membuka masjid (bagi mereka) adalah penyelewengan,” katanya kepada FRANCE 24.

Bantah konsert Elton John dan Jennifer Lopez

Harakahdaily, 30 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Khuatir generasi muda terus dibanjiri idola tanpa teladan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam penganjuran Konsert Elton John, serta Konsert Jennifer Lopez.Ini memandangkan konsert tersebut dianjurkan taktala negara masih bergelut untuk merungkaikan pelbagai kemelut sosial yang melanda negara ini.

Persembahan Elton dibuat melalui Elton John & Band: 40th Anniversary of the Rocket Man pada 29 November 2012 manakala Jenifer pula melalui Jennifer Lopez live in Malaysia pada 2 Disember ini.

Abim juga menilai penganjuran konsert seakan-akan menggambarkan sikap acuh tidak acuh pihak tertentu terhadap pelbagai bantahan yang dikemukakan terhadap penganjuran konsert-konsert serta program hiburan melampau membabitkan artis-artis dari luar Negara.

Hiburan merupakan elemen berpengaruh terutama sekali di kalangan golongan remaja. Hiburan yang bersifat mendidik akan mendorong golongan remaja untuk mengembangkan sahsiah diri mereka secara positif.

Akan tetapi sekiranya mereka menerima pendedahan dari hiburan yang bersifat hendonistik semata-mata, ia akan mendorong golongan muda ini untuk bertindak menurut kepuasan hawa nafsu semata-mata.

Tambahan pula, salah seorang artis tersebut secara terbuka mengamalkan hubungan sejenis (gay) yang boleh memberikan ekspresi keteladanan yang salah di kalangan golongan muda.

“Seharusnya ancaman LGBT serta beberapa gejala songsang yang lain membuatkan pihak-pihak yang berwajib lebih berwaspada serta berhati-hati dalam menyaring sebarang kemasukan serta penganjuran hiburan membabitkan artis-artis luar negara,” kata Setiausaha Agungnya, Mohamad Raimi Abdul Rahim.

Penganjuran kedua-dua konsert tersebut, katanya,  merupakan titik hitam di sebalik kemilau kebangkitan hiburan Islamik serta selebriti dakwah di negara ini.

Ketegasan serta keprihatinan dari pihak berwajib serta masyarakat adalah perlu untuk mengelakkan golongan muda dari terus dibanjiri “idola” tanpa sebarang rujukan keteladanan yang positif, tegasnya.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 5,961 other followers